❀♥︎𝗕𝗬𝗧|*_♡04✅

7 1 0
                                    


"Hey, you Dafinah right?" Tegur seorang wanita yang rambutnya panjang hingga melebihi paras bahu. Pakaian yang terlalu menjolok mata itu. Menyebabkan Dafinah beristighfar panjang.

Mana tak nya, berpakaian tapi telanjang. Wanita itu memakai dress berwarna merah, keparasan atas lutut dan memakai stoking panjang berwarna hitam. Mengenakan kasut bot hitam yang setinggi 3 inci. Serta mengenakan kacamata di atas kepala.

"emm... Ya saya. Ada apa ya?" soal Dafinah

"huh... I am Puteri Sarra Jelita. Fiance Tengku Ziyaad Luthfi" jawab Sarra dengan angkuh dan sambil berpeluk tubuh.

"Ouhh, okey", jawab Dafinah acuh tak acuh.

Balasan dari pertanyaan nya telah membuatkan Sarra geram dengan jawapan acuh tak acuh Dafinah.

Tanpa mengambil kisah perihal Sarra. Dafinah mengorak langkah dengan laju. Riak wajahnya kelihatan sangat risau dan menahan marah. Apakah yang sedang berlaku?

Dafinah membawa motor nya dengan laju membelah jalan raya dan melintasi lampu isyarat. Tanpa sedar, Ziyaad ternampak dirinya lalu mengekori Dafinah. Kerana Ziyaad berasa tidak sedap hati. Seolah-olah sesuatu yang buruk akan berlaku pada Dafinah.

✨________________✨

Sesampai sahaja dirumah. Dafinah meluru laju masuk ke dalam rumah lalu mencampakkan helmet yang dipakai tadi kebawah.

"Ummi!" panggil Dafinah dengan sedikit kuat.

Sampai sahaja diruang tamu. Terlihat puan Qasidah terbaring lemah sambil menangis. Dafinah terus meluru laju ke arah ibu nya yang terbaring diatas lantai setelah jatuh dari kerusi rodanya.

"Allahuakbar! Ummi! Ya Allah ummi kenapa ni?!" tanya Dafinah sambil memapah ibunya untuk duduk di kerusi roda semula.

"Along mana ummi? Bagitahu angah mi... Along mana?!" soal Dafinah yang mula bimbang di mana keberadaan kakaknya.

Puan Qasidah hanya mampu menangis dan menggeleng tanpa henti. Dafinah diserang dengan rasa risau yang membuak-buak.Dia sudah mencari Damaris di merata-rata tempat. Di bilik tidur, di dapur, di tandas mahupun di store. Malah, dia telah menanyakan pada jiran-jiran samada mereka ada ternampak atau tidak Damaris?

Tapi hampa... Rumah mereka kelihatan kucar-kacir. Ibunya sedang berehat dibilik. Sambil mengutip serpihan kaca-kaca yang berselerakan di ruang tamu. Otaknya ligat memikirkan siapa dalang semua ni?

Sedang ralit mengutip serpihan kaca tadi. Muncul satu suara memberi salam. Ziyaad muncul pada petang itu. Dia ralit memerhatikan Dafinah mengutip serpihan kaca.

"Assalamualaikum...",

"Arghh... Aduhh-duhh",

Cepat-cepat Ziyaad berlari ke arah Dafinah setelah perasankan cairan merah yang mengalir menuruni tangan Dafinah.

Dia melutut dan menggapai tangan Dafinah untuk memeriksa dengan lebih lanjut. Dafinah terkaku dengan perlakuan Ziyaad yang seakan prihatin akan dirinya itu.

Dafinah seakan kena pukau dengan Ziyaad. Dia menuruti apa sahaja yang Ziyaad suruh dan merelakan apa sahaja yang sedang Ziyaad buat padanya sekarang.

"Kenapa dia caring sangat pasal aku ha? Dia suka dekat aku ke? Oh no! Mustahil dia suka aku? Bukan ke dia dah ada tunang? Aishh kenapa berdebar semacam je hati aku ni? Saat dia pegang tangan aku dan membersihkan segala luka ditangan ku. Lembutnya tangan dia semasa sapu ubat di tangan aku... Finaa! Wakeup! Sedar diri sikit, dia tu dah bertunang! Buang segala perasaan kau kat dia!"

"uii! Lama termenung? Kacak sangat ke aku ni Khalisyah? Yang kau tenung aku macam nak makan aku ni kenapa?" soal Ziyaad yang sedari tadi memerhatikan saja gelagat Dafinah

Belum sempat dia menjawab soalan itu. Cermin tingkap disebelah pintu utama pecah berderai. Ini kerana ada seseorang yang melempar seketul batu yang besar dan dibalut dengan kertas.

"eh ada surat lah dekat batu ni" kata Ziyaad yang ternampak surat itu

Lalu Dafinah merampas surat dari tangan Ziyaad. Dia terus membuka dan membaca isi dalamnya.

"KALAU KAU NAK KAKAK KAU SELAMAT! DATANG BERSAMA WANG TEBUSAN BERJUMLAH RM300 RIBU!!! PASTIKAN DATANG SEORANG DIRI! DAN TIDAK MELIBATKAN POLIS! KALAU TAK NYAWA KAKAK KAU MELAYANG! JUMPA AKU DI BELAKANG KUBUR LAMA BERHAMPIRAN HUTAN!"

BUSH!

Aku jatuh terduduk. Terasa gelap dunia ku. Dugaan apa lagi Kau turun kan buatku tuhan. Allahuakbar...

"Ya Allah, mana aku nak dapatkan duit banyak ni? Sedangkan gaji aku cukup-cukup menampung keperluan hidup kami sahaja. Allahuakbar berat ujian kalini..." Dafinah bangun dan duduk di sofa berhampiran.

     Ziyaad nampak Dafinah berada dalam kesusahan. Dan dia tahu isi dalam surat tersebut. Terbit rasa simpati dalam hati nya melihatkan keadaan Dafinah tika ini.

"Ummi... Fina mintak maaf sebab tak mampu nak jaga along dengan ummi. Maafkan Fina mi... Fina gagal jalankan amanah arwah abah..." kata-kata yang diluahkan walaupun perlahan berjaya meruntun hati seorang lelaki.

Ziyaad begitu terkesan dengan ucapan yang dilontarkan oleh Dafinah pada ibunya yang sedang lena di sisi. Dia juga kagum dengan Dafinah yang mampu menggalas beban di bahu pada usia yg sangat muda.

"Walau macam mana sekali pun. Aku kena tolong dia. Muktamad! " kata hati Ziyaad.

 Dia nekad membantu Dafinah. Tapi dia tahu Dafinah tidak akan menerima pertolongan nya dengan bulat-bulat...

"Haa aku ada plan!"

Bahagia Yang Teragung (PG13) Sec RomanceWhere stories live. Discover now