LANGKAH DEMI LANGKAH

1.1K 46 9
                                    

(Pukul 6 petang, di rumah banglo Shiro dan Kuro)

             Si kembar baru sahaja pulang kerumah selepas ber'shopping' selama 3 jam setelah tamat kelas hari itu. Kishi kun telah lama menunggu mereka di rumah. Hanya menanti hukuman diberikan kepada mereka yang bersalah. Shiro dan Kuro memasuki perkarangan rumah mereka dengan bahagianya kerana berjaya menghabiskan duit elaun mereka yang banyak itu dalam masa sehari. Namun mereka tidak menyedari 'seorang' harimau sedang menanti mereka di dalam rumah sendiri. Kishi kun tersenyum melihat adik-adik kembarnya pulang.

             Shiro memberhentikan pergerakan abangnya Kuro. Dia menatap pintu rumahnya lama-lama. Kuro agak kehairanan dan menepuk bahu adiknya.

"Kau kenapa? Kena sampuk ke? Dah! Jomlah masuk. Aku penatlah.." ajak Kuro selamba.

"Nanti! Aku rasa lain macamlah. AKu dapat rasa sesuatu yang amat menakutkan ada dalam rumah sedang menanti kita. Tunggu masa je. Kau masuk dululah.. aku tak berani.." balas Shiro perlahan dan menolak badan abangnya kehadapan.

"Kau ni penakut sangat kenapa? Mana ada sesiapa kat rumah. Onii chan belum balik lagi. Dia ada kerja kat kampus. Kau sendiri cakap kan! Apalah!" Ejek Kuro.

"Aku tipu je pasal aniki.. sebenarnya dia tak pernah bagitahu aku apa-apa. Aku saja je nak bergurau dengan kau.. jangan marah.." kata Shiro sambil tersenyum dan menggaru belakang kepalanya.

"Apa?! Jadi kau tipu akulah selama ni?! Kau ni memang nak kena!!" Marah Kuro. Dia memberi hadiah sebiji penumbuk pada tangan adiknya.

"Sorylah.. aku main-main je.. aku rasa aniki ada kat dalam tengah tunggu kita. Aku tahu aura hitam ni.. kau nak masuk tak?" Tanya Shiro lagi.

"Masuklah. Takkan nak tunggu kat luar macam orang bodoh. Jangan risau. Oka- san dengan oto-san ada kat rumah. Diorang takkan bagi kita kena pukul. Jom!!" Jawab Kuro yakin dan menarik tangan adiknya.

           Mereka memasuki rumah secara perlahan-lahan sambil melihat ke kiri dan ke kanan. setelah dipastikan selamat, mereka berlari ke arah tangga. Tanpa disangka Kishi kun muncul di belakang pintu sambil menarik baju adik-adik kembarnya.

"Mana nak lari hah?!! Korang akan menyesal sebab bantah cakap aku! Pergi shopping ya?! Seronok?! Habis semua duit korang kerjakan!! Korang memang nak kena!!" Kishi kun menarik telinga adik-adiknya sekuat hati. Kedua-duanya menjerit.

"Oto-san! Oka-san!!" Jerit Shiro dan Kuro sekuat hati.

"Apa kena ni?!! Kishi! Lepaskan adik-adik tu! Tak elok gaduh macam ni.. korang kan adik beradik.. cuba bawa bersabar. Kishi pun sama! Macam diorang ni juga perangainya. Kamu dah dewasa Kishi. Walaupun kamu beza umur hanya tiga tahun, kamu tetap seorang abang.." Keluar seorang wanita yang berusia lebih kurang 40-an dari dalam dapur. Wanita itu cuba melepaskan pegangan tangan Kishi Kun dari menarik telinga anak kembarnya.

"Oka-san cuba tanya anak-anak Oka-san ni kenapa saya buat macam ni?! Tahu menghabiskan duit je. Cubalah berjimat supaya tak susah di kemudian hari. Ini tidak.. selagi ada duit selagi itulah membazir je kerjanya!" Kishi Kun menarik telinga adiknya lagi kuat.

"Ok! Kita orang pulangkan balik semuanya!! Lepaslah!" Rayu Shiro.

"Onii chan!! Lepaskan kami.. kami janji kami tak akan buat lagi..."Kuro merayu.

           Akirnya telinga mereka dilepaskan selepas beberapa minit. Ayah mereka turun ke tingkat bawah sambil berbual dengan seseorang di telefon. Selepas beberapa minit, senyuman terukir di wajahnya.

"Guess what guys?!! We going on vacation!! We will go jungle tracking at special place! And you will be surprise!" Ulas ayah mereka dengan gembira. Ayah mereka yang berketurunan Rusia tersenyum mesra.

ROHWhere stories live. Discover now