"Duduk, Lalisa." Ayah mempersilakannya duduk, sedangkan ayah masih berdiri lagi. Ayah nampak teragak-agak untuk memulakan bicara.
“Kalau ayah beritahu Zakri nak hantar cincin tanda, saya akan menolak.”
Kening ayah naik sebelah. Ayah masih juga membisu biarpun Lalisa telah menyuarakan isi hatinya. Perlahan-lahan ayah duduk di kerusi. Renungan mata ayah tepat terarah padanya.
“Ayah takkan serahkan Lalisa pada Zakri.”
Tubuhnya disandarkan mendengar penerangan ayah. Ini sangat pelik. Baru semalam ayah begitu bersemangat melobi Zakri untuk menjadi pasangan hidupnya. Apa sudah jadi? Kenapa ayah menukar keputusannya? Lalisa janji Lalisa akan berikan penghormatan pada yang telah berjaya membuat ayah merombak keputusannya.
"Lalisa ingat lagi dengan Encik Ariff Ezanee?"
Ayah bertanyakan soalan yang sangat lucu. Pastilah dia ingat. Anak tunggal kesayangan Encik Ariff Ezanee berada di kelas tempatnya menjadi guru sementara.
"Kenapa dengan Encik Ariff, ayah?"
Ayah memandangnya tepat. Ada makna tersirat di sebalik renungan mata ayah. Dia sahaja yang gagal merungkai maksud tersebut.
"Dia datang jumpa ayah di pejabat hari ni. Kami makan tengah hari bersama."
Rasanya ayah makan tengah hari dengan Encik Ariff Ezanee itu perkara biasa. Biasalah kalau kenalan kerja ayah mencari ayah untuk makan tengah hari bersama. Lainlah kalau mencari gaduh. Itu perkara luar biasa.
"Dia buka cerita tentang keluarga dia."
Nah, penerangan ayah yang satu ini pun jatuh dalam kategori pelik bin ajaib. Kenapa bersemangat sangat Encik Ariff Ezanee bercerita pada ayah?
"Dia nak apa ayah?"
Ayah teragak-agak untuk memberikan jawapan.
"Saya layan anak dia dengan baik di sekolah. Apa lagi dia tak puas hati?"
"Dia tak cakap apa tentang anak dia."
"Jadi, dia jumpa ayah tu sebab apa? Dia rekomen klien pada ayah?"
"Tak, Lalisa. Encik Ariff tak buat begitu." Ayah geleng kepala berkali-kali. Geram pula Lalisa apabila ayah bermain teka-teki begini.
"Dia minta tangan Lalisa. Dia minta izin nak melamar Lalisa. Dia nak Lalisa jadi isteri dia."
** Tiada di kedai buku **
WASAP ADMIN UNTUK MENEMPAH NASKAH ANDA♥️
▶️ +6010 449 7835
YOU ARE READING
AYAH SAYA DUDA | Best Seller
Romance𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗨𝗗𝗔 Tapi saya tak bagi dia kahwin Sinopsis/ Blurb: "Mana Encik Ariff?" "Dah balik." "Dah balik? Aku baru nak cuba pikat dia." "Engkau kalau nak pikat Encik Ariff, pastikan kau pikat anak lelaki dia dulu." "Kenapa?" "Sebab an...