(Di gunung)
"Too-san! Kaa-san! Kita ada masalah! Shiro tak sihat!" Panggil Kuro sambil memapah adiknya. Hiro mengikut mereka dari belakang. Kuro membuka pintu bilik ibu bapanya saat mereka bercakap.
"Jangan masuk!!" Jerit ayah mereka dari dalam. Tetapi semua itu terlambat apabila keadaan sebenar di dalam bilik dilihat oleh mereka.
En. Honda sedang mengacukan sejenis pistol tentera kearah bapa mereka. Kelihatan ibu mereka terbaring dikatil dengan kesan tembakan di dada. Shiro yang melihat terkejut besar dan terus meluru kearah ibunya. Takeru berdiri dihadapan Shiro sambil meletakkan pisau di leher Shiro. Kuro yang terdiam dari tadi menarik Shiro kearahnya. Hiro juga tercengang di situ.
"Oka-san! Oka-san!!" Panggil Shiro namun tiada reaksi dari ibunya.
"Maafkan oto-san.... oto-san cuba nak selamatkan ibu kamu tapi oto-san gagal..." rayu ayah mereka yang masih melutut dihadapan En. Honda.
"Ibu kamu sangat bising. Dia tahu yang aku sedang merancang sesuatu di sini. Sebenarnya kamu semua adalah sebahagian dalam ritual korban yang selalu aku lakukan sejak bertahun-tahun. Mereka berdua tahu tentang mangsa-mangsa yang hilang dan mati di gunung ini. Aku tak sangka yang ibu bapa kamu sedang menyiasat perkara ni. Aku tak tahan bila dia cakap dia nak beritahu polis tentang rahsia aku di sini. Jadi aku terpaksa diamkan dia. Sekarang giliran kamu! Hahaha!" En. Honda seperti dirasuk hantu. Dia ketawa sambil menarik picu pistol yang berada di kepala ayah si kembar.
Kuro menerkam kearah En. Honda dan menendang tangannya. Dia memanfaatkan seni wushu yang dipelajari untuk mengubah nasib mereka. Dia sempat menendang dan menumbuk en. Honda atas apa yang terjadi pada ibunya berkali-kali. Hiro berada bersama Shiro yang terduduk di lantai kerana masih terkejut. Hiro menyedari Takeru cuba menikam Kuro dari belakang.
"Kuro! Hati-hati!" Jerit Hiro. Satu badan menghalang tikaman dari Takeru. Ayah si kembar ditikam tepat di pinggang. Kuro yang melihat menyambut ayahnya dari jatuh. Kuro menyerang Takeru selepas meletakkan ayahnya di lantai. Pisau dirampas ketika Kuro memulas tangan Takeru kebelakang.
Kuro melepaskan amarahnya pada Takeru pula. Darah memercik dimerata-rata tempat disaat Kuro menumbuk wajah Takeru berkali-kali. Tiba-tiba satu tembakan kedengaran. Kesemua mereka terdiam. En. Honda tumbang dengan kesan tembakan tepat di dahi. En. Honda mati disitu. Takeru bangun setelah menolak Kuro ketepi. Dia merangkak kearah ayahnya yang telah mati.
"Papa? Papa!!!" Panggil Takeru sambil mengoncangkan badan bapanya. Dia juga rebah kebumi di sisi bapanya. Hiro yang kaku masih memegang pistol milik En. Honda ditangan. Kuro merampas pistol ditangan Hiro dan melemparnya jauh ke luar bilik.
"Oto-san!!!"si kembar meluru kearah ayah mereka yang nyawa-nyawa ikan.
"Pergi.... dari.. sini... beritahu... pihak berkuasa... cepat.. biarkan too-san.... di sini dengan ....oka-san kamu.... pergi... jaga diri... Kishi adalah.. ketua sekarang... bagitahu dia..." arah ayah mereka dengan suara yang tersekat-sekat.
"Tak!! Shiro takkan pergi tinggalkan oka-san dan Oto-san! Shiro taknak!" Bantah Shiro dengan linangan air mata.
"Shiro chan... kami sayang.... kamu semua... ikut cakap oto-san.. Kuro chan... bawak adik kamu... pergi Kuro... jaga Hiro juga... Hiro pun... adik kamu... pergi... demi kami..." rayu ayah mereka lagi. Kuro terpaksa mengikut arahan ayahnya apabila melihat adiknya masih tidak bermaya. Walaupun hatinya berat untuk meninggalkan ayah dan ibunya, dia terpaksa demi Shiro dan Hiro.
"Arigato oto-san... oka-san... aishiteru yo..." Kuro menarik tangan Shiro dan Hiro keluar dari bilik. Kuro mesti pastikan adik-adiknya selamat. Mereka meninggalkan tempat yang menjadi sejarah hitam mereka tanpa menoleh lagi. Dia berharap mereka akan selamat.
YOU ARE READING
ROH
FantasyMengenai sepasang kembar yang mengikuti pengembaraan bersama keluarga ke salah sebuah hutan simpan. Namun pelbagai misteri telah terungkai di saat mereka disana. hutan cantik, pondok buruk, hantu, kolam jernih dan pelbagai kisah mengenai perkara ini...