TIGA MINGGU KEMUDIAN...Semenjak dari kejadian haritu, Dafinah semakin rapat dengan Zarra. Mereka semakin serasi bersama.
Ziyaad pula semakin ingin merapatkan dirinya dengan gadis itu. Perasaannya semakin bertambah semenjak kejadian tempoh hari semasa dia terlewat untuk datang jemput Zarra.
Ziyaad terpegun dengan Dafinah yang seakan-akan lagaknya macam lelaki dalam pada masa yang sama dia adalah seorang perempuan yang sangat humble dan tegas.
Perasaan Ziyaad semakin membuak untuk lebih mengenali diri gadis manis itu. Setelah kejadian Dafinah menyelamatkan seorang makcik tua yang hampir-hampir diragut.
Kejadian berlaku setelah Dafinah bertegas untuk balik sendiri dengan motor denmark nya. Dia menolak perlawaan Ziyaad untuk menemaninya pulang ke rumah kerana dia sudah terbiasa dan selesa untuk pulang sendiri.
_________________
"TOLONG! TOLONG! ada peragut." Jerit wanita tua yang kelihatan dalam 50an.
Tanpa berfikir panjang Dafinah memulas pedal motor sambil membuka helmetnya dan terus memecut ke-arah makcik yang meminta pertolongan tadi.
Apabila hampir dengan makcik tersebut yang sedang bergelut dengan salah seorang lelaki yang kurus berpakaian hitam yang lusuh dan masih memakai topi keledar.
Dengan pantas dia memukul dengan helmetnya yang sedia ada di tangan kanannya sedari tadi. Lalu pemuda itu jatuh yang lagi seorang ingin melarikan diri tetapi tidak sempat. Kerana dia berjaya mencabut kunci motor yang dinaiki oleh peragut itu.
Makcik yang menjadi mangsa sebentar tadi hampir kena tikam mujurlah sempat Dafinah menahan dan bergelut dengan si peragut itu dan pisau itu mengena di bahu kirinya.
Dia terduduk sambil memegang bahunya yang ngilu dan menyengat. Darah yang pekat mengalir membuatkan para peragut kecut perut dan cepat-cepat melarikan diri apabila Ziyaad dan anak-anak buahnya mula mendekati mereka berempat.
Dafinah masih terduduk di samping makcik yang hampir menjadi mangsa ragut tadi. Dafinah dibawa ke klinik berdekatan dan makcik itu juga dihantar oleh Ziyaad .
Setelah selesai semua hal. Ziyaad menyuruh orang suruhan nya membawa motosikal Dafinah ke rumahnya. Sementara dia menghantar Dafinah pulang dengan menaiki keretanya.
_____________________
"Assalamualaikum Khalish, kau apa khabar?",
"Waalaikumussalam wrbt, Encik Tengku Ziyaad . Alhamdulilah saya sihat walafiat",
"laa... Kenapa panggil aku Encik Tengku Ziyaad? Dah lah panjang, kan aku dah cakap panggil aku Aad je kan",
"dah tu sape suruh panggil saya Khalish? Sedangkan saya suruh panggil saya Fina je kan?",
"huhuhu... sorry lerr... Sebab aku suka, that's why aku panggil dengan nama tu Khalish",
"haa... ikut kau lerr...",
"Haa... apa dia aku tak dengar?",
"takde apalah. Buat apa kat sini? Zarra mana? Tak bawak dia sekali?",
"Zarra ada dekat kampung."
"Ouhh... Ha ah lah lupa cuti sekolah kan", Ziyaad hanya mengganguk
YOU ARE READING
Bahagia Yang Teragung (PG13) Sec Romance
RandomSTART:- HIATUS END:- TITLE:- ☞ Bahagia Yang TerAgung♥︎ "𝘛𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨 𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘵𝘶𝘢𝘯! 𝘛𝘰-𝘵𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨...𝘛𝘶𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬𝘥𝘦 𝘩𝘢𝘬 𝘯𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘯𝘵𝘶𝘩 𝘴𝘢𝘺𝘢!" - 𝙉𝙪𝙧 𝘿afinah 𝙆𝙝𝙖𝙡𝙞𝙨yah " 𝘚𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘤𝘢𝘬𝘢𝘱 𝘢𝘬𝘶...