Sudah 10 tahun aku hidup sebagai pewaris tunggal duke Nelsondis. Hidup aku setakat ini masih tidak berubah sebagai manusia. Ingatan aku masih segar ketika menjadi raja iblis dulu, hanya kerja, berlatih, makan, kerja semula, dan rehat sebentar baru berlatih semula.
Jika aku yang sekarang, belajar, berlatih pedang, kelas yang mungkin ada 20 sesi, makan, dan ulang kaji. Kadang kala tidur pun tak cukup. Setiap kali hari minggu pula, ibuku mary akan berjumpa dengan aku. Jika aku berjumpa dengan dia mesti ada kesan lebam dan luka di wajahnya, tapi senyum dia langsung tidak pernah kering.
"tuan muda, duke telah memberi arahan supaya tidak berjumpa dengan duchess lagi" suara butler aku mematikan khayalan aku. Wajahnya tidak tepat memandang wajah aku, dia juga tidak kelihatan takut atau ragu. Itulah butler aku encik Remy Swanson seorang lelaki berusia 10 tahun lagi tua dari aku.
"bila ayah akan berangkat ke utara? " balas aku dengan dingin. Aku ingin mengalihkan perbualan yang dia ingin sampaikan. Aku tahu duke mahu aku tidak terlalu rapat dengan ibu kandung aku sendiri. Lelaki itu tidak pernah waras dari aku lahir lagi.
"malam ini bersama cik lilia dan anak mereka" balas Remy. Dia bersuara perlahan, nada kali ini seakan sedih.
"dengan budak perempuan tu sekali? Dia nak buat apa dengan adik aku sampai perlu bawa ke utara? " nada aku sedikit tegas. Aku memandang tepat ke arah Remy. Dia pula seakan hilang kata. Aku bangkit dari tempat belajar aku dan mula meninggalkan Remy. Sampai di muka pintu, dia menhalang aku.
"jangan pergi tuan muda! Saya mohon tunggu di sini dulu" suaranya seakan merayu. Kuat dia memegang tangan aku.
"mak aku dah mati? " soal aku dengan ringkas. Aku menjeling ke arah Remy yang menundukkan kepalanya. Tidak lama kemudian, Bamm!!!! Dia melutut di depan aku.
"saya tidak dapat berbuat apa-apa! Maaf kan saya tuan!! Saya tidak boleh menhalang duke!! Maafkan saya!" suaranya bergetar, air matanya mengalir dengan laju.
Aku? Hanya sedikit terkejut, dan mampu berdiam. Aku jauh dari Mary, kediaman aku berbeza dengan duke dan duchess. Informasi yang aku dapat hanya ketika Mary melawat aku. Aku diam seketika.
"sepuluh tahun aku hidup baru duke mahu membunuh ibu aku? Bukan salah kau remy, aku yang lemah tak dapat melindungi mak aku." perlahan aku mengeluarkan suara. Segera aku mengarahkan remy meninggakan aku di ruangan belajar aku.
Aku merenung ke arah tingkap, dapat aku rasakan hengin malam ini. Pewaris tunggal? Ya itu yang selalu ucapan yang aku sering dengar. Dari aku lahir hingga aku menghadiri pesta dansa para bangsawan, "tahniah kerana menjadi yang paling hebat! "
"pewaris rumah Nelsondis seorang yang bijak! "
"Tuan muda patut menjadi raja!"
"saya dapat rasakan tuan akan menjadi seorang yang hebat lebih dari hero Finniea, kuat dari Raja Iblis Aurel, lagi bijak dari raja emiel dan lagi hebat magic dari Guru Sillian dalam lagenda the three hero and demon lord"
"lagenda? " bisik aku. Seribu tahun sudah berlalu dan kini aku dan hero hanya lagenda dan cerita mitos.
"hei finniea ini ke keaman yang kau nak lindung? Mak aku mati di bunuh tanpa keadilan, ayah aku curang dan mempunyai pewaris lain yang tidak sah dibela? Aku pula dijadikan alat untuk memenuhi kehendak orang tak guna itu? " suara aku sudah menjadi kasar. Tangan aku mula mencapai jubah panjang, pedang ku letak di pinggang. Tingkap aku buka lalu keluar dari sana.
"hutang darah perlu di bayar dengan darah, betulkan Finniea "
.......................
Kuat bunyi kereta kuda yang dinaiki Duke Nelsondis dan Perempuan simpanannya.
"sampai sahaja kita di utara, kita akan menginap di sana dahulu. Aliana boleh berjalan di sana" Suara Duke Nelsondis lembut kedengaran. Dia mengusap kepala anak gadis berusia 3 tahun dengan lembut. Matanya memandang ke arah lilia.
"jangan kau bersuara jika sampai sana pula" amaran di lemparkan.
Lilia tertunduk, dia dahulu seorang maid yang terselamat dari di bunuh selepas di rogol oleh duke. Duke tidak membunuh dirinya dan menyimpannya setelah aliana lahir. Malam ini pula? Dia telah membunuh duchess yang sudah pasti tidak bersalah, tapi dia pula tidak dapat berbuat apa kerana nyawa aliana menjadi taruhan.
"aku dah sangka kau akan pilih anak kau dari pilih mary, kau yang pilih. Aku hanya lakukan apa yang aku janjikan. Mary tu kawan baik kau kan? Anak mesti lebih penting dari kawan" suara duke sangat perlahan. Dia tidak mahu Aliana mendengar apa yang dia ucapkan.
Trikkkk...... Kereta kuda berhenti mengejut.
"kenapa berhenti?! Kau mahu kena bunuh ke?! " marah duke sambil ingin keluar dari kereta kudanya. Aliana terbangun tetapi dia dipeluk dengan erat oleh lilian yang cuba menghalang pandangan anak kecil itu.
"yo... Ayah... Eh bukan Duke Nelsondis" suara Felix bernada mengejek. Wajahnya tersenyum tapi aura yang muncul penuh dengan dendam.
"lama tak jumpa duke, 1 atau 2 tahun... Oh! Mungkin 5 tahun"
"kau buat apa kat sini elix! " kasar suara duke.
"ambil adik aku, dan gelaran kau... Kau dah bunuh mak aku kan... Aku takut yang Aliana pula jadi mangsa kau seterusnya"
"kau!! " dengan penuh kemarahan duke ingin menyerang Felix dengan pedang nya. Tapi hanya dengan menjeling Felix mengeluarkan sihirnya untuk berhentikan duke.
Keduukkk..... Duke sudah jatuh terbaring. Felix tidak mengambil masa yang panjang lalu terus memancung kepala duke. Lalu dia memancung pemandu kereta kuda dan knight duke.
"aku tak nak menjadi pembunuh macam dulu tapi, lelaki ini perlu dihapuskan Finniea" guman Felix.
"aku beri pilihan, sama ada kau tinggal bersama aku dengan anak kau. Atau kau pergi dan tinggalkan anak kau dengan aku" ujar Felix.
Lilian memandang wajah Felix yang serius. Dalam fikirannya, Felix bukan seperti kanak-kanak 10 tahun. Felix menakutkan seakan bukan kali pertama dia membunuh orang.
"cepat" suara felix mematikan lamunan Lilian.
"duduk dengan tuan muda" lilian melutut. Dia seakan ketakutan. Matanya tertutup, tangannya erat memeluk Aliana.
"baiklah, itu pilihan kau. Aku tahu kau tak bersalah, jadi aku tidak bunuh kau. Mak aku Mary pesan untuk aku jadi lebih kuat. Kau mungkin tidak boleh gantikan dia, tapi aku akan layan kau macam aku layan dia. Aliana adik perempuan aku, kau duduk dengan aku kat rumah utama di bandar" balas Felix.
Malam itu, tiada sesiapa mengetahui pembunuh Duke Nelsondis selain Lilian dan Felix. Mereka mengatakan duke mati di rompak. Lilian tidak bercerita langsung tentang peristiwa kematian duke.
"selamat kepada Duke Nelsondis baharu! Duke Felix Nelsondis!" puji bangsawan yang ada menyambut majlis pertabalan felix sebagai Arcduke Nelsondis"
Ini permulaan kehidupan aku, Felix sebagai manusia selepas menjadi raja iblis.

YOU ARE READING
Reincarnation As Human
FantasyAurel adalah seorang Raja Iblis yang di geruni di Asla artem. dia dikenali sebagai raja yang kejam dan akan memastikan manusia mati di tangannya. saat dia di perangi oleh Hero manusia, Finniea von Mcklay seorang gadis yang terpilih menjadi orang y...