"I'm sorry, Lalisa. Saya berdosa pada awak."
Tubir matanya mulai hangat. Dia benci dengan emosi sedih yang sedang bergolak hebat di dalam dirinya. Dia benci dia jadi lemah mendengar perutusan maaf lelaki itu. Dia tidak memerlukan kata maaf Encik Ariff Ezanee.
"Awak boleh marah saya. Pukul saya. Saya layak dapat semua tu.”
Lalisa masih membeku. Otaknya tepu untuk mengarang jawapan balas.
“Saya akan cari rumah sewa tu hari ni. Malam ni awak boleh bermalam di sana. Awak akan selamat di sana.”
Semakin kuat genggaman jarinya. Dia cuba untuk tersenyum, bibirnya terlalu keras. Dia cuba untuk bersuara, suaranya tidak mahu keluar. Segala-galanya terasa tersekat-sekat dan terlalu menyakitkan.
“Lalisa.”
Panggilan Encik Ariff Ezanee tidak diendahkan. Kedukaannya terlalu mendalam untuk dia berpaling dan berlagak seperti dia kuat dan tidak terkesan. Dan lelaki itu menambah deritanya dengan cara meraih tangannya. Lelaki itu mengelus jari tangannya.
"Let me know kalau perbuatan saya semalam menghasilkan nyawa.”
Perlahan-lahan Lalisa menarik tangannya. Biar tidak berada dalam genggaman tangan Encik Ariff Ezanee lagi.
“Saya akan beritahu kalau perbuatan kita semalam menghasilkan nyawa,” jawabnya. Tanpa hati. Tanpa emosi.
R E V I E W ⭐ ⭐ ⭐ ⭐ ⭐
Terima kasih sis 😘
Ya, semua nakal. Ticer Lalisa jerr behave 😆
Korang tu, dah ada ke AYAH SAYA DUDA?WASAP ADMIN UNTUK MENEMPAH
▶️ https://wasap.la/rumahpk
▶️ +6010 449 7835
YOU ARE READING
AYAH SAYA DUDA | Best Seller
Romance𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗨𝗗𝗔 Tapi saya tak bagi dia kahwin Sinopsis/ Blurb: "Mana Encik Ariff?" "Dah balik." "Dah balik? Aku baru nak cuba pikat dia." "Engkau kalau nak pikat Encik Ariff, pastikan kau pikat anak lelaki dia dulu." "Kenapa?" "Sebab an...