Wajah ibu aku Mary terlihat sedih. Matanya sayu, bibirnya tidak terukir senyuman.
"tolong ambil elix" suara dia perlahan mengeluarkan arahan kepada maid yang sedia berdiri di belakang kami.
"baik duchess" maid itu perlahan mengambil tubuh aku. Dia tidak beranjak dari belakang Mary selepas itu. Mereka seakan menunggu kehadiran Duke.
okey, aku silap! Duke tu perangai dia sama seperti diri aku dahulu. Kejam! Kenapa? Puncanya....
...
....
.......
Lama kami menanti, baru susuk tubuh yang tegap masuk ke dalam ruangan kami. Kasar dia membuka pintu, tiada senyuman hanya mata yang tajam melihat kami yang sedang menunggu dia."selamat sejahtera,duke" mary berkata sambil merendahkan tubuhnya sedikit sebagai tanda hormat.
"mana budak tu? " singkat duke membalas. Matanya baru terpandang maid yang mengendong tubuh aku. Tanpa kata dia terus berjalan ke arah aku.
"lelaki" suara dia dengan perlahan.
"Felix tuan"
Tangan dia mencapai rambut Mary, lalu ditarik dengan kasar dan kuat. Aku tahu, Mary sehingga terkeluar air matanya.
" Pastikan budak ni jadi yang paling bagus sehingga tuanku diraja akan nak jadikan budak ni pewaris dia" kata Duke itu.
"itu tidak rasional tuan, kita tidak pasti yang emperor akan hanya ada puteri sahaja" balas Mary dalam ketakutan.
Aku pasti, kata-kata Mary sudah mendatangkan kemarahan Duke. Kali ini Duke menghempas Mary ke lantai. Dia memukul Mary dengan tali kawat yang orang guna untuk memukul kuda. Selepas itu aku tidak dapat melihat kerana di halang oleh maid. Aku hanya mendengar suara Mary yang merayu untuk berhenti diseksa.
"Lain kali jangan melawan cakap aku! Kau ingat! Aku mahu kau latih anak aku ni kuat! Lagi kuat dari hero! Lagi kuat dari raja iblis Aurel! Faham!! Buat apa yang aku suruh! " lantang suaranya. Selepas itu dia terus tinggalkan Mary yang sudah lemah dipukul.
Aku mula kasihan dengan Mary. Dia tidak menangis, tapi aku tahu dia sedih. Dia meminta untuk memeluk aku. Setelah tubuh aku sampai ke pelukan dia, baru dia mengalirkan air matanya.
"Felix, nanti jadi lelaki yang baik ya nak" perlahan suara Mary. Dia mengusap belakang tubuh aku.
Walaupun baru hidup sebulan lebih dalam dunia manusia, aku faham yang Mary mengalami ke seksaan yang tidak terhingga. Dia menangis hanya mengeluarkan air mata, tidak suaranya. Dia seakan meminjam bahu aku untuk melepaskan rasa pedih dipukul tadi.
"duchess, mari kita sembuhkan luka tu" maid yang dari tadi diam seribu bahasa mula bicara.
Mary mengeleng. "bawa Elix ke bilik dia dahulu. Saya tidak apa, ini bukan kali pertama" balas Mary dengan lembut.
Dia mengucup pipi gebu aku baru dia menyerahkan aku kepada Maid. Baru aku tahu yang ada rupanya manusia yang berperangai iblis seperti Duke...
Tanpa mengucapkan terima kasih kepada Mary yang melahirkan pewaris dia, Duke lebih memilih untuk menyeksa Mary dengan kejam. Semenjak sebulan Duke pulang. Rumah agam itu ibarat neraka bagi Mary.
Walaupun aku tidak melihatnya aku dengar dari Maid yang bergosip di bilik aku. Mary si duchess Nelsondis sering disebat sehingga lunyai. Rambut di tarik, pipi di tampar, tubuh di pukul. Darah keluar di lap lalu di pukul lagi. Mary seakan tempat Duke melepaskan stressnya.
Badan Duke yang lebih besar dan kuat pasti sudah menyakitkan Mary. Bukan itu sahaja, terdapat juga maid yang menjadi korban Duke dan senasib dengan Mary. Lebih tragis, mereka di rogol lalu di bunuh jika mengandung. Selepas membunuh mereka ,duke akan memukul Mary.
Itulah yang terjadi sepanjang aku membesar sehingga 10 tahun. Duke masih hidup dan aku jarang bertemu muka dengan lelaki iblis itu. Hanya mary yang sering aku bertemu. Setiap kali kami berjumpa, dia akan tersenyum serta memeluk aku. Dia walaupun di seksa tidak pernah mengadu kepada aku dan hanya tersenyum. Dia tidak memburukkan Duke, dia juga tidak pernah menyuruh aku membenci ayah kandung aku.
"senyum dan lupakan masalah kamu elix" itulah pesanan yang sering dia katakan.
Itulah ingatan aku kali terakhir pasal Mary dan Duke.
YOU ARE READING
Reincarnation As Human
FantasyAurel adalah seorang Raja Iblis yang di geruni di Asla artem. dia dikenali sebagai raja yang kejam dan akan memastikan manusia mati di tangannya. saat dia di perangi oleh Hero manusia, Finniea von Mcklay seorang gadis yang terpilih menjadi orang y...