Bab 9: Kisah Lama

17 0 0
                                    

Tujuh tahun kemudian.....

Arenjro  melihat wajah sahabatnya itu. Matanya tidak berkelip. "apa yang buat kau nak bunuh manusia ehk?" soalnya yang entah muncul dari mana.
        Felix terdiam seketika. Kini dia sudah secara rasmi memegang gelaran Duke Nelsondis pada umur 17 tahun. Matanya melihat wajah Aren.
          "aku baik dulu" balasnya ringkas. Dia. Menyambung menyemak dokumen yang tidak pernah berkurangan. Semenjak dia terlibat dengan perniagaan berlian dan permata lima tahun lepas, income keluarga Nelsondis melebihi keluarga diraja.
             Baginya, jika dia mampu menguatkan kedudukanya mungkin dia boleh melindungi orang yang dia sayang.
           Arenjro (Aren) mengeluh. Matanya teralih ke arah tingkap.
          "kau masih mengikuti kehidupan Aliana?" soalnya.
          Aren mengetahui bahawa sudah lama sahabatnya itu bertemu dengan adik tirinya. Semenjak Lilian berkahwin dengan Remy, dia tidak lagi meluangkan masa dengan adiknya. Aren tidak menyalahkan Felix, tapi pasti sukar bagi Felix untuk mengekalkan adiknya dalam keluarga Nelsondis.
          Remy bukanlah bangsawan yang mempunyai kuasa. Keluarga Swanson hanya pangkat Baron dan tanah yang sedikit. Buat Felix yang masih muda sukar untuk dia menentang keputusan bangsawan lain.
            Aren merenung kembali ke arah Felix, semenjak dewasa ini wajah Felix semakin tampan. Rambutnya yang lurus hitam likat, matanya biru berlian, malah kulitnya yang putih pucat. Jika di perhatikan dia seakan putera dalam cerita dongeng.
            "macam mana dulu kau buat perjanjian?" soalnya.
            Felix berhenti menulis. Dia memandang Aren yang berada di sisinya.
            "asal?" balasnya dengan kasar.
           Aren senyum kecil. "Aireil buat perjanjian yang sama"
          Felix terdiam. "aku tak faham. Dulu dia membelahi manusia, kini dia sokong demon pula. Patutnya aku bunuh dia dulu" gumam Felix.
           "kau terlalu lembut, kau bunuh rakyat kau boleh sampai je adik beradik terus tak mampu" balas Aren.
            "diorang bukan macam aku, lahir sudah jadi pewaris. Kalau boleh aku nak lindungi mereka. Abang, kakak, adik lelaki dan adik perempuan aku. Diorang ada darah aku"
           Felix meengucapkan fakta itu dengan semangat.
          "sebab tu kalau boleh aku nak jaga Aliana sendiri. Kali ni berbeza, dulu aku ramai adik beradik kini hanya Aliana adik aku"
          "walaupon Aliana ada adik beradik lain, aku masih abang dia kan" wajah Felix tersenyum lembut.
           Arenjro menutup matanya seketika. Dia mengeluh kecil.
          "tak pernah berubah. Kau tahukan Aliana bukan lagi Nelsondis"
            "ini bukan pasal nama Aren. Ini pasal darah. Kau mungkin tidak faham, tapi aku hanya ada Aliana sebagai keluarga. Kalau aku berkahwin dengan puteri raja sekalipun fakta Aliana adik aku tidak berubah"
                "aku dah tak ada fakta untuk lawan kau. Kadang-kala kita perlu buang ingatan lama untuk maju Elix. Semoga tuhan melindungi kau"
             Felix ketawa kecil. "tuhan sudah lama meninggalkan aku Aren" gumamnya.
            "kau ni bagilah peluang paderi ni bagi blessings" gurau Aren.
            Tanpa sedar mereka ketawa. Jika di lihat hubungan Aren dan Felix sangat rapat. Di sini Felix menjadi Felix dan Aren menjadi Aren tanpa batasan pangkat bangsawan.
              Felix bersandar di kerusinya. "aku sayang adik aku"
            "Aliana ke" soal Aren.
            Felix tersenyum kecil. Matanya melihat dinding. "bukan, Aireil" balasnya lembut.
         "abang!" panggil anak kecil dalam ingatanya.
           Aireil sangat rapat dengannya ketika kecil. Walaupun di ajar untuk hormat pada pewaris utama, dia tetap mesra dengan Aurel.
              "buang ingatan tu Aurel" tegur Aren dengan kasar.
            "nama aku Felix aren. Aku tahu" balas Felix. Matanya berubah menjadi sedih.
           Siapa sangka demon lord yang bunuh ribuan manusia mempunyai hati yang lembut.
          "bukan aku yang tetapkan semua ni terjadi Aren."
           "baiklah sahabatku. Semoga kau mendapat rahmat tuhan" ujar Arenjro sambil melangkah keluar dari ruangan Felix.
           "tuhan sudah lama meninggalkan aku Aren. Aku demon lord, siapa yang boleh hilangkan fakta tu"

Reincarnation As HumanWhere stories live. Discover now