Terlalu Seksi

1.5K 13 2
                                    

"How  are  you?" Soalan  lelaki  itu  seperti  simpati  yang dilemparkan  padanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"How are you?" Soalan lelaki itu seperti simpati yang dilemparkan padanya.

"Enam hari saya tak jumpa awak. Have you missed me?"

Ya, enam hari lelaki itu seperti menggantungnya tidak bertali. Dan sekarang, lelaki bercakap tentang kerinduan?

Pintu lif akhirnya terbuka. Lalisa tidak menunggu lama untuk meluru keluar. Dia ada hak untuk menolak daripada memberikan jawapan pada pertanyaan Encik Ariff Ezanee.

"Lajunya awak berjalan. Awak ada urusan apa selepas ni?"

Hampir sahaja dia melatah mendengar suara Encik Ariff Ezanee dari belakangnya. Sangkanya tadi, lelaki itu tidak akan menghantarnya sehingga ke tempat meletak kenderaan.

"Kenapa ikut saya sampai ke sini?" Dia bersuara tanpa memandang lelaki itu. Sekali lagi dia mengabaikan pertanyaan lelaki itu.

Alarm kereta dinyah aktif dan dia terus memasuki perut keretanya. Malang sekali, dia tidak dibenarkan menutup pintu. Tangan Encik Ariff Ezanee telah menjadi penghalang yang payah mahu ditumbangkan.

"Tempat ni sunyi. Menjadi kewajipan saya memastikan awak selamat."

Entah kenapa Lalisa merasakan suara Encik Ariff Ezanee terlalu sensual. Dua kali dia meneguk liur sendiri demi mendamaikan rasa kalut yang menerjahnya.

"Satu lagi sebab..." Cukup tajam renungan mata Encik Ariff Ezanee ketika ini, sehingga Lalisa terpaksa menarik nafas panjang. Apa yang dapat dihidunya hanyalah haruman Sauvage yang datang dari tubuh Encik Ariff Ezanee. Menggodanya tanpa belas dan ihsan.

"Sebab awak nampak terlalu seksi. Terlalu seksi bila awak merajuk dengan saya." Merepek apa Encik Ariff ni? Buang tabiat agaknya. Dan perangai pelik lelaki itu semakin menjadi-jadi. Dengan beraninya lelaki itu mengelus kedua-dua belah pipi Lalisa. Lembut. Cukup lembut sehingga Lalisa lupa dia masih wujud di dalam dunia ini.

AYAH SAYA DUDA | Best SellerWhere stories live. Discover now