"Ni Mirul, mama. Pelajar saya. Saya bawa dia ke sini. Ayah dia akan jemput dia selepas maghrib nanti."
Terangguk-angguk kepala mama mendengar ceritanya. Dia juga menangkap sinar mata mama penuh curiga.
"Mama harap, Lalisa bukan ada skandal dengan suami orang." Mama berbisik di tepi telinganya. Bisikan yang membuat dia beristigfar panjang. Sempat lagi mama terjun pada andaian yang bukan-bukan.
"Taklah, mama. Saya cuma tolong jagakan sekejap saja. Lagipun ayah kenal dengan ayah Mirul."
"Siapa?" Cukup teruja nada suara mama.
"Lawyer syarikat ayah."
Jelingan mama singgah meliriknya. Kemudian pada Amirul yang ralit menonton rancangan tv kegemarannya.
"Ayah Mirul tu..." Ayat mama tergantung.
"Kacak dan bergaya tak?" sambung mama kemudian. Sempat membuat Lalisa terkesima.
Mama mencuit lengannya setelah dia hanya diam membeku.
"Dah tua ganyut, mama. Dah kerepot."
🍒🍒🍒
PRA-TEMPAHAN AYAH SAYA DUDA MASIH DIBUKA. Tiada di kedai buku. Wasap ADMIN untuk menempah ♥️
▶️ +6010 449 7835
YOU ARE READING
AYAH SAYA DUDA | Best Seller
Lãng mạn𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗨𝗗𝗔 Tapi saya tak bagi dia kahwin Sinopsis/ Blurb: "Mana Encik Ariff?" "Dah balik." "Dah balik? Aku baru nak cuba pikat dia." "Engkau kalau nak pikat Encik Ariff, pastikan kau pikat anak lelaki dia dulu." "Kenapa?" "Sebab an...