BYT 09✅

1 0 0
                                    


"Sayang! Bangun dah subuh ni? Sayang tak nak bangun ke? Bangunlah baby jom jemaah sekali. Sayang?" Ziyaad mengejutkan isterinya untuk menunaikan solat subuh bersama.

  Sambil mengoncang lembut bahu sang isteri. Dafinah mengeliat malas. Sambil membetulkan duduknya.

"Sayang siaplah jom jemaah sekali!" Seru Ziyaad sambil dia menapak ke bilik air untuk mengambil wudhunya yang terbatal akibat terkena tamparan dari isterinya semasa mengejutkan isterinya yang sedang asyik lena dibuai mimpi.

"Hmm...!" Serak-serak suara Dafinah yang masih diambang separuh sedar dan separuh lagi mamai.

Setelah selesai urusan nya di dalam bilik air. Ziyaad keluar untuk melihatkan keadaan Dafinah. Sambil membetulkan kain sarung yang sedia kemas lilitannya di pinggang lelaki itu.

"ALLAHUAKBAR!" Alangkah terkejutnya Ziyaad apabila melihat isterinya yang seakan kena rasuk duduk bersila seperti orang yang sedang melakukan yoga, lebih menakutkannya lagi rambut isterinya yang mengerbang dan panjang. Kelihatan seperti hantu kak limah pun ada.

"SAYANG!" Jerit Ziyaad

"SAYANG!" Seru Ziyaad lagi sambil mendekatkan wajah nya ke wajah isterinya.

"Apa?" Jawab Dafinah dengan lenggok suara yang malas.

"Jom solat dear! Subuh daa ni"

"Hmm okeyh..."

     Dafinah bangun dari duduk nya lalu membawa langkah menuju ke bilik mandi. Ziyaad membentangkan sejadah. Tidak sampai beberapa minit Dafinah memasuki bilik mandi dia sekarang sedang terpacak dibelakang Ziyaad.

   Ziyaad berpaling kebelakang untuk mengambil kopiah di atas meja solek. Tetapi disebabkan terkejut dengan kelibat isterinya sendiri habis segala mak nenek keluar dari mulutnya.

"Woi, kak limah kau kenapa tak solat" latah Ziyaad tanpa sengaja.

"Awak! Sampai hati cakap saya kak limah! Huhh!"  rajuk Dafinah

"Eh eh, alahai sorry lah saya tak sengaja. Lagipun siapa suruh buat rambut macamtu? Terkejut saya!"

"Yelah, maaf. Ni saya nak bagitahu, saya ABC harini. Awak solat sendiri ya."

"Haa! ABC? Apa kaitan air batu campur dengan nak solat berjemaah ni sayang?!

"Ishh awak ni! Tu pun taktahu? Saya cuti, tak boleh solat. ABC tu stand for Allah bagi cuti, faham ke tak cik abang?"

"Ouh okk, hmm macam tu pulak?"

"Awak solat dulu, saya nak siap-siap nak buat sarapan." Ziyaad hanya mengangguk lalu dia meneruskan solatnya seperti biasa.

"Awak jom sarapan" laung Dafinah dari arah bawah.

"Haa... yee, kejap" balas Ziyaad sambil kakinya menapak menuruni anak tangga dan tangannya yang masih lincah membaiki kedudukan tali leher di tengkuknya itu.

Tiba-tiba tali leher nya ditarik lembut oleh isterinya.

"Meh sini saya tolong awak kemaskan tie ni" sambil tangannya lincah mengemaskan tali yang berada di batang tengkuk suaminya.

"Okeyh, selesai! Jom sarapan" sambil membetulkan kedudukan tie dan pakaian suaminya.

Seusai sampai dimeja makan, nasi lemak hijau terhidang diatas meja. Bau aroma daun pandan semerbak menusuk ke rongga hidung. Bauan nasi lemak hijau itu menerjah ke seluruh pelusuk villa itu.

"Emm... pergh! Sedap giler wife aku masak" bisik hati Ziyaad. Sedar tak sedar dah kali ke tiga dia tambah nasi lemak.

"Morning mommy, daddy" laung si kecil yang baru saja turun dari tangga menuju ke meja makan.

"MORNING" jawab mereka serentak

"Haa, baru bangun ke baby girl?"

"Tadi subuh dah bangun, lepastu sambung tido balik, and then Zarra bangun kemas katil"

"Bagus! Kecil-kecil dah pandai berdikari"

"Mommy, daddy, rumah ni ada hantu ke?"

"Kenapa Zarra tanya macamtu? Zarra kena kacau ke?"

"Ha ah! Semalam! Masa tengah hujan lebat, ribut petir menyambar"

Dafinah dan Ziyaad saling berpandangan, terus pipi kedua-duanya memerah.

"Ohh, semalam tu? Kalau dengar macam tu cepat-cepat tidur balik tau. Sebab hantu tu suka kacau budak-budak yang berjaga malam" Jawab Ziyaad, isterinya yang berada disisinya sedang menahan diri dari ketawa, habis merah seluruh mukanya.

"HAA! Betulke daddy? Arghh... Takutnya!" jawab Zarra polos.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 26, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bahagia Yang Teragung (PG13) Sec RomanceWhere stories live. Discover now