Ustaz Azam melangkah masuk ke dalam kelas 4 bestari untuk memulakan kelas pendidikkan Islam untuk hari ini.
"semua bangun. Asssalamualaikum ustaz." terdengar suara ketua kelas memberi arahan sebelum semua bangun untuk memberi salam kepada ustaz mereka.
"waalaikumsalam. Semua boleh duduk." ustaz Azam menjawab salam anak muridnya sebelum menyuruh semua muridnya duduk.
"ok hari nie ustaz nak cerita tentang kisah nabi Adam. Ada yang dah tahu ke cerita nabi Adam nie?" soal ustaz Azam sebelum memulakan kelas untuk hari ini.
"tak tahu ustaz." semua menjawab serentak.
"baiklah ustaz akan ceritakan kisah nabi Adam. Semua tahu kan nabi Adam merupakan manusia pertama yang dicipta oleh Allah swt?" soal ustaz Azam lagi.
"tahu ustaz" jawab murid murid kelas tersebut termasuk adam dan idlan. Adam menayangkan muka terujanya. Maklum lah nama dia kan Adam. Hehehehe.
"ok kita mulakan. Allah swt memerintahkan para malaikat turun ke bumi untuk mengumpulkan beberapa jenis tanah untuk mencipta manusia. Maka turun lah para malaikat ke bumi untuk mengambil beberapa jenis tanah. Kemudian tercipta lah nabi Adam as. Kemudian Allah meniupkan roh kedalam jasad nabi Adam. Maka nabi Adam pun bersin apabila roh dimasukkan kedalam jasadnya tadi. Oleh sebab itu kita mesti mengucapkan Alhamdulillah setiap kali bersin ye murid murid."
"baik ustazz." jawab mereka serentak.
"kemudian Allah memerintahkan para malaikat untuk tunduk (sujud.. Salah tolong betulkan yerr) kepada nabi Adam. Maka semua para malaikat tunduk kepada nabi Adam kecuali iblis.
Allah bertanya kepada iblis "wahai iblis kenapa kau tidak tunduk kepada Adam?"
Lalu Iblis menjawab dengan bongkak
"untuk ape aku tunduk kepada Adam, sedangkan aku lagi mulia darinya. Aku diciptakan dari api, sedangkan dia hanya dicipta dari tanah."Dengan murka Allah menjawab
"kau tahu ape hukumannya kalau kau tidak mahu tunduk kepada Adam? Kamu akan dikeluarkan dari syurga."Namum iblis tetap berdegil tidak mahu tunduk kepada Adam yang dianggap hina.
Maka iblis pun dihalau dari syurga.
Adam hidup di dalam syurga bersendirian. Walaupun hidupnya sentiasa dipenuhi segala nikmat tetapi Adam berasa sangat sunyi.
Dengan itu Allah pun menciptakan seorang Hawa dari tulang rusuk Adam sendiri untuk menjadi peneman Adam di dalam syurga.
"hiduplah kamu berdua di dalam syurga. Tetapi ingat lah wahai Adam, jangan kau hampiri atau makan buah dari pokok khuldi itu." (sis lupa nama buah tu ape.hehehe)
Sejak dari itu hidup Adam tidak lagi sunyi kerana ditemani oleh Hawa.
Tapi kebahagian Adam telah membuatkan iblas berdendam dan iblis tekad untuk membuat Adam dan Hawa dihalau dari syurga.
Iblis menghampiri Adam untuk dihasut agar makan buah khuldi dan membuat Adam melanggar peraturan syurga. Namum usahanya gagal menghasut Adam.
Apabila gagal menghasut Adam, iblis menghampiri Hawa pula untuk dihasut.
"wahai Hawa kalau kau ingin kekal di dalam syurga sebaiknya kau makan buah dari pokok tersebut." tunjuk iblis ke arah pokok khuldi.
"tapi bukankah kami dilarang menghampiri pokok itu?" tanya hawa dengan wajah polos.
"tidakk, itu hanya rekaan sahaja agar nanti kamu senang untuk dibuang dari syurga. Kamu kena makan buah itu baru kamu boleh kekal di syurga. Tapi kamu harus memujuk Adam agar makan buah itu juga." iblis berusaha memujuk Hawa agar makan buah tersebut.
Hawa yang ketakutan mendengar kata kata iblis itu bergegas mencari Adam dan mengajak Adam makan buah tersebut.
Pada mulanya Adam menolak ajakkan Hawa. Tapi lama kelamaan Adam mengikut kata kata hawa yang asyik menangis kerana takut dihalau dari syurga.
Mereka menghampiri pokok khuldi. Lalu memetik buah tersebut untuk dimakan. Dengan pantas Hawa makan buah tersebut. Belum sempat Adam telan buah tersebut terasa lehernya dicekik oleh seseorang. Ternyata malaikat yang mencekik leher Adam untuk menghalang dari menelan buah tersebut.
Allah sangat murka dengan tindakan Adam yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan itu.
Maka Adam dan Hawa telah dihalau dari syurga dan telah dihantar ke bumi secara berasing. Adam ke timur manakala Hawa ke barat.
Adam sangat sedih selama berpisah dengan hawa. Dia menangis dan memohon ampun kepada Allah dan berdoa agar ditemukan kembali dengan Hawa si cinta hatinya itu.
Setelah sekian lama berpisah, akhirnya Adam pun bertemu kembali dengan Hawanya. Adam berasa sangat bersyukur dengan pertemuannya itu.
Akhirnya Adam hidup bahagia disamping Hawa walaupun hidup mereka tidak laahh semewah ketika berada di syurga. tetapi dia tetap bersyukur."
"jadi kelas apa pengajaran yang kamu dapat hari nie dari kisah nadi Adam nie?" tanya ustaz Azam apabila selesai menceritakan kisah nabi Adam itu.
"jangan langgar peraturan, ustaz." terdengar jawapan dari si Emelia.
"bagus. Lagii??" tanya ustaz lagi. Maka bermacam macam jawapan yang keluar.
"ok lah kelas sampai sini dulu kelas kita hari nie. Jangan lupa siapkan kerja yang ustaz bagi tu yerr??" ustaz Azam mengemas buku buku yang dibawanya tadi untuk sesi mengajar hari ini.
"semua bangunn. Terima kasih ustaz." terdengar lagi suara ketua kelas memberi arahan dan semua berdiri untuk mengucapkn terima kasih kepada ustaz Azam.
"sama sama.semua boleh duduk." ustaz Azam pun melangkah keluar dari bilik darjah 4 bestari dan menuju ke bilik guru.
"huarggghhh..dah habis pun masa ustaz Azam." idlan membetulkan tulang belulang dia yang terasa lengoh kerana lama duduk di kerusi.
"eh Dam apesal senyap je kau niee??" pelik idlan melihat Adam yang diam tidak berkutip dari tadi.
"ish takde pape lah.sibuk je kau nie. Aku diam pun kau bising apesal?" jawab adam tidak selesa dengan soalan si idlan.
"ok lah kalau macam tu." malas aku nak tanya lebih kan tak pasal pasal member dia ni hangin satu badan.
*****************************
Sorry yee sis karang je cerita nabi Adam tu macam yang sis pernah dengar. Malas nak baca balik citer nabi adam tuu...hehehehe
Ada salah tolong betulkan yee😘😘
YOU ARE READING
Misi Adam Mencari Hawa
Altele"ape laa kau ni Dam. Hawa yang kau cari selama ni ada depan mata dah. Tu pun boleh terlepas jugak." - Idlan "mana laa aku tau dia tu Hawa. Lan, kau kena tolong aku cari Hawa tu balik." - Adam "padam muka kau, Dam. Tu laa aku suruh kenal² dulu dengan...