(Pukul 12 tengah malam)
Shiro terbangun sendiri setelah lama tertidur sejak petang tadi. Dia melihat keadaan sekeliling yang kosong. Abangnya dengan Hiro tiada di bilik. Dia yang masih mamai berjalan ke tandas sambil menggaru kepalanya dan menguap. Dia menggosok mata supaya boleh melihat dengan lebih jelas. Tanpa mempedulikan kawasan sekeliling yang gelap, Shiro terus masuk kedalam tandas tanpa berfikir panjang. Setelah selesai, dia keluar dari tandas. Tetapi kali ini perasaan yang berlainan dirasai olehnya. Bulu romanya menegak secara tiba-tiba. Angin sejuk menghembus kearahnya dengan kuat. Salji yang mulai turun terapung hingga terkena padanya. Dia melihat keadaan yang tenang menjadi agak tegang. Seperti ribut akan melanda. Shiro terjatuh kelantai sebaik sahaja dia melihat seseorang sedang berdiri di hadapannya. Wanita muda berpakaian kimono. Berwajah putih melepak, mata bundar dan manis berdiri dihadapannya sambil tersenyum. Wanita itu mendekatinya yang masih kaku.
"Tak sangka boleh jumpa awak disini. Selama ini saya hanya perhatikan awak dari jauh. Sejak awak kecil hinggalah awak dewasa. Nampaknya jodoh kita panjang. Sekarang awak berada di tempat saya. Jom ikut saya ke istana. Awak akan jumpa dengan keluarga saya. Marilah!" Ajak wanita muda itu sambil memegang tangannya. Shiro semakin takut apabila menyedari bahagian belakang wanita itu berulat dan berdarah.
"Jangan.. jangan pegang aku!!" Shiro berlari meninggalkan tempat itu dengan peluh menyelaputi wajahnya. Dia berlari sekuat hati tanpa menoleh kebelakang hingga dia sampai di biliknya.
Dia cuba membuka pintu tetapi pintu dikunci dari dalam. Dia cuba lagi kuat tetapi pintu tetap tidak terbuka. Dia mendengar bisikan di telinga.
"Awak tak boleh lari dari saya.... sebab awak adalah orang pertama yang dapat melihat saya.... awak tak boleh pergi.... kecuali awak berikan saya jantung awak.." wanita muda tadi dilihat terapung dibelakang Shiro dengan senyuman lebar. Shiro semakin menggigil ketakutan apabila di dengar perkataan 'jantung'.
"Buka!!! Bukalah pintu ni!! Kuro!! Hiro!! Tolong aku!!! Tolong!!" Jerit Shiro sekuat hati sambil menggegarkan pintu. Dia berhenti bergerak apabila satu tangan memegang bahunya. Tanpa berfikir, dia menghayunkan penumbuknya dan tepat mengenai orang yang berada di belakangnya. Orang itu jatuh kelantai.
"Adoi!!! apa ni?!!" Marah Kuro sambil memegang pipinya yang kemerahan. Dia mengelap sedikit darah yang mengalir dibibir akibat tergigit. Hiro menolong Kuro bangun dengan wajah panik.
"Kau kenapa? Pucat semacam je ni!" Tanya Hiro tegas.
"Aku..... aku tak sengaja... tadi ada masalah besar ! Aku nak buka pintu tapi tak terbuka." Jawab Shiro kelam kabut. Hiro membuka pintu dengan sekali pusingan sahaja.
"Mana ada kunci! Kau ni dah kenapa?!" Marah Kuro sambil menempeleng kepala adiknya. Ketiga-tiga mereka masuk ke bilik dan mengunci pintu. Kuro mengambil ais batu yang telah disediakan di dalam peti ais kecil yang sememangnya ada di dalam bilik. Dia hanya memandang wajah adiknya yang pucat.
"Apa masalah kau sekarang ni? Apa yang kau nampak? Ceritalah!" Tegas Kuro. Shiro hanya mendiamkan diri. Dia baring di katil sambil menyelimutkan dirinya. Matanya asyik memandang keadaan sekeliling.
"Tak payahlah kacau dia Kuro. Mungkin dia terkejut lagi tu. Mesti ada sesuatu yang dia tak sepatutnya tengok di kawasan sini." Kata Hiro tenang. Kuro mengeluh.
"Aku tahulah kau boleh nampak benda halus tu semua. Tapi janganlah tegur. Diam jelah. Aku dah lama tahu ada sesuatu ikut kita sejak kita mula mendaki lagi. Tapi aku diamkan sebab aku hanya boleh rasa kewujudan diorang. Hanya kau je yang boleh tengok diorang tu. Tapi tolonglah hati-hati. Kadang-kadang roh yang ada di dalam hutan ni bukan semuanya baik. Ada juga yang sekadar nak mengusik dan juga ada yang nak balas dendam. Kenalah berjaga-jaga!" Nasihat Kuro lagi sambil mendekati adiknya. Hiro menoleh ke cermin bilik. Dia menyedari sesuatu sedang melihat kearah mereka. Namun hilang setelah dia melihatnya. Hiro mengambil keputusan mendiamkan diri memandangkan Shiro masih tidak stabil.
YOU ARE READING
ROH
FantasyMengenai sepasang kembar yang mengikuti pengembaraan bersama keluarga ke salah sebuah hutan simpan. Namun pelbagai misteri telah terungkai di saat mereka disana. hutan cantik, pondok buruk, hantu, kolam jernih dan pelbagai kisah mengenai perkara ini...