"Dam duk meja tu lah." tunjuk Idlan ke arah meja kosong yang berada dekat cermin yang membolehkan mereka melihat orang yang lalu lalang di luar cafe.
"ermm boleh lah duk situ. Boleh cuci mata." ucap Adam sambil melangkah kearah meja kosong yang ditunjuk oleh Idlan.
"banyak lah kau nak cuci mata. Tadi si Alya tu datang dekat je kau dah buat muka beku kau tuu. Sian aku tengok si Alya tu. Dah lama tau dia syok dekat kau. Tapi boleh kau tak layan. Alya tu antara perempuan yang cantik dekat sekolah kita tau tak. Ramai yang nak jadikan dia awek. Tapi kau tolak dia macam tuu jee." bebel Idlan bila mengingatkan cara Adam melayan Alya sewaktu Alya menegur mereka di sekolah tadi.
***************************
Flashback
"hai, Adam." sapa Alya dengan senyuman yang mampu mencairkan hati mana mana lelaki yang melihat kearah dia. Tapi senyuman dia kali ini khas untuk adam seorang saja.
Adam yang sedang bergusti dengan Idlan berhenti dari meneruskan aksinya itu. Dia menoleh kearah suara yang memanggil dia tadi. Sebaik sahaja terpandang wajah Alya yang tersenyum kearah dia terus dia menayangkan muka sejuk beku bak ais dia itu kepada Alya.
"hai, Alyaa" sapa Idlan apabila Adam tidak menjawab sapaan Alya tu tadi. Apa laa masalah kawan dia sorang nie. Awek cun tegur dia buat tak tau je. Tolak tuah betul laa Adam nie.
"kau nak ape?" tanya Adam acuh tak acuh.
"erk, saya nak ucapkan tahniah dekat awak sebab dapat straigh A." ucap Alya walaupun dia agak terasa dengan kata kata yang sedikit kasar dari Adam itu.
"itu je kan? Terima kasih. Dah lah Lan jom kita blar." balas adam sambil menarik baju Idlan beredar dari situ.
"ehh, adam kejap kejap." panggil Alya apabila Adam sudah menarik Idlan pergi.
"apa lagi kau nak?" jawab adam sedikit kasar apabila langkah dia dihalang oleh Alya.
"saya nak bagi awak sesuatu sebagai hadiah kejayaan awak dalam SPM tahun ini. Nah ambil laa, Saya harap awak sudi untuk terima pemberian saya ini." jawab Alya sambil menghulurkan bungkusan hadiah yang dia siapkan khas untuk Adam Firdaus. Senyuman sentiasa terhias dibibir cantiknya itu. Dia sangat berharap Adam terima hadiah yang dia telah siapkan seminggu yang lalu.
Nampak tak betapa gigihnya seorang Alya Natasha menyiapkan hadiah untuk Adam Firdaus. Crush dia sejak dari form 1 lagi."terima kasih je lah. Aku tak terima hadiah dari perempuan yang aku tak suka." tolak adam dan berlalu pergi meninggalkan Alya yang terkejut dengan penolakkan Adam itu.
Airmata mengalir turun ke pipi gebu Alya. Dia tidak sangka adam akan menolak mentah mentah pemberian dia itu.
"Alya saya harap awak jangan ambil hati dengan kata kata Adam tadi tu ye? Dia memang macam tu dengan perempuan." kata Idlan dengan rasa bersalah apabila melihat Alya mengalirkan airmata. Mungkin Alya terasa dengan kata kata Adam yang agak kasar untuk seorang gadis yang lemah lembut seperti Alya.
"tak ape, saya faham." Alya cuba mengukirkan senyuman manis untuk Idlan. Lalu mengelap airmata di pipinya dengan sapu tangan yang diambil dalam poket baju kurung yang dipakainya itu.
End flashback
***************************
"dah aku tak suka dia nak buat macam mana. Tak kan aku nak buat buat suka pulak. Kau pun tahu prinsip aku apa kan? Kalau kau suka si Alya tu apa kata kau je yang mengorat dia." cadang Adam apabila idlan mengeluarkan isu pasal Alya rakan sekolah mereka yang selalu berusaha menarik perhatian Adam. Tapi tidak mampu menarik perhatian seorang Adam Firdaus.
" cis, prinsip laa sangat! Kau yakin ke jodoh kau tu seorang yang bernama Hawa?" soal Idlan apabila mengingati kata kata Adam mengenai prinsipnya bahawa dia hanya akan terima gadis bernama Hawa sahaja untuk menjadi kekasih dia.
Bak kata Adam, Adam hanya tercipta untuk bersama kekasihnya Hawa.
"eh, mestilah aku yakin. Dah laa baik kau oder cepat. Cepat kau oder cepat makanan sampai cepatlah aku boleh balik jumpa mama aku." kata Adam sambil tersengih kepada Idlan.
Tak sabar rasanya nak balik jumpa mama. Nak tunjuk slip SPM dia. Mesti mama bangga dengan kejayaan dia mendapat 9A. Tak sia sia dia belajar bersungguh sungguh tahun lepas.
"dasar anak makk." kutuk Idlan melihat muka teruja Adam Firdaus.
"iya laa, mestilah aku anak mama aku. Bukan macam kau, anak ayam. Hahahahahhaha." Adam ketawa terbahak bahak melihat muka bengang Idlan.
"wah, mulut kauu Damm. Dah lama tak makan cili ke apa?" mulut si Adam ni memang puaka betul laa. Sakit hati kite ni wakk.
Sorry tu je yang mampu.
Abaikan makcik pakcik typo tuu yerr!! ฅ(๑*▽*๑)ฅ!!
YOU ARE READING
Misi Adam Mencari Hawa
De Todo"ape laa kau ni Dam. Hawa yang kau cari selama ni ada depan mata dah. Tu pun boleh terlepas jugak." - Idlan "mana laa aku tau dia tu Hawa. Lan, kau kena tolong aku cari Hawa tu balik." - Adam "padam muka kau, Dam. Tu laa aku suruh kenal² dulu dengan...