Lima Ratus

963 6 0
                                    

"Saya tahu Encik Ariff fikir semua ni tak logik dan tak masuk akal, tapi Mirul memang serahkan surat cinta pada saya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Saya tahu Encik Ariff fikir semua ni tak logik dan tak masuk akal, tapi Mirul memang serahkan surat cinta pada saya. Surat tu ada dengan saya sekarang."

"Awak dah baca surat tu?"

Dia terkesima sejenak mendengar soalan Encik Ariff Ezanee. Baru sedar diri dia belum pun membaca isi kandungan surat cinta Amirul.

"Belum. Saya belum baca."

Dia mendengar keluhan Encik Ariff Ezanee di hujung talian sana. Keluhan yang membuat dia menyalahkan diri sendiri kerana terlalu cepat menghubungi lelaki tersebut. Sepatutnya dia membaca terlebih dahulu karangan cinta Amirul padanya.

"Saya sibuk sekarang. Saya tak ada masa nak layan propaganda ni semua."

Apa Encik Ariff Ezanee kata? Semua penjelasan Lalisa tadi adalah propaganda?

"Saya tak tahu awak ni betul-betul teacher anak saya atau pun scammer yang nak mengambil kesempatan. Tapi saya rasa, awak ni scammer. Awak nak peras ugut saya."

Menggigil-gigil sepuluh jarinya. Bergerak-gerak rahangnya menahan sabar yang semakin berkurangan.

Kurang ajar! Sesuka hati sahaja Encik Ariff Ezanee menuduhnya sebagai scammer.

"Selagi saya tak dapat kepastian daripada pihak sekolah yang betul awak ni teacher sementara, saya takkan layan permintaan awak. Jangan call saya lagi. Selepas saya dapat kepastian, PA saya sendiri akan call awak."

"Encik Ariff fikir saya ni suka-suka ke nak call Encik Ariff? Saya call sebab saya risaukan masa depan Mirul. Tadi selepas sesi kaunseling saya dengan dia selesai, dia mengejutkan saya apabila dia peluk saya dan kemudian cium kedua-dua belah pipi saya. Dan dia berniat nak cium saya lebih lama."

Senafas dia memberi penjelasan. Terserah Encik Ariff Ezanee faham ataupun tidak.

"Dan yang paling mengejutkan saya, dia menyebut nak berkahwin dengan saya. Encik Ariff, anak seusia Mirul takkan pandai berfikir tentang berkahwin kalau tak diajar. Anak-anak seusia Mirul polos dan seperti kain putih. Sebagai penjaga Mirul, Encik Ariff sepatutnya lebih berhati-hati."

Tangan Lalisa sudah terawang-awang. Dia tidak peduli biarpun sudah banyak mata yang mula memberi perhatian padanya. Encik Ariff Ezanee telah mendidihkan darahnya.

"Apa awak merepek ni? Saya tak pernah ajar anak saya buat perkara macam tu. Ini semua fitnah awak. Macam inilah, saya pun tak nak serabutkan kepala saya dengan perkara yang jelas-jelas mengarut. Nanti awak WhatsApp saya nombor akaun bank awak. Saya akan bayar. "

Apa Lalisa tidak salah dengar?

"Berapa awak nak? Lima ratus cukup?"

"Encik Ariff jangan main-main dengan saya. Saya tak luak dengan duit Encik Ariff. Saya lebih risaukan keadaan Mirul."

Eh! Eh! Eh! Talian dimatikan. Dia belum pun selesai melampiaskan rasa geramnya. Encik Ariff Ezanee tidak ada adab! 

*** Tiada di kedai buku. Jualan online sahaja ***

WASAP KAMI UNTUK MENEMPAH NASKAH ANDA ♥️
▶️ +6010 449 7835

WASAP KAMI UNTUK MENEMPAH NASKAH ANDA ♥️▶️ +6010 449 7835

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AYAH SAYA DUDA | Best SellerWhere stories live. Discover now