"Awak tak patut risau tentang anak. I love Zaraa very much. Lima tahun saya tak sentuh wanita, saya boleh jamin awak akan kekal sebagai anak dara."
Cakap lelaki mana boleh dipercayai. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan hubungan di atas ranjang.
"Trust me, Lalisa. Lagipun awak bukan Zaraa. Awak terlalu bertentangan dengan Zaraa. Zaraa terlalu sempurna di mata saya."
Ada racun yang sedang menyerap masuk ke dalam hatinya secara perlahan-lahan, tetapi pasti. Ayat-ayat Encik Ariff Ezanee itulah yang dipenuhi racun. Dia hampir meminta lelaki itu berhenti bercerita tentang Zaraa. Itu Zaraa. Ini Zaraa. Lebih baik Encik Ariff Ezanee pergi mengikut Zaraa mati.
"Macam mana kalau dalam tempoh kita berkahwin, Encik Ariff jatuh cinta pada perempuan lain? Apa akan jadi pada saya?"
"Negatif. Hati saya takkan beralih arah. Selamanya milik Zaraa."
Hampir sahaja Lalisa membuat resolusi untuk membuat Encik Ariff Ezanee jatuh hati padanya. Mujurlah pemikiran matangnya cepat mengambil alih. Resolusi seperti itu resolusi anak kecil! Takkan ada kebaikan kalau dia membenarkan resolusi anak kecil menjadi tunjang keputusannya.
"Kalau saya yang jatuh cinta dengan lelaki lain?"
Giliran Encik Ariff Ezanee pula yang menyandarkan tubuhnya. Pandangan matanya, hanya memandang Lalisa. Semakin lama semakin tajam. Sehingga tanpa sedar, Lalisa menahan nafasnya. Perasaannya jadi tidak menentu. Dapat dia rasa, peluh renik menunggu masa sahaja mahu tumpah dari dahinya.
"Kalau itu terjadi, saya akan lepaskan awak. Saya pun takkan simpan perempuan yang hatinya telah jadi milik lelaki lain."
Ini yang dia mahu dengar. Ini jaminan keselamatan dirinya. Tanpa sedar, dia mengorak senyuman.
"Jadi senyuman tu tanda awak bersetuju menerima lamaran saya?"
Lalisa bangun dari kerusinya. Dia meraih beg totenya di kerusi sebelah sambil diperhatikan oleh Encik Ariff Ezanee. Kemudian barulah pandangan mata mereka bertemu. Sehabis baik ditenangkan perasaannya.
"Belum, Encik Ariff. Saya tunggu rombongan keluarga Encik Ariff ke rumah saya dulu. Saya tunggu cincin tanda Encik Ariff berada di jari manis saya."
YOU ARE READING
AYAH SAYA DUDA | Best Seller
Romance𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗨𝗗𝗔 Tapi saya tak bagi dia kahwin Sinopsis/ Blurb: "Mana Encik Ariff?" "Dah balik." "Dah balik? Aku baru nak cuba pikat dia." "Engkau kalau nak pikat Encik Ariff, pastikan kau pikat anak lelaki dia dulu." "Kenapa?" "Sebab an...