Felix termenung di jendela. Apakah silapnya dia ingin mengubah kehidupan yang selama ini tidak pernah menyelebelahinya. Mungkin sebab dia dahulu seorang raja iblis.
"tuan" sapa pembantunya. Wajahnya sudah berusia, ya itulah Rie pembantu ibuku dahulu.
aku menoleh kearahnya. "duke masih hidup? " soal aku. wajah aku tersenyum melihatnya.
" dia jadi Undead tuan, kami sudah memastikannya semasa serangan di kota Neil. mengikut laporan bekas duke sudah menjadi undead yang dibangunkan oleh Demon Lord" ujarnya.
Felix terdiam. Silap baginya tidak menhapuskan tubuh ayahnya. Demon lord telah mengambil langkah yang tidak dia menyangka. Dia mengeluh.
"Sampaikan berita ini kepada yang mulia. Aku bersumpah atas nama duke Nelsondis jika aku akan pastikan ayah aku dapat dihapuskan. " arah Felix. Matanya seakan membara.
Baginya yang mati pasti akan mati. Hidupnya Duke Simon Nelsondis dendamnya akan membara.KEESOKAN HARINYA...
Felix mendapat arahan ke istana. Pagi-pagi sudah dia berangkat tanpa menjamah sarapan yang disediakan. Tanpa membuang masa daruratnya, dia terus menaiki kereta kuda keluarga Duke.
Tibanya dia ke istana. Terus dia tuju ke bilik bicara. Di situ berkumpulnya bangsawan-bangsawan, menteri, paderi dan ketua tentera. Lebih kurang ada 30 orang termasuk dirinya.
Maharaja mula memasuki ruangan tersebut. Tiada pengikut yang mengiringi baginda. Wajah baginda agak tegang. Usianya yang agak lanjut jelas kelihatan.
"Tujuan baginda meminta mesyuarat di adakan adalah untuk mendapat kata persetujuan atas pemtubuhan pasukan khas untuk menentang pasukan Demon lord"
Suasana menjadi tegang. Mata hadirin terbeliak ketika ini. "tuanku, kita pasti akan kalah lagi" muncul satu suara.
"benar, tentera kita banyak yang sudah tidak mampu mengunakan magic. Pasukan penyihir kita juga banyak yang terkorban ketika serangan demon lord Aurel. Tiada lagi keturunan mereka" jelas bangsawan yang lain. Suasana mula bising.
Felix terdiam. Silap dia dahulu menjadi raja iblis dan membunuh kesemua pasukan penyihir dahulu. Tidak sangka lepas kematiannya, muncul pula raja iblis baharu.
"ritual pengenalan Hero harus dilakukan tuanku. Kita memerlukan Hero baharu" jawab ketua paderi Arenjro. Ketua paderi yang juga usianya agak muda seakan Felix. Rambutnya hitam dan berwajah kacak. Matanya hijau seakan berlian.
Felix terdiam. Ritual? Tidak dia pernah mendengar perkataan itu. Selama dia bernafas tidak sesiapa yang mengatakan hero boleh di ambil dari dunia lain.
Maharaja mula bersandar. Tangannya memicit kepalanya. Matanya ditutup. "pengorbanan perlu dilakukan untuk menjalankan ritual itu" gumamnya.
Dia membuka matanya semula. Wajah felix yang membisu sepanjang bicara di tenungnya. "kita tamatkan perbincangan ini" suaranya agak latang ketika dikeluarkan.
Bangsawan memandang satu-sama lain. Kata putus masih tidak dikeluarkan sudah menamatkan mesyuarat? "tuanku" tegur knight yang berada di sisi baginda.
"beta mahu berfikir dahulu. Mesyuarat tamat" tegas banginda maharaja. Sementelah mendengar titahnya, bangsawan mula meninggalkan ruangan tersebut. Felix juga meninggalkan tempat duduknya.
Kakinya terus menapak sehingga di kawasan taman diraja. Langkahnya mati. Dia dapat merasakan aura yang dia selama ini melekat di ingatannya. Hero?!
Matanya mula mencari kelibat yang selama ini dia tunggu, menyesal membunuhnya, menyesal memusuhinya, menyesal dan penuh penyesalan.
Pergerakannya terhenti dari pencarian. Gadis yang juga melihatnya dengan penuh tanda tanya. Gadis itu seperti sebaya dengannya, berbaju gaun simple berwarna biru laut. Tiada pembantu disampingnya. Wajahnya mengeluarkan perasaan yang hampir sama dengan Felix.
"Aurel? " keluar perkataan dari mulut gadis itu.
Felix terkaku, nama yang sudah lama dia buang dari ingatannya muncul kembali.
"Finnea" ujarnya pula. Tanpa mereka sangka penyesalan menyelebungi mereka. Penyesalan membuat mereka bertemu kembali. Tapi bukan sebagai Demon Lord dan Hero, tapi sebagai Manusia.
YOU ARE READING
Reincarnation As Human
FantasyAurel adalah seorang Raja Iblis yang di geruni di Asla artem. dia dikenali sebagai raja yang kejam dan akan memastikan manusia mati di tangannya. saat dia di perangi oleh Hero manusia, Finniea von Mcklay seorang gadis yang terpilih menjadi orang y...