"kenapa Adam tolak tawaran belajar kat US tu sayang?" tanya Amira hairan dengan Adam yang menolak tawaran untuk belajar di luar negara.
Orang lain mesti tak kan tolak tawaran yang bukan semua orang dapat tu. Tapi tidak untuk Adam Firdaus.
"taknak lah Adam belajar kat US tu. Nanti Adam kena duk jauh dengan mama. Tak nak lah Adam." kata Adam sambil memeluk bantal dengan mulut dimuncungkan.
"ehh ehh budak ni. Ada ke macam tu pulak. Adam ingat senang ke nak dapat tawaran macam ni. Bukan kamu pergi tu tak boleh balik Malaysia dah." ucap Amira sambil mengelengkan kepala mendengar sebab penolakkan Adam untuk belajar di luar negara.
"tak nak laa mama. Nanti kalau Adam rindu mama macam mana? Alah belajar dalam negara pun boleh berjaya juga laa mama ku sayang. Yang penting usaha." ucap Adam dengan penuh semangat.
"banyak betul alasan kamu ni ye. ikut suka kamu lah Adam. mama harap kamu dah fikir masak masak." sambil mengelengkan kepala Amira bangun dan berlalu ke dapur. Masak lagi baik dari layan anak lelaki dia tu😂
"mama nak gi mana tu??" soal Adam bila melihat mamanya sudah bangun.
"nak pergi dapur. Baik mama pergi masak tengah hari dari layan kamu." tanpa berpaling kepada Adam.
"ok. Mama masak ayam masak merah ye dengan sirap bandung. Uuu sedappnyaaa." air liur ditelan sambil membayangkan masakan mamanya itu.
"yelaa anak oii." layankan je laa Amira oii.
************************
"Dam betul ke kau tolak tawaran belajar dekat US tu?" soal Idlan kepada sahabat dunia akhirat dia tu.
"ish dekat rumah soalan ni, jumpa kau pun soalan ni juga. Memang dah tak ada soalan lain dah ke?" soal Adam sambil menghirup milo ais. Muka bosan ditayangkan kepada Idlan.
"yela aku pelik. Orang lain bukan main gembira lagi kalau dapat belajar oversea. Tapi kau boleh tolak Dam. Mesti laa aku tertanya tanya." jelas Idlan atas soalan dia tu.
"alah belajar kat mana mana pun sama je lah. Yang penting usaha untuk berjaya tu ada. Kat Malaysia pun banyak U yang bagus laa. Kita kena bangga dengan negara kita." ucap Adam dengan penuh semangat.
"eh Lan, kau dapat U mana? Mana tau kita dapat belajar satu U." giliran Adam pulak bertanya.
"aku dapat tawaran dekat UiTM Shah Alam." kata Idlan lalu menyambung makan mee goreng yang dipesannya itu.
"cun. Aku pun ingat nak minta sambung belajar kat situ jugak. Dekat sikit nak balik rumah." air batu didalam gelas di kacau dengan strol.
"ooo, jadi tu laa alasan kau taknak sambung belajar dekat US tu yer? dasar anak mak betul lah kau ni Dam." cemuh Idlan apabila dia sudah dapat tangkap kenapa Adam taknak belajar dekat oversea tu.
Aish dah besar pun masih tak boleh jauh dengan mak dia laa si Adam nie. Muka ganas tapi anak mak. Haha
"alasan apanya kau nie Lan. Betul la aku cakap tadi tu. Lagipun aku tak nak lah susahkan mama papa aku tu. Besar tau belanja belajar dekat oversea tu." nafi Adam apabila dia tahu Idlan sudah dapat mengagak kenapa dia tolak tawaran untuk belajar dekat oversea tu.
Haish jatuh laa saham dia kalau kawan dia tahu alasan kenapa dia tolak tawaran tu sebab taknak berjauhan dengan mama dia tu.
"yelah tu Adam oi. Kau ingat aku tak kenal kau ke. Kita dah kawan sejak kecil lagi tau. Aku tahu sangat perangai kau yang satu tu. Bukan boleh berjauhan dengan mama kau tu. Kau ingat tak dulu masa kita ikut perkhemahan sekolah tu? Bukan main lagi kau menangis nak balik."
Idlan cuba throwback kisah semasa mereka mengikuti perkhemahan yang pihak sekolah aturkan untuk pelajar yang terpilih.
Flashback
"kau kenapa ni Dam?" soal Idlan apabila melihat kawan baik dia tu menangis ketika berada di dalam khemas selepas habis melakukan aktiviti untuk hari ini.
"lama lagi ke kita nak balik ni Lan. Aku nak balik laa." ucap Adam sambil menyapu airmata yang mengalir di pipi.
"rilex laa Dam. Baru satu hari kita kat sni. Ada dua hari lagi kita boleh balik laa." tergeleng kepala Idlan melihat ulah kawan baiknya itu.
"aduh lamanyaa. Menyesal aku ikut perkhemahan ni." terdapat bibit penyesalan dari wajah kacak Adam.
'apesal laa aku setuju ikut perkhemahan ni. Kalau aku tahu macam ni aku tarik diri awal awal'
"alah kejap je dua hari tu. Nanti balik kau peluk laa mama kau tu puas puas. Sekarang kita enjoy la dulu. Kita datang sini kan nak cari pengalaman." haish anak mak ni. Baru satu hari dah sibuk nak balik.
Idlan baring sambil meletakkan tangan di belakang kepala. Penat seharian melakukan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam urusan perkhemahan tahun ini.
"baik kau tidur Dam. Esok kita ada aktiviti lagi. Kan esok bangun lambat tak pasal pasal kita kena denda." kata kata akhir Idlan sebelum dia menutup mata. Tidur ok, bukan arwah dulu baik orangnya. Haha
"yelaa." kata Adam lalu mengikut jejak Idlan untuk tidur.
End flashback
"hoi diam lah kau, Lan. Tak payah nak throwback sangat. Aku siku kau nantikan menyesal tujuh keturunan."
Marah Adam apabila kisah dia menangis ketika mengikuti perkhemahan masa tingkatan tiga dulu diungkit kembali oleh Idlan. Malu tahu tak. Hilang macho seorang Adam Firdaus. Haha
Ada yang rindu dengan Adam tak?? Hehe
Lamanya cuti.xde idea lngsung😅😅
YOU ARE READING
Misi Adam Mencari Hawa
Random"ape laa kau ni Dam. Hawa yang kau cari selama ni ada depan mata dah. Tu pun boleh terlepas jugak." - Idlan "mana laa aku tau dia tu Hawa. Lan, kau kena tolong aku cari Hawa tu balik." - Adam "padam muka kau, Dam. Tu laa aku suruh kenal² dulu dengan...