MISTERI

768 37 8
                                    

(Pukul 9 pagi)

              Mereka telah bersedia untuk memulakan pengembaraan pada pagi itu. Kesemuanya telah mula membawa segala kelengkapan yang diperlukan. Kuro yang memakai baju t-shirt hitam tidak berlengan, 'sweater'nya diikat dipinggang, memakai topi dan menggalas beg yang diisi pelbagai keperluan untuk dirinya termasuklah makanan. Kelihatan Shiro terlompat-lompat kerana terlalu excited untuk mendaki. Dia meneliti pakaiannya. Baju putih berjalur merah tidak berlengan, memakai sweater nipis dan tidak ketinggalan headphone dengan ipodnya sekali.

"Kuro, ok tak pakaian aku? Sesuai kan?" Tanya Shiro sambil menayangkan badannya dan berpusing-pusing.

"Kau ingat kita nak masuk pertandingan fesyen show ke? Baju jangan tebal sangat sebab nanti kita akan banyak berpeluh. Dahlah badan kau tu berbau kuat. Satu hutan akan hidu bau kau yang 'mewangi' tu." Ejek Kuro sambil berpeluk tubuh. Shiro membuat muka marahnya.

"Oka-san! Tengok Kuro! Dia kata badan Shiro bau kuat! Shiro tak bau kan?!" Shiro mengadu pada ibunya. Kuro hanya ketawa melihat kemanjaan adiknya.

"Kuro... jangan menyakat adik. Tak baik gaduh-gaduh. Faham kan?" Nasihat ibu mereka dengan suara yang lembut. Kuro berhenti ketawa dan tersenyum.

"Ok... Kuro tak usik lagi. Tapi badan dia memang berbau. Kuro tahulah sebab Kuro selalu bersama dia. Cuma oka-san je yang taknak mengaku. Taknak anak kecik oka-san merajuk kan?" Balas Kuro sambil menaikkan sebelah kening kearah Shiro.

"Kuro!!" Jerit Shiro. Dia mengejar Kuro di sekitar kawasan. Hiro baru sahaja tiba di situ. Ayah si kembar pergi menemui ketua renjer hutan di situ untuk menemani mereka dalam misi mendaki kali ini. Mereka menunggu ketibaan mereka di tapak permulaan. Hiro yang membuka beg galasnya memeriksa barang-barang yang ingin dibawa ketika mendaki. Dia yang memakai baju agak tebal yang jenis dryfit dan berseluar ala tentera mengeluarkan survival kit dari dalam beg. Kuro dan Shiro ketawa melihat baju yang dipakai oleh Hiro. Hiro melihat mereka kehairanan.

"Kenapa korang gelak? Apa yang aku salah pakai?" Tanya Hiro ingin tahu.

"Yang kau pakai macam ni kenapa? Kita nak mendaki je. Bukan nak buat latihan ketenteraan." Ejek Shiro.

"Hei! Korang ni memang tak tahu cara-cara nak mendaki kan. Cuba baca buku ni. Pengetahuan mendaki gunung. Baik untuk otak korang." Sindir Hiro dan memberi satu buku yang agak nipis kepada Kuro dan Shiro. Mereka membacanya satu persatu. Wajah mereka berubah pucat.

"Jadi, apa yang kita orang pakai ni tak sesuailah?" Ujar Kuro sambil melihat Hiro.

"Yes!! Memang salah! Baju dan seluar yang korang pakai ni sesuai untuk pakai jalan-jalan je. Tak sesuai untuk mendaki. Pakaian aku ni sebenarnya teknik yang betul. Kalau tak percaya tanya parents korang." Jawab Hiro lagi sambil tersengih.

"Oka-san, betul ke cakap Hiro?" Tanya Shiro pada ibunya. Ibunya hanya tersenyum dan mengangguk. Mereka meneliti pakaian yang dipakai oleh ibu mereka. Jenis yang sama dengan Hiro.

"Kenapa Oka-san tak bagitahu kami? Kami tak ada baju macam Hiro pakai..." tambah Kuro kecewa.

"Jangan risau! Oka-san dah sediakan semuanya awal-awal. Tada!!!" Ibu mereka mengeluarkan dua pasang baju yang dikhaskan untuk mendaki. Siap dengan kasut dan sarung tangan. Wajah kedua-duanya berubah ceria.

"Oka-san!!! Aishiteru yo!!" Jerit si kembar sambil memeluk ibu mereka. Setelah siap menukar pakaian, mereka menyediakan barang-barang keperluan yang perlu dibawa sepanjang perjalanan dari mula hingga ke puncak.

                Setiap jarak antara tapak permulaan dengan peringkat pertama pendakian adalah 3 kilomoter. Gunung Hamena ini mempunyai 2 perhentian sahaja. Bermakna gunung ini tidak terlalu tinggi. Hiro merenung gunung yang akan didakinya dengan pelbagai perasaan.

ROHWhere stories live. Discover now