Surat Cinta

843 8 0
                                    

"Kalau bas sekolah tinggalkan Mirul, teacher akan hantar Mirul sampai depan pintu rumah Mirul."

"Ticer Lalisa nak jumpa mak tok kita ke? Ticer Lalisa nak melamar kita ke?"

Bertuah sungguh budak Amirul ni. Kecil-kecil dah pandai menyebut lamaran. Siapa yang jadi gurunya?

"Masuk dalam. Duduk dekat depan teacher." Lalisa memberi arahan mandatori. Jari telunjuknya terarah pada mejanya di bilik guru tersebut. Kalau dilayan berborak, tidak jadi sesi memberi nasihatnya nanti. Bukan dia tidak tahu, Amirul itu sangat bergeliga otaknya. Banyak akal bak kata orang tua-tua.

"Teacher perasan, Mirul makin nakal sekarang. Kalau Mirul nakal, teacher tak teragak-agak call mama Mirul."

"Kita dah tak ada mama, Ticer Lalisa. Mama kita jumpa Allah."

Mati semua ayat-ayat dalam kepala Lalisa. Renungan matanya yang tadinya tegang, bertukar kendur. Dia tidak tahu pula Amirul telan kehilangan mamanya.

"Jadi Mirul tinggal dengan mak tok?"

"Siang jer. Malam ayah ambil kita balik rumah."

Mulut Lalisa membentuk huruf O. Amirul pula melukis senyuman. Kemudian si kecil itu tiba-tiba sahaja membuka beg sekolahnya. Satu sampul surat berwarna biru lembut dikeluarkan.

"Ni surat untuk Ticer Lalisa. Kita bagi surat dekat mama dengan Ticer Lalisa jer. Ticer Lalisa simpan tau surat kita ni."

Berkerut seribu dahinya.

"Surat apa ni?"

"Surat cinta."

*** Tiada di kedai buku ***
WASAP ADMIN UNTUK MENEMPAH NASKAH ANDA ♥️
▶️ +6010 449 7835

*** Tiada di kedai buku ***WASAP ADMIN UNTUK MENEMPAH NASKAH ANDA ♥️▶️ +6010 449 7835

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AYAH SAYA DUDA | Best SellerWhere stories live. Discover now