HIDUP KEMBALI

754 50 63
                                    

(Di rumah Ena Mia)

"Apa yang perlu kami buat sekarang Ena Mia? Takkan kena tunggu sini sampai esok?" Tanya Kishi kun sambil melihat kearah Ena Mia. Yang lain-lain juga inginkan kepastian. Ena Mia hanya mendiamkan diri.

"Saya perlu keluar dulu. Berjumpa dengan ayah saya. Upacara korban yang manusia lakukan setiap tahun perlu dihentikan sekarang. Kalau tak, roh yang berada di sini akan dibangkitkan. Jika perkara itu berlaku, manusia akan terima padahnya. Malam ini adalah malam dimana dua dunia bergabung. Jika pertumpahan darah berlaku, keadaan akan menjadi tidak stabil. Walau setitik darah yang keluar dari badan manusia, dua dunia kita akan terbuka. Masa itu tiada siapa yang akan selamat kecuali..." Jelas Ena Mia perlahan. Kesemua mata tertumpu padanya.

"Kecuali apa?? Cakaplah.." desak Kie. Satu tepukan di belakangnya membuatkan dia berhenti bercakap. Kuroi merenung Kie dengan wajah garang.

"Kecuali apa Ena Mia? Apa yang perlu kami lakukan untuk menghilangkan semua perkara buruk ni jika benar-benar ianya terjadi?" Tanya Azuyu pula.

"Kecuali salah seorang manusia dijadikan korban untuk kali yang terakhir. Selepas itu kaum kami akan menutup hutan dan gunung ini dari dalam dengan menggunakan kuasa pelindung kami. Jika perkara ini berlaku, manusia tidak akan dapat melihat kami atau makhluk lain buat selama-lamanya." Terang Ena Mia sambil melihat bola kristalnya.

"Jadi... kami tak akan dapat tengok awak, Takumi atau Ai lagi.." tambah Hiro dari jauh. Semua orang mengeluh berat.

"Itu lagi baik dari makhluk jahat lain keluar dan kacau korang semua. Sepatutnya benda ni dah lama dirahsiakan dari manusia. Manusia tak ada hak untuk tahu hal kami, makhluk alam lain. Disebabkan seseorang yang baik hati, keadaan bertambah buruk. Dan rahsia besar terbongkar sehinggalah ramai makhluk alam ghaib yang inginkan kedamaian lenyap kerana disangkakan makhluk jahat. Aku benci manusia!" Luah Takumi. Dia yang berpakaian serba hijau, memakai bandana di kepala dan berambut pacak merenung Ena Mia dan Kishi kun bersilih ganti. Masing-masing seperti merahsiakan sesuatu.

"Perkara itu sudah lama berlaku. Jadi tidak perlu diungkitkan lagi. Lagipun bukan salah Ena Mia. Semuanya salah saya. Saya yang terlalu terburu-buru. Gomenasai Takumi san!" Ucap Kishi kun sambil tunduk hormat. Takumi hanya menjeling.

"Tsk! Kau ingat aku akan lupakan semua tu ke? Kerana kau, aku hilang adik aku selama bertahun-tahun. Dan kerana kau keluarga aku mati. Walaupun aku dah jumpa adik aku yang sebenar, dia tak akan anggap aku abangnya. Kerana aku seorang Yokai. Kau bersalah dalam hal ni!" Marah Takumi. Aura api kelihatan diseluruh badannya.

"Berhenti Takumi Kun!! Jangan ikutkan dendam. Semua ni terjadi sebab ada tujuannya. Awak tak boleh salahkan sesiapa dalam hal ni!" Kata Ena Mia tegas.

"Apa yang korang cakapkan ni? Kami tak faham." Kata Shinji hairan.

"Kalau kau nak tahu sangat, tanya dia! Dia tahu kenapa di sini terlalu banyak roh-roh yang tak aman! Dan kenapa gunung Hameda boleh berhubung dengan dunia kami!" Tengking Takumi sambil menunjukkan jarinya pada Kishi kun. Aura apinya semakin kuat.

"Apa yang berlaku Kishi kun? Boleh awak terangkan?" Tanya Kuroi mewakili yang lain. Kishi kun melihat wajah-wajah yang penuh kehairanan itu satu persatu. Dia menarik nafas panjang.

"Perkara ni perlu dirahsiakan. Saya tak akan ceritakan pada sesiapa. Saya dah berjanji." Jawab Kishi kun tenang. Dia melangkah keluar dari rumah Ena Mia. Takumi mengikutnya dari belakang. Pintu terkunci sendiri. Mereka meluru ketingkap untuk melihat apa yang akan berlaku.

"Kau jangan nak lari!" Panggil Takumi dan menarik kuat baju Kishi kun. Kishi kun berhenti melangkah dan merenung Takumi.

"Jangan paksa aku... benda tu dah lama lepas. Aku taknak ingat lagi." Jawab Kishi kun perlahan.

ROHWhere stories live. Discover now