Bab2: Persoalan dan penjelasan

48 5 0
                                    

Kosong.... Sunyi.... Gelap....
       Aku mengeluh....
       "apa yang boleh dapat pandang dinding ni? " bisik hati.
        Aku yang dulu seorang raja iblis yang sangat kuat, sekarang? Hanya mampu memandang dinding yang pasti dia melihat aku juga.
        Aku tidak boleh memusingkan tubuh aku. Tangan aku pula? Kecil! Nak pegang pedang seperti dulu pun tak lepas!
        Hua!!!! Hua!!! Wargh!!!! Wargh!!!  Kuat aku menangis tanda melepaskan geram. Benci!  Benci!  Aku akan pastikan aku jumpa Aireil pengkhianat yang buat hidup aku sensara! Sama juga dengan Hero tak guna yang bunuh aku!
         "elix,  tenang ye mama ada" pujuk wanita yang lambat pergerakannya. Hangat pula tubuh perempuan ni!  Selesa!
         Aku berhenti menangis. Sekejap sahaja dendam aku reda sebab wanita ini. Aku memandang wajah dia yang manis tapi ada kesedihan.
         Dia senyum kearah aku dan memeluk tubuh kecilku. Dia kembali baring di katil dengan membawa aku sekali.
          "tenang ye nak... "perlahan suara dia sambil mengucup dahi aku.
           Wanita ini mempunyai wajah yang manis, rambutnya coklat kehitaman, suara dia lembut tapi pergerakan dirinya sungguh tidak bermaya.  Dia mengendong aku dengan erat mungkin takut aku terjatuh walaupun tahu dia tiada kekuatan itu.
          Matanya yang berwarna biru mutiara hangat bila memandang wajah aku. Aku juga pelik, dia manpu membuang perasaan benci aku kepada orang yang buat aku jatuh. Dia seakan mempunyai aura yang buatkan aku yang dikenali kejam boleh berubah menjadi baik.
           Tangan dia buat aku selesa dengan bilik yang asing bagi aku. Tiga minggu aku di dunia baru ni, dia berjaya memikat aku untuk terus hidup sebagai Felix.
          "maaf hero, aku salahkan kau. Aku pun dah bunuh kau juga, tapi Aireil aku tak boleh maafkan! Dia iblis!  Kenapa membelahi manusia? Apa niat dia? Dia tahu yang manusia akan musnahkan kaum iblis, tapi dia mengikut mereka!
          Apa muslihat dia? Malam tu mereka berjaya membunuh pengikut aku, jadi hampir semua iblis mati dibunuh. Mahu pulih? Harus ada keturunan diraja iblis yang sah baru kekuatan iblis yang lain akan meningkat.  Tapi apa yang dia mahukan sehingga tiada rasa takut kehilangan kuasa magic bila dia berjaya membunuh aku!?
          Aku mula mengeluh. Pandang semula aku kearah dinding yang seakan melambai kearah aku.
.......
Sebulan kemudian....
        Aku sudah boleh duduk sendiri, tidak perlu sokongan Mary wanita yang melahirkan aku. Aku perasan, di rumah agam ni hanya ada aku dan Mary, ada juga beberapa maid dan tukang kebun tapi yang kerap muncul hanya Mary.
        Dia sering mengendong aku dengan erat dan bawa aku ke taman bunga. Cantik tu ya, tapi sunyinya rumah itu macam aku ni duduk kat tengah lautan. Aku juga dapat merasakan yang Mary mempunyai tubuh yang lemah.
         Dia sering memegang aku dengan erat,  tapi pergerakan tubuhnya perlahan dan dia sering mengeluh seakan melakukan pekerjaan yang berat. Mata dia penuh dengan kesedihan, tapi wajahnya tidak pernah kering dengan senyuman.
        Aku mula terfikir, aku dilahirkan sebagai manusia... Tapi manusia dari keturunan mana? Nak kata kebanyakan... Aku duduk rumah besar, taman bunga yang sangat luas, tapi nak kata bangsawan hanya ada aku dan Mary yang seakan wujud di rumah itu.
           "selamat sejahtera duchess " sampuk lelaki yang wajahnya langsung aku tidak pernah melihat wajahnya. Dia berpakaian seperti pelayan,mata dia tertutup dan kepalanya ditundukkan.
          "Ellen, duke akan balik hari ini?" soal Mary dengan lembut tapi ada nada kerisauan. Tangan dia semakin erat memeluk aku. Aku tahu dia ketakutan tapi dia tetap berdiri walaupun ada kerisauan dalam hati dia.
           "duchess hanya perlu menyapa duke sahaja, tuan hanya ingin melihat tuan muda" balas lelaki itu dengan lembut.
          Mary menghembuskan nasafnya.  "baiklah" balasnya dengan singkat. Dia terus memusing tanpa memandang wajah lelaki tadi. 
        Duke? Duchess? Aku dahulu ada menpelajari gelaran manusia, itu gelaran yang tinggi selepas diraja. Aku cepat faham yang keluarga Nelsondis ialah keluarga yang tinggi pengaruhnya. Tapi kenapa Mary selalu sedih dan ketakutan? Siapa pula bapa aku yang sejak aku lahir tidak perlihatkan wajahnya? Kenapa Mary takut dengan duke itu?  Banyak pula persoalan yang telah menceroboh masuk fikiran aku.

Reincarnation As HumanWhere stories live. Discover now