Gelap... Gelap... Bising.... Bising.... Arghhh..... Arghhh!!!!!
Tangannya terus terletak di kepalanya. Mata di pejam serapat boleh.
"wow, simon. Keluarkan amarah kau... Buangkan semuanya, lepaskan" bisik satu suara.
Susuk tubuh pucat dan besar mula mendapatkan kesedarannya. "ya... Aku marah.... Bennnciii.... Beennnnccciiiii!!!!" suaranya mula bertukar garau. Matanya mula merah menyala.
Senyuman dari si tuan mula terukir. "akhirnya.... Lepas 1000 tahun... Aku berjaya" luahnya.
"Raja Aireil" tegur pengikutnya.
Dia terus menoleh ke arah suara yang menganggu kegembiraannya. "apa?! "balasnya dengan sedikit geram.
"kami dapat mengesan aura Raja Aurel" penyataan pengikutnya membuatkan dirinya terkejut. Apakah usahanya akan terhapus? Setelah dia berjaya membuat semua demon tunduk dengannya? Setelah dia berjaya hidupkan senjata yang paling kuat "undead"? Dia mula mengeluh keras.
"cari! Jangan bagi terlepas! Cari! " suaranya kuat kedengaran. Gegar istana dibuatnya. Suaranya cuba menghalang perasaan gusarnya.
Pengikutnya yang bendul mula lari ketakutan. Tinggal dirinya dan 'haiwan'yang baru disedarkannya.
"takut? " tegur suara yang sering memimpin dirinya.
"tidak" balas Aireil dengan ringkas.
"kau mampu kalahkan dia?" sambung suara tadi.
"diam" kali ini suara Aireil mula tegas.
" Aurel darah keturunan Raja Iblis yang asli... Mana mampu kau yang separuh mengalahkan dirinya"
Kali ini Aireil tidak mampu melawan kata-kata tersebut yang kemudian mencucuk kepalanya. Matanya menjadi rapat.
"darah suci masih mengalir dalam tubuh Aurel kini"
"kuasanya masih kukuh di jiwanya"
"dia keturunan asli demon lord"
Suara itu mula Tergia-gia di telinganya. Aireil mula mengamuk, dan amukannya berjaya membuat suara itu hilang.
Segera dia bersandar keletihan. Ya, dia sedar bahawa dirinya mula semakin lemah.
1000 tahun bukan masa yang sekejap untuk dia bertahan. Lagi-lagi dia yang 'separuh'ini.
Ingatannya mula kembali di zaman kelahirannya. Dia dan Aurel dilahirkan pada waktu yang sama dan ayah yang sama. Perbezaannya daripada darah yang mengalir dari tubuh mereka. Aurel anak suci dari hubungan perkahwinan manakala Aireil hasil dari perzinaan.
Dari kecil mereka dilayan sangat berbeza. Ayah mereka bukanlah seorang demon lord, tapi raja dari kerajaan Vixta. Demon lord ini di tujukan kepada raja yang mempunyai kuasa magic kuat.
Raja Vixta ini seorang yang lemah terhadap godaan. Dia mempunyai puluhan perempuan simpanan, tapi hanya seorang isteri Ratu Alienda ibu kepada Aurel.
Mereka bukan keturunan demon malah hanya manusia biasa. Kerajaan Vixta juga bukan seperti kini yang penuh dengan magic, tapi berubah dengan kelahiran pewaris raja vixta Aurel el Vixta.
Aurel dilahirkan dengan magic yang kuat. Ibunya terkorban ketika melahirkan dirnya. Semasa kelahirannya, terdapat lagi tiga bayi lelaki dari perempuan simpanan Raja, antaranya Aireil, Roiseil, dan Cain. Kalau mengikutkan garis keturunan darah raja vixta. Aurel dilahirkan sebagai Putera ke-15 daripada 45 putera yang dilahirkan.
Malangnya, dimata Raja Vixta dan para bangsawan mereka menganggap Aurel adalah pewaris tunggal kerajaan Vixta. Putera yang dilahirkan hanya berfungsi sebagai pembantu kepada Aurel dan puteri pula sebagai hamba dan pelayan khas untuk Aurel. Menjadikan Istana putera diraja didiami 44 putera pelayan dan 30 puteri pelayan yang bertugas menjaga Aurel.
Mereka percaya raja yang dilahirkan dengan magic perlu dilayan dengan khas sekali dan paling berkuasa walaupun masih bayi. Aurel dilahirkan dengan sifat ibunya Ratu Alienda bijak, baik hati dan menjaga adab. Wajahnya pula seperti Raja Vixta rambut hitam likat, mata berwarna merah permata dan berkulit putih bersih. Ramai mengatakan Aurel ialah putera raja sempurna.
Aurel bukan kejam dan tidak pernah berniat memusnahkan kaum manusia dengan menggunakan 'undead'. Tapi hanya kerana dia mempuyai kuasa magic yang paling kuat ketika itu, ramai pula yang mula cuba membunuhnya. Bermula dari putera ke 5 kerajaan Vixta, yang cuba membunuhnya ketika bayi lagi sehingga puteri yang ingin membuat perkara yang sama.
Aireil yang ketika itu berusia 5 tahun juga mengetahui bagaimana hidup Aurel yang penuh dengan bahaya. Tapi dimata Aurel tidak, wajahnya ceria dan matang pada waktu yang sama. Sehingga semua orang di situ mengaku bahawa Aurel mampu menjadi raja yang berkuasa.
Ketika Aurel menaiki tahta mula tersebarnya rumor berkenaan perjanji dengan Demon secara besaran di kerajaan Vixta. Aurel pula membuat perkara yang sama dengan rumor sehingga Kerajaan Vixta menjadi kerajaan magic yang kuat. Ketika itulah Aurel Digelar Demon Lord.
Aireil yang menjadi pembantu Aurel mula bertindak membelot. Memberikan Aurel minum Air suci sehingga kuasanya hilang. Barulah dia dapat menyaksikan kematian Aurel di tangan Hero. Siapa sangka kematian Aurel membuatkan kuasa magic di kerajaan Vixta hilang serta merta. Membuatkan Aireil yang berdarah separuh terpaksa memberi jiwanya kepada demon barulah dia mendapat kehidupan yang lama ini.
Tapi kini musnah kerana Aurel telah dilahirkan semula dan kuasanya masih kekal pada nya. Usaha memusnahkan Aurel hilang sekelip mata.

YOU ARE READING
Reincarnation As Human
FantasyAurel adalah seorang Raja Iblis yang di geruni di Asla artem. dia dikenali sebagai raja yang kejam dan akan memastikan manusia mati di tangannya. saat dia di perangi oleh Hero manusia, Finniea von Mcklay seorang gadis yang terpilih menjadi orang y...