(Di kampus. Belakang bangunan)
Kelihatan Rei sedang termenung tanpa bicara. Walaupun dia hanyalah roh yang tidak aman, tetapi perasaan sayang dan cinta tetap ada dalam dirinya. Ini kerana dia mati juga disebabkan cinta. Rei berjalan dan berpusing menari-nari sendirian. Dia bosan menunggu hari esok untuk berjumpa dengan kekasih hatinya.
"Hiro akan balik esok. Apa yang aku nak cakapkan pada dia nanti? Em.. mungkin selamat pulang atau awak selamat balik! Lepas tu peluk dia. Kalau aku boleh peluk dia! Hahaha! Tak sabar rasanya! Cepatlah balik Hiro!! Saya menunggu di sini!!" Jerit Rei sekuat hati. Namun tiada siapa yang akan mendengarnya. Rei merenung bekal makanan Hiro yang ditinggalkan sebelum Hiro bertolak dua hari lepas. Terukir senyuman di bibirnya.
(Di rumah kosong di gunung Hameda)
Sebaik sahaja mereka memasuki rumah kosong berkenaan, mereka agak terkejut kerana rumah berkenaan tidak seperti apa yang mereka bayangkan. Di dalam rumah itu lengkap dengan semua perabot dan barang-barang yang berkilat. Ruang di dalam juga sangat besar walaupun bila dilihat dibahagian luar rumahnya buruk dan kecil. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk berada di hadapan pintu masuk sahaja tanpa melihat kedalam.
"Aku harap Shiro selamat. Aku taknak apa-apa jadi pada dia. Kalau tak, aku akan pikul rasa bersalah seumur hidup aku Hiro." Ujar Kuro sambil melihat adiknya yang tidur di sebelah. Cuaca semakin sejuk. Dan hari semakin memasuki lewat petang. Kuro cuba mencari kayu api untuk dibakar jika mereka terpaksa bermalam di situ. Hiro pula mengawasi keadaan Shiro yang masih demam panas.
"Kau rasa ada tak orang akan datang tolong kita? Kita mungkin ambik masa sikit untuk sampai kebawah. Dalam 2,3 jam jugaklah. Tapi kalau lambat kita terpaksa turun waktu malam. Itu bahaya Kuro." Terang Hiro bimbang. Kuro mengeluh.
"Aku tahu. Tapi apa yang patut kita buat lagi. Itu je caranya Hiro kalau nak selamat. Kali ini aku betul-betul berdoa semoga ada manusia yang baik hati datang cari kita." Kata Kuro. Dia meletakkan kayu-kayu yang dicarinya di luar rumah. Dia cuba menghidupkan unggun api yang telah dikumpulkan sebentar tadi. Dia mengetuk dua batu beberapa kali. Akhirnya berjaya apabila percikan api telah menjadi besar disaat membakar kayu-kayu yang ada walaupun agak basah.
"Yokatta!! Api dah ada. Boleh panaskan badan. Tapi... macammana nak masak? Pekakas dapur pun tak ada. Shiro perlu makan." Kata Hiro. Tiba-tiba kedengaran bunyi besi terjatuh di belakang Hiro. Hiro terus berpaling. Satu kuali kecil bergolek kearahnya dan berhenti betul-betul ditangan. Dia terkejut. Dia berlari kearah Kuro.
"Kuro, aku rasa rumah ni ada penunggulah.. kau tengok ni. Aku baru sebut pasal nak masak, kuali jatuh dekat aku. Aku risaulah. Takut apa-apa jadi." Bisik Hiro ditelinga Kuro. Kuro hanya melihat kuali berkenaan dan menoleh kedalam rumah.
"Dia nak tolong je kot. Biarlah. Kalau kau nak masak, masak sekarang sebelum malam. Kena cepat." Arah Kuro selamba. Hiro membuat muka.
"Oklah." Hiro mengambil beg kecil yang dibawanya selama ini. Di dalamnya masih ada satu tin ikan sardin dan bubur segera. Satu botol mineral kecil dikeluarkan dari dalam beg.
"Kau bawa semua ni? Patutlah aku selalu nampak kau gendong beg ni kemana saja kau pergi. Ada isi rupanya kat dalam." Tanya Kuro kagum.
"Aku selalu terlepas makan di kampus. Dan selalu juga kena temankan Rei di bangunan belakang. Kalau aku tak beli apa-apa makanan, aku masak kat sana je. Tapi aku akan bawa pekakas yang senang dibawa. Kali ini aku lupa bawa barang-barang tu semua. Aku hanya bawa beg yang ada barang-barang makan je. Lagipun beg ubat aku tertinggal kat atas. Kalaulah aku bawa, mesti aku dapat rawat macam-macam kecederaan." Jelas Hiro panjang lebar. Kuro tercengang.
YOU ARE READING
ROH
FantasyMengenai sepasang kembar yang mengikuti pengembaraan bersama keluarga ke salah sebuah hutan simpan. Namun pelbagai misteri telah terungkai di saat mereka disana. hutan cantik, pondok buruk, hantu, kolam jernih dan pelbagai kisah mengenai perkara ini...