Bab 8: Kawan baru

24 1 3
                                    

Sebulan kemudian...
     Mata Felix memandang wajah Remy. Berita yang disampainya telah membuat hati Felix ketawa.
       "apa lilian kata?" soal Felix. Dirinya juga tidak menyangka Remy meminta izin darinya untuk mengahwini lilian. Tangan kecilnya mula membuka kertas kerja yang telah disemaknya dan mula menandatangani kertas itu, lalu dicopnya dengan mohor rasmi keluarga Nelsondis.
          "lilian kata dia akan mengikut kehendak tuan" balas remy yang cuba memecahkan kesunyian selepas soalan Felix.
          "saya izinkan sahaja, lilian tidak pernah berkahwin dengan rasmi ketika Ayah masih hidup. Aliana juga perlukan sosok ayah yang baik. Saya tidak mahu dia rasa sunyi hanya ada abang yang sibuk dengan tugas Duke." balas Felix dengan riang.
          Apa yang dikatakan benar, Duke dahulu tidak pernah berkahwin dengan Maid itu, dia hanya menyimpannya sebagai perempuan simpanan. Aliana juga tidak diiktiraf sebagai pewaris Nelsondis. Walaupun Felix pernah melawan berkenaan status Aliana, tetapi para bangsawan tidak membenarkannya, bagi mereka darah suci bangsawan perlu di jaga.
          "Remy, tolong jaga Lilian dengan Aliana dengan baik. Walaupon mereka punca Duchess Mary mati, tapi saya masih hormat mereka sebagai keluarga" ujar Felix sambil tersenyum. Matanya ikhlas membenarkan Remy melindungi dua orang iti.
           "Tuan, saya berjanji atas nama keluarga Nelsondis. Saya akan pastikan mereka hidup dengan aman" janji Remy sebelum meninggalkan ruangan kerja Felix.
           Felix terus membuka tingkap jendelanya. Di situ muncul ketua paderi yang sebaya dengan dirinya.
Senasib dengannya sama-sama menaiki tittle bangsawan setelah usia 10 tahun.
           Ya itu Arenjro Arise. Setelah perjumpaan mereka di istana, Arenjro atau digelar Aren telah menghantar surat kepadanya. Setelah itu mereka menjadi rapat malah sering meluangkanasa bersama. Bukan itu sahaja Aren ialah kelahiran semula Guru sillian. Ingatannya juga dimilikinya. Mungkin itu menjadikan mereka rapat, bukan itu sahaja. Puteri Alisa juga sering bersama jika mereka meluangkan waktu.
           Aren seorang yang berpikiran keanakan. Ceria dan sering membuat kecoh. Alisa pula seorang yang tenang, matang tapi dia sering mengikut kelakuan Aren. Felix pula yang paling normal antara mereka bertiga. Tapi bila berdua dengan Aren, Felix menjadi yang paling kecoh.
          "apa kes kali ni" soal Felix dengan nada tenang. Dia membiarkan Aren masuk ke ruangannya tanpa mengeluarkan suara.
         "bosan lah duduk kat gereja. Aku rindu nak duduk kat tower balik" balas Aren. Dia mengambil tempat di sofa lalu terus baring di atasnya.
          Felix yang melihatnya terus bersandar di mejanya sambil memeluk tubuh.
         "lah, balik jelah... Apa kena mengena dengan aku"
         "kau ni, cuba halang aku. Aku ni dah lah kurang kasih sayang." nada Aren seperti merajuk.
        Kali ini Felix ketawa kecil. Dia mula duduk di hadapan Aren. "ala kau ni... Jangan merajuk. Okaylah, apa kita nak buat hari ni? Kerja aku dah habis untuk hari ni" wajah Aren mula tersenyum.
        "cun.. Apa lagi pergi bandarlah... Ajak adik kau sekali"
        Felix mula ketawa. Aren sering mengajaknya berjalan ke bandar bersama Aliana. Gadis kecil tiga tahun yang kelakuannya memang menghiburkan hati mereka bertiga.
        Felix terus meminta Aliana mengikutnya. Gadis comel itu setelah melihat wajah abangnya terus berlari ke arah Felix sambil memeluk pinggang Felix.
         Lilian yang mengiring Aliana hanya membiarkan tingkah anaknya.  Aren pula mula mencelah dan mendokong anak kecil itu.
        "hari ni jalan-jalan nak?" soal Aren dengan riang. Matanya bersinar memandang wajah Aliana.
        "abang elix ikut?" wajah Felix di pandangnya. Felix hanya mengangguk kecil.
         "kali ini kita bertiga sahaja. Kami tidak perlukan pengawal.  Rie, kertas itu semua saya dah tandatangan hanya perlu cop sahaja. Nanti cop dan hantar ke istana, pembelanjaan pula sila buat laporan 5 bulan lelas punya" arah Felix dengan lembut. Kakinya mula melangkah keluar.
        Tiba sahaja di dalam kereta kuda, Felix memberi jubah kepada Aliana dan Aren. Tanpa bicara Aren dan Felix menyarung jubah tersebut. Melihat Aliana hanya memegang jubah itu, terus Felix mengambilnya dan memakaikannya untuk Aliana.
         "demon lord boleh juga jadi abang yang baik" tegur Aren dengan nada mengejek. Felix yang mendengarnya hanya ketawa kecil.
           Dia dahulu mempunya ramai adik perempuan dan lelaki yang tidak sah. Sebelum dia memgambil kuasa demon dia menjadi putera yang sangat baik, tanpa memandang mereka sebagai hamba dia melayan kerenah mereka dengan baik dan mesra. Tapi dia berubah selepas mengambil kuasa demon dan memilih untuk menjadi demon lord. Mengenangkan kisah lamanya, Felix mula mengeluh.
           "abang!" panggilan Aliana mematikan lamunan Felix. Dia memandang kearah luar tingkap. Setelah sahaja kereta kuda mereka berhenti, pantas Aliana meninggalkan tempat duduknya.
           "elix, tengok tu adik kau macam dah lupakan kita" ujar Aren. Felix hanya mampu mengiakan kata-kata Arenjro.
           "budak ni, kalau dapat keluar lupa dah nak pakai jubah tu dengan betul" Felix terus membetulkan jubah Aliana yang sudah senget dek kerana keseronokan adiknya.

Reincarnation As HumanWhere stories live. Discover now