"Sobb... Sobb... Sobb..." Kedengaran suara tangisan halus disebalik dinding dibelakang bangunan sekolah rendah itu. Tempat dimana semua staff-staff cleaner perempuan berehat.Kebetulan Dafinah sedang berehat selepas menunaikan solat asar. Baru saja dia ingin berbaring bagi menghilangkan sengal dibadan setelah seharian penat bekerja. Dia terdengar suara budak menangis. Lalu terus dia bangun dan menapak ke arah suara itu.
Ternyata ada seorang budak perempuan berusia dalam linkungan 8 tahun. Sedang duduk memeluk lutut dan menyembamkan mukanya di kepala lutut sambil menangis teresak-esak."Assalamualaikum, ya Allah adik? Adik okay tak? Kenapa nangis ni?" Usai memberi salam, Dafinah menyoal kenapa budak itu menangis? Dia pun hairan kenapa budak perempuan tu masih dekat sekolah sedangkan sekarang dah pukul 18:15 petang semua murid dah patut pulang ke rumah masing-masing.
Wajah diangkat setelah mendengar salam yang diberikan oleh seseorang. Sisa air mata yang masih berada di tubir mata budak itu dihapus oleh Dafinah. Dia menarik budak itu kepangkuannya. Sambil menenangkan budak perempuan itu, dia ulang balik soalan yang ditanya sebentar tadi.
"Adik... Kenapa nangis? Kenapa tak balik lagi sayang?" soalan dilontarkan apabila keadaan budak perempuan tadi sudah beransur tenang.
"Ermm... Ermm... Saya tunggu papa, tapi papa tak datang lagi. Papa ja-janji n-nak ambil saya awal hmm..." sambil tergagap soalan dijawab akibat sendu tangisan yang masih bersisa.
"Ouh... Macamtu, okey adik jangan takut. Akak cleaner dekat sini tau. Jadi adik boleh percayakan akak okey? Emm... Nama adik apa? Umur berapa?" soalnya lembut dengan nada masih lagi memujuk.
"Nama saya Tengku Zarra Jelita binti Tengku Zayaad Luthfi, umur saya 8 tahun. Nama akak apa? Umur kakak berapa?" lancar sahaja Zarra membalas pertanyaan berserta soalan kepada Dafinah.
Dafinah tersenyum melihat telatah Zarra yang bagi nya begitu comel. Digosok perlahan kepala Zarra yang masih bertudung sekolah.
"Wahh... Pandainya Zarra. Okey, baiklah nama akak Nur Dafinah Khalisha binti Daud Khalid, umur akak pulak 20 tahun. Huhuhu... Tua kan?"
"Alahh... Hahaha akak muda lagi lah... Papa Zarra tu yang dah tua. Umur dia dah 25 tahun. Hahaha..." Usik Zarra
Mereka berjalan beriringan sambil berbual. Sampai sahaja di bangku yang disediakan untuk ibu-bapa. Zarra dan Dafinah sama-sama duduk. Jarum jam sudah menunjuk ke angka 18:50 minit petang.
Zarra yang kepenatan diriba sehingga tertidur. Kepalanya terlentok manja dibahu Dafinah. Nasiblah si comel tu badannya yang kecik sahaja memudahkan Dafinah meribanya.
Setelah tunggu beberapa minit muncul sebuah kereta berjenama Audi R8 sedang parkir betul-betul dibelakangnya. Dafinah masih tidak perasan akan kehadiran seorang lelaki yang sedang berdiri di belakangnya tika ini.
Ziyaad sedang menapak menuju ke arah seseorang yang sedang meriba anak saudaranya itu. Tiba-tiba perempuan yang bertudung biru itu berpaling. Kerana dia merasakan seseorang sedang menghampirinya.
Apabila Ziyaad semakin hampir, dalam pada masa yang sama tanpa sedar kaki Dafinah tersadung batu yang berada dekat dengannya tika itu. Dafinah hilang imbangan, tanpa sedar Ziyaad telah menariknya dan kini mereka berdua berada didalam pangkuan Ziyaad .
"Allahuakbar... sorry"
"huhmm... It's okay"
"Papa!"
Terus renungan mereka terlerai. Selepas suara Zarra menyapa ke halwa telinga mereka. Degupan jantung masih bergetar hebat.
"Kenapa papa datang lambat..." rengek Zarra bila panggilannya tidak dijawab. Mukanya yang monyok menerbitkan serba salah dihati Ziyaad .
"Allahu... Sorry my dearest little pwincess. Papa lambat sebab papa ada meeting tadi and then my car is broke down dear. Could you just forgive me? I'm promise i would'nt repeat again okay?"
Panjang lebar jawapan diberi bersama pujukan agar anak kesayangannya tidak marah mahupun berkecil hati dengannya.
"ouh... Like that? It's okay papa, im understand. But please do not repeat it again okay? Zarra forgive papa..."
Wahh! Sungguh tak dijangka. Gadis kecil berusia linkungan tujuh atau lapan tahun fasih berbahasa English. Mereka berbual dalam bahasa orang putih.
Kelihatan sedikit ternganga mulut Dafinah. Apabila melihatkan dan mendengarkan pertuturan seorang gadis kecil bersama ayahnya bertutur dalam bahasa English. Sungguh menarik sekali!
"Ehem... Saya mintak diri dulu ya. Zarra kakak balik dulu ya. Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam wrt" serentak itu mereka berdua menjawab salam.
"Thank you Kakak!" Laung suara halus Zarra. Dafinah hanya berpaling dan menganguk serta memberikan senyuman yang ikhlas untuk si kecil Zarra.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Teragung (PG13) Sec Romance
RandomSTART:- HIATUS END:- TITLE:- ☞ Bahagia Yang TerAgung♥︎ "𝘛𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨 𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘵𝘶𝘢𝘯! 𝘛𝘰-𝘵𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨...𝘛𝘶𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬𝘥𝘦 𝘩𝘢𝘬 𝘯𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘯𝘵𝘶𝘩 𝘴𝘢𝘺𝘢!" - 𝙉𝙪𝙧 𝘿afinah 𝙆𝙝𝙖𝙡𝙞𝙨yah " 𝘚𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘤𝘢𝘬𝘢𝘱 𝘢𝘬𝘶...