Fariz berhentikan kereta di depan pagar sekolah. "ok kita dah sampai, cepat turun papa dah lambat nie."
"ok papa. Nak salam" Adam menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Fariz, begitu jugak Aida.
Selepas bersalam dengan papa mereka terus pintu kereta dibuka dan mereka keluar dari kereta. Adam dan Aida melambaikan tangan sebelum kereta papa mereka berlalu pergi.
"wehh, Adamm."
Terdengar seseorang menjerit memanggil namanya. Terus Adam pusing kebelakang untuk melihat siapa yang terlebih energy pepagi nie menjerit nama dia.
"ehh, Idlan. Cepat laa weii jalan tuu." Adam melambaikan tangan kepada kawan baiknya merangkap jiran sebelah rumahnya itu.
Idlan berlari untuk mendapatkan kawan baiknya yang tak reti nak bersabar. Ingat orang tak penat kee.
Aida sudah melangkah pergi meninggalkan si abang bersama kawan baiknya itu. Takde fungsi pun dia tunggu dua mangkut hayung tu. Baik dia masuk ke dalam kelas. Dah laa beg dia bukan main berat lagi.
Apesal laa banyak buku yang dia kena bawak."eh Dam apesal laju je si Aida tu?" soal si Idlan apabila melihat kembar kawan baiknya itu laju je jalan.
"Biar laa dia. Jom laa kita masuk kelas. Berat betul laa beg nie, nak patah pinggang aku nie." biase laa budak sekolah rendah, buku bukan main banyak lagi kena bawak.
"yelah. Jom" mereka pun berjalan masuk ke kelas yang sama dengan si Aida. Yee mereka bertiga satu kelas.
Kelihatan Aida sudah pun sampai di dalam kelas. Aida duduk dibahagian depan dengan kawan baiknya si Hana atau nama betulnye Nurul Farhana.
Adam dan Idlan biasa laa lelaki suka duduk bahagian belakang sekali. Ada ke lelaki suka duduk depan? 😆
***********************************
Kringgggg
Loceng waktu rehat sudah memanggil semua pelajar untuk turun ke kantin sekolah mengisi perut masing masing.
Semua pelajar mula melangkah keluar dari dalam kelas masing masing. Ada yang ke tandas, ke koperasi sekolah dan tidak kurang juga yang berpusu pusu menuju ke kantin sekolah untuk mengisi perut masing masing yang mula memdendangkan bermacam jenis lagu yang agak sumbang.😅
"jom Dam pergi kantin. Aku dah lapar nie." idlan dah menarik tangan adam untuk turun ke kantin.
"ishh, sabar laaa. Kau nie tak padan dengan kurus. Makan je keje kau kan?" bebel adam apabila tangan dia ditarik kasar oleh si Ildan.
Hairan betul laa dia dengan si Idlan nie. Makan bukan main banyak tapi tak gemuk gemuk jugak. Ke si Idlan nie ade pelihara saka. Coiii, mitak jauh mintak jauh.😂
"hah apesal tersenggih senggih tu. Ni mesti kau duk kutuk aku laa tu kan? Tak guna punya kawan." pelik melihat Adam yang senyum sorang sorang tu tak lain tak bukan ada laa tu yang si adam duk kutuk dia dalam hati.
"ish kau nie mana ade aku kutuk kau. Tak baik tau fitnah. Fitnah tu lagi kejam dari membunuh tau."
"pandai laa kau. Dah buat salah pastu tak nak mengaku pulak. Aku tau laa aku nie lagi kacak dari kau. Sebab tu kau jeles kann?? Ngaku cepat."
Adam hanya ketawa mendengar kata kata Idlan.
"perasan laa kau. Tak de masa aku nak jeles dengan budak kurus keding macam kau tuu. Hahaha"
"eleh taknak ngaku sudah. Cepat laa adam, aku dah lapar nie. Kan kalau kita lambat takde tempat nak duduk siap kau." ugut si Idlan apabila sakit hati dengan adam yang tak habis lagi duk gelakkan dia.
"yelah yelah jom lah.kan kebulur pulak member aku nie."
Mereka mula melangkah turun ke kantin. Seperti yang Idlan cakap tadi kantin sudah penuh dengan kehadiran pelajar untuk mengisi perut masing masing.
Nasib baik masing ada tempat untuk mereka berdua duduk.
"dam kau tunggu sini. Biar aku pergi beli makanan. Kau nak makan ape?" arah idlan kepada adam.
"ok. Kau beli je lah nasi untuk aku. Nah duit." adam menghulurkan duit lima ringgit kepada Idlan.
"ok. Kau tunggu jap tau." idlan pun beratur untuk membeli makanan untuk dia dan adam.
Seketika kemudian, idlan muncul dengan dua pinggan nasi. Kemudian dia pergi balik untuk beli air.
Mereka makan tanpa melihat kiri kanan. Lapar sangat laa tu kan?
Selesai makan, mereka berjalan sekeliling kawasan sekolah memandangkan waktu rehat masih berbaki sepuluh minit lagi.
"Dam kejap lagi waktu ustaz Azam kan?" idlan menanyakan jadual kelas mereka selepas waktu rehat kepada adam.
"yelaa. Apesal? Jangan cakap kau tak bawak buku pulak." adam menunjukkan tepat jari telunjuk dia ke muka idlan.
"ish mana ada laaa. Mesti laa aku bawak buku tu. Taknak aku berdiri luar kelas." idlan menurunkn jari si Adam dari muka dia. Sambil menayangkan muka tak sanggup bila membayangkan denda yang akan dikenakan sekiranya tertinggal buku pendidikkan Islam.
Walaupun denda hanya berdiri luar kelas. Malu siyott kena denda.😅
"dah tu apesal kau tanya." tanya adam masih tak puas hati dengan soalan kawan dia tu.
"hai nak tanya pun tak boleh ke? Bukan kau ke yang cakap malu bertanya sesat jalan." sempat lagi idlan menayangkan senggihan kepada adam.
"hermm yelah. Dah cepat lah jalan. Waktu rehat nak habis dah nie." jawab adam sebelum melajukan langkah menuju ke dalam kelas.
"garang laa kau ni Dam. Kau period ke? Hahahaha"
"banyak laa kau punya period" adam meluku kepala si idlan. Suka hati je cakap dia period. Tapi period tu ape yerr??🤔 jangan marah ye. Tanya je
****************************
Layan lah dua ekor nie dulu. Heroin lambat lagi nak tunjuk muka.hehehehe.
Peacee✌✌
YOU ARE READING
Misi Adam Mencari Hawa
Random"ape laa kau ni Dam. Hawa yang kau cari selama ni ada depan mata dah. Tu pun boleh terlepas jugak." - Idlan "mana laa aku tau dia tu Hawa. Lan, kau kena tolong aku cari Hawa tu balik." - Adam "padam muka kau, Dam. Tu laa aku suruh kenal² dulu dengan...