(Di waktu malam, pukul 2 pagi)
Kelihatan seseorang sedang berlari di dalam hujan lebat dalam keadaan tergesa-gesa. Kedengaran suara esakan darinya di saat dia melangkah tembok penghadang jalan. Wajah yang tidak menyerupai manusia itu dilihat merah menahan marah dan sedih yang bersarang di dalam hati. Sebaik sahaja dia melangkah kehadapan, sebuah kereta yang dipandu laju merempuhnya dengan kuat. Badannya melayang jauh dan terhempas kejalan. Tiada suara yang kedengaran. Kereta yang melanggarnya berlalu dari situ tanpa melihat mangsa yang dilanggar. Darah mengalir laju bersama air hujan yang membasahi jalan. Wajah yang aneh berubah semula kewajah yang sebenar. Wajah manusia biasa. Muncul seseorang yang berpayung di tepi mangsa kemalangan yang kehilangan nyawa itu. Remaja lelaki yang berusia 16 tahun itu merenung wajah pucat mangsa dan tersenyum.
"Bukan masanya untuk kau pergi. Kau masih ada banyak perkara lain yang perlu diselesaikan. Hiduplah kembali. Dan jagalah orang yang sayangkan kau. Hargai nyawa baru yang ada pada diri kau nanti." Remaja lelaki itu berkata aneh. Sebaik sahaja ucapannya berakhir, satu cahaya kemerahan menyelubungi mangsa kemalangan. Dengan kuasanya, mangsa kemalangan bernafas kembali. Walaupun begitu, kecederaannya masih serius.
"Sora!! Kita kena pergi! Ada orang datang!" Panggil seseorang dan menarik remaja lelaki itu pergi. Mereka hilang dalam kepekatan malam.
"Fuji!!! Kau tak apa-apa ke?!! Fuji!! Roy!! Call ambulans!! Cepat!" Kemunculan dua remaja lagi menbingungkan mangsa yang melihat dalam samar. Cuba bersuara tetapi gagal. Sehinggalah pandangannya gelap keseluruhan.
(Selepas dua hari. Di banglo si kembar)
"Semua bangun!!!!!!" Beberapa ketukan di periuk memeranjatkan kesemua penghuni rumah mewah berkenaan. Berdiri Kishi kun sambil memegang senduk dan periuk. Dia mengetuk periuk ditangan beberapa kali lagi. Kesemua orang keluar serentak.
"Ya!! Dah bangun!! Janganlah bising aniki!!" Marah Kuro sambil menguap. Shiro yang masih mengantuk memeluk bantal peluknya di belakang Kuro.
"Kenapa ni Kishi san? Bukan ke hari ni kita cuti? Buat apa bangun awal?" Tanya Shinji yang keluar dari bilik sebelah kanan bersama Hiro yang memakai megane barunya.
"Sebenarnya saya dah buat rancangan untuk melawat ke sekolah yang terpilih disekitar Tokyo. Ianya bertujuan untuk memilih siapa yang layak berada di dalam kolej kita. Sebagai ketua mahasiswa, saya bertanggungjawab dalam hal ini. Saya akan pergi ke sekolah berkenaan tetapi kamu semua kena ikut. Faham?!" Arah Kishi kun tegas.
"Ok aniki... kami faham...." jawab mereka serentak dengan suara yang perlahan.
"Siapa lagi yang pergi Kishi san?" Tanya Shinji lagi.
"Kita je.. yang perempuan duduk rumah. Esok mereka ada aktiviti lain." Jawab Kishi kun serius.
"Apa lagi? Cepatlah! Nanti dah makan, boleh terus pergi. Kami nak rehat sepenuhnya hari ni." Ujar Azuyu gembira. Dia bersama dengan Kuroi sedang menghidangkan makanan untuk mereka.
"Kishi san, perlu ke awak pergi sekarang? Rasanya dekan bagitahu hari tu kita boleh mula minggu depan. Tak ke awal sangat?" Tanya Kuroi ingin tahu. Kishi kun duduk di meja makan.
"Saya tahu. Saya saja buat macam ni. Nak bagi mereka bangun awal. Kalau tak buat macam ni, mereka akan tidur sampai tengahari." Jawab Kishi kun selamba.
"Rupa-rupanya ada muslihat ya. Patutlah suruh kami bangun seawal mungkin." Tambah Azuyu pula.
"Bukan apa. Saya nak awak berdua berehat. Selama ni awak berdua selalu tolong kami uruskan hal rumah ni. Jadi tak salah kalau kami biarkan awak berdua berehat dalam masa satu hari. Hari ni awak berdua tak payah buat apa-apa. Kami yang akan lakukan semua." Kata Kishi kun dan menuangkan air kedalam cawannya. Dia memegang cawan dan meniupnya.
YOU ARE READING
ROH
FantasyMengenai sepasang kembar yang mengikuti pengembaraan bersama keluarga ke salah sebuah hutan simpan. Namun pelbagai misteri telah terungkai di saat mereka disana. hutan cantik, pondok buruk, hantu, kolam jernih dan pelbagai kisah mengenai perkara ini...