KISAH BERMULA

891 42 14
                                    

(DI KAWASAN PERGUNUNGAN)

             Si kembar bersama keluarga mereka telah sampai di destinasi yang ingin dituju. Mereka tidak menyangka bahawa ayah mereka akan membawa mereka berkhemah dan meneroka hutan belantara selama tiga hari ini. Pilihan hati ayah mereka adalah di salah satu kawasan pergunungan di Tokyo yang baru sahaja dijadikan hutan simpan. Mereka adalah pelawat pertama untuk melihat alam semulajadi di situ. Di samping itu, mereka diberi kawasan tempat tinggal sementara di kawasan rawat dan rehat di sana. Ayah mereka yang merupakan ahli perniagaan berjaya telah mendapat nama di alam perniagaan dan dihormati kerana keramahannya. Disebabkan itu, mereka telah dipilih untuk menjadi pelawat pertama untuk menerokai hutan simpan itu. Mereka memberhentikan dua buah kereta di hadapan kawasan rehat dan rawat.

             Shiro yang memakai baju sweater biru berhood, bertopi dan memakai headphone tergamam melihat keindahan alam semulajadi di hadapannya sekarang. Dia melopong tidak bergerak. Kuro menutup mulut adiknya.

"Jangan buka sangat. Nanti masuk nyamuk." usik Kuro sambil gelak. Kuro yang memakai sweater berwarna purple gelap, bertopi dan memakai earphone ketawa melihat adiknya yang masih terkejut. Dia suka memakai sarung tangan hitam siang dan malam.

"Ok semua!! Keluar cepat. Kita kemas barang-barang dulu dalam chalet dan kita berbincang kita nak mula teroka dari mana!" Ajak ayah si kembar gembira. Si kembar hanya mengangguk serentak.

"Eh? Mana Hiro?" Tanya Shiro sambil melihat keadaan sekeliling.

"Entah. Masih dalam kereta kot. Penatlah tu. Biarlah dia rehat. Kejap lagi kita ajak dia masuk. Jom simpan barang dulu. Aku dah excited sangat ni!" Ujar Kuro dan terus mengangkat beg besarnya itu. Shiro hanya memandang kearah abangnya dengan perasaan gusar. Entah kenapa sebaik sahaja menjejakkan kaki di situ, hatinya berdebar-debar. Seperti ada sesuatu yang memerhatikan mereka dari jauh.

               Selepas beberapa minit, Hiro yang tertidur di dalam kereta bangun secara mengejut apabila terdengar suara seorang lelaki menjerit di telinga. Dia memandang keadaan sekeliling dengan peluh yang menitik di dahi. Dia membuka pintu perlahan-lahan dan secara berhati-hati. Sebaik sahaja dia menutup pintu, namanya dipanggil oleh suara yang garau. Sama seperti suara yang didengar dari seseorang yang bernama Eric di dalam mimipinya.

"Siapa tu?" Tanya Hiro dengan suara yang bergetar. Dia melihat kearah pergunungan yang agak kelam kerana keadaan semakin gelap. Hatinya berdegup kencang.

"Hah!!!!" Sergah Kuro dari belakang Hiro. Hiro yang terkejut besar terjatuh ke tanah dengan wajah pucat. Matanya terbeliak merenung ketakutan kearah Kuro. Badannya menggigil.

" Hahahaha!! Lawaklah muka kau! Sampai terjatuh! Hahaha!" Kuro ketawakan Hiro sekuat hati. Namun ketawanya terdiam selepas melihat Hiro semakin menggigil dan peluh di seluruh wajah. Mukanya semakin pucat. Dia menunjuk ke arah belakang Kuro. Kuro menoleh kebelakangnya.

"Apa? Kau jangan takutkan aku pula Hiro. Jom masuk bilik. Kau tidur dengan kami tau." Kuro mengambil beg Hiro dan menarik Hiro ke bilik yang telah disediakan. Sebelum itu, Hiro sempat mengambil meganenya yang terjatuh. Dia membetulkan T-shirt dan seluar jinsnya. Sesekali dia menoleh kebelakang. Kelihatan seseorang sedang melihatnya dengan senyuman sinis.

          Sebaik sahaja Hiro sampai di bilik, dia meminta izin untuk mandi. Kebetulan di situ, mempunyai kolam air panas di belakang chalet. Hiro mengambil kesempatan untuk berendam seketika seorang diri setelah bertenang dari gurauan bodoh Kuro. Dia berjalan kearah kolam dan membuka pintu belakang chalet. Dia terpesona sekejap.

"Sugoii!!" Kata Hiro apabila melihat kawasan kolam penuh dengan kelopak bunga dan berbau harum. Keadaan kolam yang terang dengan lampu lama menambahkan lagi kedamaian. Hiro memasuki kolam perlahan-lahan.

ROHWhere stories live. Discover now