09: ROOMMATES

10 0 0
                                    

“Urm

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Urm...” Minhyuk mulakan bicara.

“Heeyoung-ssi. Nak tanya, tandas kat mana? Nak cuci tanganlah.” selamba dia bertanya dengan Heeyoung. Sedangkan dia taktau apa-apa juga. Nasiblah Heeyoung sudah nampak tadi sebelum mereka sampai.

“Kat sana tu.” Jawab Heeyoung. Minhyuk tunduk hormat dan segera meninggalkan bagasinya di hadapan pintu.

“Ah! Kita kena pilih bilik. Heeyoung punya yang ada tandas.” Heeyoung segera melabuhkan punggungnya di atas sofa berdekatannya.

“Baiklah. Ada 4 bilik terkecuali bilik Heeyoung.” Yang lain turut ikut serta dia duduk di sofa tersebut.

“Pilih satu nombor, 1 hingga 7.” Arah Heeyoung. Pintu terkuak menandakan Minhyuk baru keluar dari tandas.

“Minhyuk-ssi! Mari sini!” Heeyoung bahkan sudah selesa dengan Minhyuk. Dia menuruti sahaja lalu duduk di atas sofa seperti calon lain. Mereka semua menyebut nombor mereka supaya tiada nombor yang sama berulang.

“Okay pilih nombor. Kita mula dari Hyunwoo-ssi, sampailah Wonho-ssi.” Heeyoung menunjuk ke arah mereka mengikut turutan mereka berkenalan dengan Heeyoung.

Berikut adalah nombor yang mereka pilih:

1. Hyungwon
2. Changkyun
3. Wonho
4. Minhyuk
5. Hyunwoo (Shownu)
6. Kihyun
7. Jooheon

“Nak buat apa semua nombor-nombor ni, Heeyoung-ssi?” tanya Wonho.

“Okay, ni.” Heeyoung memberi tunjuk random generator di telefonnya.

“Bilik pertama. Akan ada dua orang. Semua dah pilih nombor kan?” Semua mengangguk. Heeyoung menekan punat di skrin telefonnya dan spinner tersebut berputar.

“No. 5.” Hyunwoo menjawab. Sekali lagi Heeyoung menekan dan keluar nombor 7.

“Bermakna Hyunwoo, dan Jooheon sebilik.”

“Ahhhhh~” mereka akhirnya menunjukkan bahawa mereka faham apa yang akan terjadi.

“Bagus juga, cara ni okay sikit. Adil.” Jawab Jooheon dan Hyunwoo, yang kebetulan duduk bersebelahan.

“Alaa, Jooheon.” Changkyun mengeluh perlahan tetapi kuat untuk Heeyoung dengar lalu dia terketawa kecil.

“Okay, no. 4 & 6.” Heeyoung berkata setelah menekan dua kali ke arah random generator tadi.

“Minhyuk & Kihyun.” Heeyoung tersenyum ke arah mereka berdua.

“Harap kita jadi kawan.” Minhyuk mencapai tangan Kihyun untuk bersalaman. Kihyun membalasnya.

[HIATUS] calon menantu | monsta xWhere stories live. Discover now