Felix masih kaku melihat gadis dihadapannya. Apa yang terjadi selepas kami terbunuh? Apa terjadi dengan kerajaan manusia? Apa terjadi dengan kerajaan demon?
"Demon lord" panggil gadis yang duduk disampingnya.
"Felix, nama saya Felix Nelsondis sekarang" perlahan Felix mengeluarkan suaranya. Mata gadis itu mula layu.
"baiklah, saya alisa Mcklay puteri tunggal pasangan diraja Asla Artem" ujarnya pula. Suaranya lembut mengeluarkan penyataan tersebut.
"keturunan Finnea?" soal Felix.
Alisa memandang wajah Felix. "tidak, keturunan adik saya. Finash Von Mcklay saya mati sebelum memiliki keturunan sendiri" sindirnya.
Felix mula tersengih. Alisa ketawa melihat wajah Felix begitu. "demon lord sekarang keturunan kau ke? " soal alisa.
"cakap macam bukan puteri raja. Bukan, tu keturunan penolong saya. Saya tiada keturunan lain. Kini juga sama. Mak aku mati, ayah juga. Kini hanya aku sebagai pewaris tulen Nelsondis." balas Felix. Nadanya sedikit sayu.
"kematian Duke Simon sebab kau ke? " soal Alisa.
Felix merenung taman di hadapannya, "ya" pengakuan Felix membuat Alisa tidak terkejut sedikit pun.
"maaf, sebab bunuh dan berkasar dengan kau dahulu. Bila aku baca semula sejarah selepas kematian kita, yang merosakkan dunia bukan demon, tapi manusia sendiri. Maharaja tipu saya, dia musnahkan Asla Artem dan cuba membangkitkan undead. Finash yang menghalang perbuatan mereka dan berlakunya revolusi dari keturunan Hero." jelasnya.
" kau tahu apa yang akan terjadi, tapi kau buat silap langkah" sambung alisa lagi.
Felix tersenyum. "kisah lama. Kita tidak perlu ulang perkara itu lagi. Aurel dan Finnea sudah mati. Saya juga hanya manusia, kau juga manusia. Tiada lagi Demon lord dan Hero. Itu kisah 1000 tahun lalu. " balas Felix.
"kuasa Finnea masih di jiwa saya. Felix, kau masih ada semua kuasa Aurelkan. Kita bukan sekadar manusia biasa" kata-kata Alisa membuatkan Felix terdiam.
Ya, dari aku boleh melihat wajah Mary sehingga kematian Simon aku bukan manusia biasa. Felix bangkir dari tempat duduknya. "tuan puteri, kita tamatkan bicara kita disini. Patik minta diri dulu" felix terus melangkah. Tidak sedikit pun memandang wajah Alisa kembali. Bila kakinya tiba di kereta kuda milik keluarga Nelsondis. Matanya memandang istana di raja.
"kisah lama bukan perkara yang perlu di ulang Hero. " bisik hatinya.Alisa memandang langit. "Tuan puteri! Ke mana Tuan puteri menghilang?! Kecoh istana!" tegur Maid yang sering menemaninya dengan suara yang agak latang. Alisa terdiam. Ahhh... Magicnya sudah hilang kesannya.
"tuanku Maharaja mencari tuan puteri" sambungnya lagi. Tangan Alisa ditarik seperti anak kecil.
"tuanku sudah dewasa, jangan bertindak seperti anak-anak. Mungkin akan di jodohkan tidak lama lagi selepas debut tuan puteri" bebel maidnya. Dewasa? Usia 10 tahun dewasa dikatakan?
"mari berjumpa ayahanda lily" sampuk Alisa. Maid mengeluh.
Alisa melangkah masuk apabila tiba di bilik Maharaja. Balik baginda penuh dengan emas. Ayahanda tidak berusia tapi situasi memjadikan ayah kelihatan berusia.
"ayahanda" tegur Alisa. Maharaja mula mengukir senyuman. Tangannya menghulur seperti meminta pelukan dari puteri tunggalnya.
"dengar alisa hilang benar?" soal Maharaja Lois dengan lembut.
"tidak benar ayahanda! Alisa hanya ke taman sebentar" balas alisa seperti keanakan. Matanya tepat memandang wajah ayahnya.
"hmmmm.... Boleh dapatkan kek untuk kami lily? " ujar Maharaja Lois. Lily menganguk lalu meninggalkan ruangan tersebut. Segera Maharaja Lois melepaskan pelukannya. Di letakkan Alisa di pehanya.
"Ada terjumpa duke muda Nelsondis?" soal Maharaja lois. Alisa hanya menganguk perlahan.
"Ayahanda tahu?" soalnya dengan lambat.
Maharaja Lois tersenyum mendengar soalan puterinya. "alisa pernah mencari berita berkenaan keluarga Nelsondis. Felix, dia calon tunang kamu alisa. Apa pendapat kamu?"
Alisa terkejut mendengar ngomongan ayahnya. Dia cuba menjarakkan tubuhnya dari ayahnya. "Alisa masih muda ayahanda! " tegasnya.
Maharaja Lois menutup matanya sebentar. "ini perkara biasa keluarga diraja bertunang pada usia 12 tahun sayang. Lagipula para bangsawan mula mencari peluang untuk mencalonkan diri mereka. Inilah peluang jika kamu ingin memilih pasangan sendiri sayang" lembut Maharaja berbicara.
Alisa mula memikirkan apa yang ayahnya katakan. Ayahnya seakan tahu penyesalan yang dia alami. Seperti mengerti apa yang terbuku di hati. Kisah lama yang pernah buat dia dan Aurel menyesal.

YOU ARE READING
Reincarnation As Human
FantasyAurel adalah seorang Raja Iblis yang di geruni di Asla artem. dia dikenali sebagai raja yang kejam dan akan memastikan manusia mati di tangannya. saat dia di perangi oleh Hero manusia, Finniea von Mcklay seorang gadis yang terpilih menjadi orang y...