R E A D Y S T O C K
"Abang Ariff nak jumpa kakak." Rafi memberitahu sebelum meminta diri. Sepatutnya Rafi tidak terus meminta diri begitu sahaja. Suasana terus sahaja bertukar kekok.
"Kami dah nak balik."
Encik Ariff Ezanee sudah bersedia untuk pulang. Jadi Lalisa mahu memberi jawapan apa?
"Awak tak nak cium Mirul dulu?"
"Boleh." Dia menghampiri Encik Ariff Ezanee. Dia terpaksa berjingkit untuk mencium dahi dan pipi Amirul.
Setelah selesai, dia membina jarak. Sayang sekali, hujung tangan knitted top yang dipakainya tersangkut pada zip baju Amirul. Puas ditarik, tidak juga lepas.
"Jangan kuat sangat, nanti Mirul terjaga.
"Sorry." Sepatah katanya. Perkara mudah jadi terlalu merumitkan apabila sepasang mata Encik Ariff Ezanee tidak lepas merenungnya. Mulalah dahinya dipenuhi keringat halus.
"Kalau susah sangat, tanggalkan saja baju awak tu."
Berderau darahnya. Dia sempat melihat senyuman mengusik Encik Ariff Ezanee.
"Kalau saya tanggal baju, nampaklah semua!" tempelak Lalisa dengan gigi berlaga-laga. Kalau tujuan Encik Ariff sekadar berseloroh sekalipun, pilihlah bahasa yang elok sedikit. Dia bukan seperti Encik Ariff yang telah berkahwin sebelum ini. Dia masih suci dari fikiran kotor.
"Kalau..."
Dia mendongak memandang Encik Ariff Ezanee. Dahinya berkerut seribu menunggu susunan ayat penuh lelaki itu.
"Kalau saya melamar awak, Lalisa... will you accept my proposal?"
Soalan polos Encik Ariff Ezanee seperti pukulan gong yang dibunyikan betul-betul di tepi telinganya. Segalanya terasa berdengung. Dia lupa terus pada hujung tangan bajunya yang masih tersangkut pada zip baju Amirul.
"Saya tanya awak soalan Lalisa. Kenapa tak jawab?"
Encik Ariff Ezanee mendesaknya pula.
"Encik Ariff jangan main-main."
"Saya nampak macam main-main ke?"
Lalisa angguk kepalanya. Dia tidak lagi membalas renungan mata lelaki itu. Dia perlu fokus melepaskan hujung tangan bajunya daripada terus tersangkut.
"Kalau saya tak main-main?"
Hembusan nafas Encik Ariff Ezanee yang terlebih dahulu menampar-nampar kulit pipinya. Haruman mint.
** 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗯𝘂𝗸𝘂 **
Wasap kami untuk menempah naskah anda ♥️
▶️ +6010 449 7835
YOU ARE READING
AYAH SAYA DUDA | Best Seller
عاطفية𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗨𝗗𝗔 Tapi saya tak bagi dia kahwin Sinopsis/ Blurb: "Mana Encik Ariff?" "Dah balik." "Dah balik? Aku baru nak cuba pikat dia." "Engkau kalau nak pikat Encik Ariff, pastikan kau pikat anak lelaki dia dulu." "Kenapa?" "Sebab an...