Bab 10 Kenangan

14 0 0
                                    

Suasana diluar agak kelap. Mata Felix hanya sayu melihat setiap titisan yang hinggap di tingkap pejabatnya.

         Hari ini merupakan hari kematian bondanya Mary. Felix mengambil keputusan untuk terus melawat pusara ibunya walaupun cuaca tidak mengizinkan.

         Rie menyediakan kereta kuda untuk Felix. Payung ditangannya sudah tersedia digunakan untuk melindungi Felix dari hujan. Tapi bila sudah tiba di kawasan perkuburan Felix menghulurkan payung kepada Rie.

          Tangannya mula mencapai sejambak bunga ros merah di campurkan dengan ros putih. Bunga itu merupakan kesukaan ibunya semasa ingatannya masih segar. Mary sering mencium haruman bunga itu semasa hidupnya. Dan itu juga Felix berharap supaya ibunya mampu mencium bunga kesukaannya.

            Hujan sudah mula membasahi tubuh Felix, tetapi sedikit pun dia tidak hirau. Diletakkan bunga itu di pusara Mary.

        "Mary von Vixta el Nelsondis, kasih berpanjangan bersama puteranya serta suami" bisik Felix membaca tulisan yang terpapar di pusara ibunya.

          Felix mempejamkan matanya. Dodoyoian ibunya terus bermain dikepalanya. Dia megeluh. Tangannya diletakkan ke tanah, dengan lembut dia menyanyikan semula lagu yang ibunya cipta untuk menidurkannya pada malam hari.

       Oh my baby please in peace
       Your mother will save you
       From darkness in nightmare

       Oh my darling hope you safe    From the darkness in nightmare
Sleep tonight hope always in safe
Your mother always with you

      In the jungle have a bear
      Live together with his dad
     His dad protect him from
  From the darkness in nightmare

     Oh my honey sleep today
     Be happy don't be sad
   Your mum will always with you
    So you never be alone...

        Pada rangkap terakhir air mata Felix mengalir. Hatinya menjadi lemah. Semenjak ibunya pergi lagu itu hanya bermain di ingatannya. Tiada yang menyanyikan untuknya. Dia tidak lagi tidur dengan lagu itu, hanya dinyanyikan ketika merindui sosok ibunya.

          "felix sihat sahaja ibu" perlahan suara itu dilontarkan. Kali ini dia mula mencerikan kehidupannya. Dia juga menyuarakan suara hatinya yang dia sehingga kini tidak mengantikan Lilian sebagai ibunya. Baginya Mary adalah satu-satunya ibuya.

            Ingatannya mula merantau pada usianya yang 3 tahun. Mary masih lemah tapi tetap melayang kerenah Felix. "ibu!" ceria suara dia memanggil ibunya.

            Bunga ros merah dihulurkan kepada ibunya. Mary pasti cemas melihat Felix yang mengemgam batang bunga itu yang berduri, tapi dia tidak akan mengecewakan puteranya dan mengucapkan terima kasih atas bunga itu. Kelakuan Felix seperti anak-anak pada mulanya hanya lakonan, tapi berubah setelah sekian lamanya dia bersama Mary. Tapi kini tidak lagi.

           Tiada lagi sosok mary yang akan mempercayai wajah sucinya. Apalah yang bondanya akan lakukan jika memdapat tahu anak kesayangannya ini telah membunuh orang pada usia yang muda. Lebih perit, dialah yang membunuh ayahnya sendiri Duke Nelsondis.
        Airmata yang mengalir dilapnya.
         

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 02, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Reincarnation As HumanWhere stories live. Discover now