BYT 06✅

6 1 0
                                    


Pandangan aku kabur. Aku kat mana ni? Kelihatan wayar menjalar diseluruh tangan ku. Aku memandang sekeliling. Cuba mencari jawapan. Kedengaran seseorang bersuara.

"Alhamdulilah, angah dah sedar?". Kepala ku masih berdenyut. Aku memandang ke arah suara berkenaan. Ternyata itu suara umi. Dan ada beberapa orang yang sedang berbincang di penjuru pintu bersama seorang doktor.

"Assalamualaikum, Puan Dafinah ya? Alhamdulilah puan dah sedar, macam mana keadaan puan harini? Masih ada rasa pening-pening?". Soal doktor lelaki itu. Hi

"Emm, kepala saya rasa sakit dan masih berdenyut". Jawab ku perlahan sambil memegang kepala ku yang berbalut.

"Ouh... itu perkara biasa berlaku pada pesakit. Kerana effect dari pukulan yang kuat mengena kepala puan". Aku mendengar dengan penuh teliti.

"Tapi puan jangan risau, ins shaa Allah tak lama lagi puan dah boleh discharge dan memerlukan rawatan rapi dari pihak keluarga sehingga luka dikepala puan kering". Sambung doktor yang bernama Afiq.

"Awak jangan risau sayang, Saya akan jaga awak, dan keluarga awak. Saya akan lindungi keluarga kita. Saya takkan biarkan siapa sahaja yang akan sakiti awak mahupun keluarga kita. Itu janji saya!". Kata Ziyaad dalam hati. Dia memandang Dafinah dengan penuh keikhlasan.

SETELAH doktor meminta diri. Kini tinggal hanya aku, umi dan juga Ziyaad. Tidak pula kelihatan along didalm bilik ini. Dimanakah keberadaan Damaris? Ziyaad menghampiri katil ku. Aku baru sedar yang aku tidak memakai tudung. Terus aku menyorokkan kepala ku didalam selimut putih yang berada di tubuh ku.

Ziyaad dan ummi hanya ketawa sahaja melihat gelagat ku. Tiba-tiba aku rasakan ada seseorang yang menyentuh kepala ku. "Awak buat apa kat dalam tu?". Soal Ziyaad
"Ehh... benda ni sentuh kepala orang pulok. Ummi... tolong angah ummi!". Marah aku pada Ziyaad lalu memanggil ummi.

Ummi hanya tersenyum melihat gelagat aku ini. "Kenapa sentuh saya? Awak taktahu halal haram ke Ziyaad!?" Marah ku padanya. "Saya tahu halal haram. Sebabtu saya sentuh awak. Sebab awak halal untuk saya pegang". Jawab Ziyaad dengan selamber sambil kedua-dua tangan dimasukkan kedalam poket seluar.

AKU terkejut bukan main. Terus aku mengeluarkan sedikit mukaku. Kain selimut masih lagi ku jadikan sebagai pelindung kepalaku dan rambutku. "Haa... awak cakap apa! Masa bila pulak saya jadi yang halal untuk awak!?". Soal ku pada Ziyaad. Merah muka ku menahan marah. Ziyaad masih lagi dengan lagaknya yang kelihatan cool.

Tanpa banyak bicara dan menjawab soalan ku. Ziyaad menghampiri ku dan menghulurkan dua keping kad kepadaku. Aku menyambut nya dengan teragak-agak. Kad apakah ini?

"What!". Jerit ku. Nasib baik aku ditempatkan dibilik vvip. Tiada pesakit lain bersama ku tika ini. Kalau tidak mesti mereka dah terkejut mendengar jeritan aku.

"Kamu dah kenapa angah? Jerit macam orang kena rasuk?". Soal umi ku. "Mana tak kena rasuk umi? Umi tengok ni! Kad apa ni!? Masa bila pulak angah dengan dia ni kahwin?!". Soalan dibalas soalan. Terkejut bukan kepalang lagi Dafinah. Ternyata kad yang dihulurkan oleh Ziyaad ternyata kad kahwin mereka berdua.

"Macamnilah, umi tinggalkan korang berdua. Ziyaad! Tolong jelaskan perkara sebenar pada angah. Terangkan semua dengan jelas okey? Umi keluar dulu". Setelah umi berbicara Ziyaad menolak kerusi roda umi keluar dari bilik ini.

Dafinah masih lagi dalam keadaan terkejut dan masih lagi duduk memeluk lututnya. Mukanya kini menuntut penjelasan dari Ziyaad. Dia keliru apakah yang sebenarnya terjadi.

Ziyaad duduk dikerusi bersebelahan Dafinah. Jarak nya dengan Dafinah hanyalah dua inci sahaja. Ziyaad memulakan bicaranya dengan penuh teliti dan panjang lebar.

Aku hanya diam dan mendengarkan semua penjelasan Ziyaad. Jujur aku kagum dengan dirinya. Walaupun keputusan yang dia buat semasa aku tidak sedarkan diri telah menyelamatkan keluarga kecil kami.

"Ouh jadi sebabtu lah awak boleh pegang saya sesuka hati je?" Soal ku pada Ziyaad.
"Yes Khalish, aku buat semua ni sebab ikhlas nak tolong kau dan keluarga kau". Kata Ziyaad pada ku.

"Ni ada contract, aku tunggu kau sign je". Ziyaad menghulurkan sekeping kertas padaku. Aku tidak pernah melupakan perjanjian yang telah kami buat sebelum ni. Tanpa banyak bicara aku terus menandatangani perjanjian tersebut.

Bahagia Yang Teragung (PG13) Sec RomanceWhere stories live. Discover now