“Harini ke, papa?” Tanya Heeyoung. Hatinya yang kecewa kini semakin risau.
“Ya. Pergi pakai baju yang papa sediakan.” Hoseok dengan dinginnya beredar meninggalkan anaknya Heeyoung di biliknya.
Jimin bin Timun datang ke arah bilik Heeyoung. Dia tersengih-sengih, cuba memujuk Heeyoung.
“Sedialah. Nanti aku temankan kau jumpa calon-calon menantu itu.” Kata Jimin. Heeyoung mengangguk setuju sahaja. Nampaknya rancangan Yoongi dan dia yang mana ingin lari dari rumah gagal setelah papa Hoseok tangkap mereka.
“Okaylah Heeyoung pakai baju ini. Abang tunggu luar.” Kata Jimin, yang selalu memanggil dirinya abang kepada Heeyoung padahal beza sebulan sahaja.
Heeyoung yang telah memakai baju pilihan papa Hoseok tadi melihat ke arah cermin besarnya. Kenapa baju hoodie kelabu dan seluar jeans putih menjadi pilihan papa untuk Heeyoung?
Jimin yang menunggu di luar bilik Heeyoung, menjemputnya.
“Jom, tuan puteri. Tetamu dah sampai.” Jimin tersengih. Heeyoung memeluk Jimin gembira. Namun dia ternampak kelibat Yoongi yang didenda di tangga menyebabkan dia berhenti.
Dia mendekati Yoongi, “Yoongi, aku minta maaf.” Oleh kerana rancangan mereka berjaya dipatahkan tadi, Yoongi didenda mengangkat tangan sehinggalah papa Hoseok menyuruhnya berhenti.
Heeyoung berjalan menurun tangga dan dipimpin oleh Jimin bagai tuan puteri moden. Jimin membawa Heeyoung ke arah ruang tamu yang menjadi tempat perbincangan mereka.
“Tuan puteri dah sampai.” Hoseok menyambut anaknya bagaikan tuan puteri sebenar. Pipi Heeyoung merona kerana geligat Jimin dan papa Hoseok.
CALON PERTAMA: HYUNWOO
Heeyoung mendongak ke arah calon menantu papanya yang bakal menjadi suami seumur hidupnya.
YOU ARE READING
[HIATUS] calon menantu | monsta x
Fanfiction❝ Hah, dia. Pilih dia Heeyoung! ❞ ❝ Heeyoung buntuh mana satu ❞ ☁️ 1st monsta x fanfiction ☁️ 2nd malay fanfiction ☁️ published: 270420 🍥 cover credit to LOVELY ARIN @M1NY00NGI-