❝ HEEYOUNG POV ❞
Aku dan papa Jung tiba di villa terlebih dahulu daripada mereka. Aku pun taktau apa arahan papa tapi diorang akan sampai sejam lambat daripada kami.
Aku sempat menerokai tandas, dapur, dan bilik ruang tamu yang lebih besar daripada bilik ruang tamu yang dihadapan. Aku dipanggil oleh pembantu peribadi papa Jung kerana papa ingin bertemu denganku. Dia memimpin jalanku.
“Saya nak minta tolong, boleh tak?” tanyaku kepada pembantu peribadinya.
“Apa dia, cik?” tanyanya.
“Tolong pasangkan CCTV bahagian sini untuk saya sebelum calon-calon menantu tu sampai.”
“Saya perlu tanya kebenaran-” tapi aku memotong ayatnya.
“Saya akan bagitau papa sendiri, tapi saya mohon tolong pasang CCTV di bahagian ini.”
“Ini bukan hak milik villa kita, cik Heeyoung. Kita tidak mampu buat keputusan sendiri.” Papa Jung sampai ke arah kami.
“Patutlah lambat sangat datang. Heeyoung buat apa lagi sini? Mr. Yang, bukan dah suruh panggil Heeyoung ke tadi?” Pembantu papa tunduk.
“Bukan salah dia, papa. Heeyoung yang tanya macam-macam tadi.” Kata aku memberanikan diri sambil menjawab dengan jujur. Maklumlah papa akan marah kalau dengar penipuan.
“Tanya apa?” papa Jung menjongketkan sebelah keningnya.
“Minta tolong pasangkan CCTV kat bahagian ini.” Sekali lagi, aku beranikan diri untuk memberitahu papa tentang itu. Aku sangat rasa terancam kalau tiada CCTV pada ruang-ruang yang berisiko bagi aku.
“Okay.” Papa bersetuju sepantas kilat. Dia meminta Mr. Yang pergi mencari seseorang yang boleh pasang CCTV di bahagian tersebut.
“Risau juga ya anak papa dengan keselamatan dirinya.” Papa membelai rambutku.
“Mestilah, pa.” Aku tersenyum.
“Takpa ke tanpa tanya kebenaran tuan rumah? Kan kita sewa je.” Papa hanya tersenyum.
“Kita pakai sebulan ja, tak lama. Lepastu boleh buka la. Jangan risau, papa suruh Mr. Yang cari yang tak perlu rosakkan siling itu.” Papa memberitahuku dengan yakin.
“Dah, mari kita pergi ruang tamu depan. Papa nak briefing dengan Heeyoung semula tentang apa yang papa cakap semalam.” Dia membawaku ke ruang tamu hadapan.
❝ END OF POV ❞
Kumpulan calon menantu sudahpun tiba ke villa tersebut. Suasana agak riuh di luar. Papa Jung menjemput semua masuk membawa luggage mereka.
Papa Jung menjelaskan bahawa mereka akan tinggal selama sebulan bersama-sama dengan Heeyoung. Papa Jung akan menghantar seorang bodyguard untuk Heeyoung, yang mana Heeyoung juga mengenali lelaki tersebut.
Papa Jung juga menjelaskan beberapa peraturan yang patut dipatuhi oleh mereka selama tinggal bersama Heeyoung.
1. Kurangkan sentuhan fizikal (skinship)
2. Jangan pernah masuk bilik Heeyoung & kacau/sentuh barang kepunyaan Heeyoung.
3. Tiada soalan sensitif/seksual kepada Heeyoung.
4. Hormati personal space Heeyoung.
5. Hormati Heeyoung sebagai perempuan.Peraturan ini digunapakai sepanjang waktu mereka bersama dengan Heeyoung, tidak kira di dalam ataupun di luar villa ini. Semua dikehendaki bertukar nombor telefon sesama. Heeyoung juga tidak lupa masukkan nombor bodyguardnya di dalam telefonnya.
Papa Jung akan memantau selama beberapa minggu untuk melihat siapakah calon menantu yang layak dari semua segi kemahiran. Semua menandatangani kontrak yang disediakan oleh papa Jung, begitu juga dengan Heeyoung.
Semua yang berlaku dengan Heeyoung dan sesama mereka adalah tanggungjawab mereka sendiri. Sekiranya berlaku sesuatu kepada salah satu mereka, terutamanya Heeyoung. Semua diarahkan untuk memberi kerjasama sekiranya perlu menghadiri soal siasat.
“Jaga diri baik-baik. Papa sayang kamu.” Pelukan hangat papa Jung terhadap Heeyoung. Heeyoung menjadi sedikit risau.
“Okay, pa.” Jawab Heeyoung. Mungkinkah ini pelukan yang terakhir di antara mereka berdua?
“Papa suruh Jimin jenguk kamu setiap Ahad.” Bisik papa Jung kepada Heeyoung. Heeyoung tersenyum lebar sebelum melihat papa Jung berjalan meninggalkan pintu depan villa itu.
next update next week!
2020 © smolhoseok
YOU ARE READING
[HIATUS] calon menantu | monsta x
Fanfiction❝ Hah, dia. Pilih dia Heeyoung! ❞ ❝ Heeyoung buntuh mana satu ❞ ☁️ 1st monsta x fanfiction ☁️ 2nd malay fanfiction ☁️ published: 270420 🍥 cover credit to LOVELY ARIN @M1NY00NGI-