Ding dong! Bunyi loceng rumah Heeyoung berdering. Heeyoung terkejut dan berdiri tegak sambil melihat ke arah pintu utama.
“Yoongi? Jimin? Papa Hoseok?”
Panggil Heeyoung sambil melihat ke arah ruang tamu. Biasanya mereka akan duduk berehat di sana, pada jam sebegini. Namun, loceng rumah Heeyoung tidak berhenti berdering.“Hello? Saya, Minhyuk, datang untuk interview calon menantu Jung Hoseok.” Dia berkata sambil mengetuk pintu kali ini.
CALON KEDUA: MINHYUK LEE
╒══════════════════╕╘══════════════════╛
“Minhyuk?” Siapakah itu? Heeyoung perlu bertindak pantas walaupun dia sudah mulai gelisah.
“Hello, Minhyuk, maafkan saya tapi papa Jung takda di sini.” Heeyoung membalas di satu interkom yang membolehkan dia melihat keadaan luar. Minhyuk juga boleh mendengarnya dari situ.
“Takda? Okay, takpa. Minhyuk tunggu sini, boleh kan?” Minhyuk ingin menunggu di hadapan pintu utama tersebut.
“Boleh, nanti saya bagitau papa Jung secepat mungkin.” Heeyoung menjawab. Dia segera menelefon papa Jung dan memberitahunya keadaan sekarang.
Heeyoung menunggu berdekatam dengan pintu kerana dia risau dengan keadaan di luar. Mungkin saja dia menyamar menjadi baik.
Tidak lama selepas itu, keadaan menjadi riuh di luar. Heeyoung melihat interkom dan nampak papa Jung sedang bersosial dengan jejaka yang menyebut dirinya Minhyuk.
Minhyuk dipelawa masuk ke dalam rumah. Heeyoung membuka pintu untuk papa Jung. Heeyoung disapa dengan ciuman di dahi oleh papa Jung.
“Hai!” sapa Minhyuk kepada Heeyoung. Heeyoung membalas dengan senyuman.
“Jimin, tolong hidangkan sesuatu untuk tetamu kita.” Jimin mengangguk lalu beredar ke dapur. Heeyoung menjadi hairan dengan layanan papa Jung terhadap Minhyuk.
Papa Jung menerangkan beberapa perkara penting dan menyoal soalan-soalan asas kepada Minhyuk sepanjang temuduga tersebut.
“Minhyuk, awak sangat cantik.” Heeyoung agak terpesona dengan visual Minhyuk.
“Awak lagi cantik macam bidadari, wahai Heeyoung.” Balas Minhyuk yang pandai berkata-kata. Heeyoung terketawa. Dia sangat terhibur dengan jejaka seperti Minhyuk.
“Minhyuk kerja apa?” tanya Heeyoung sambil menyelesakan dirinya di atas sofa.
“Kerja biasa. Bisnes biasa.” Minhyuk menepuk tengkuknya perlahan kerana malu.
“Walaupun kerja biasa, saya luar biasa, Heeyoung.” Minhyuk cuba memikat wanita lawa di hadapannya.
“Bisnes apa, Minhyuk?” tanya Heeyoung yang menahan ketawa sambil mengubah semula topik perbualan.
“Bisnes fesyen. Lawa desain saya tau. Nah, saya bagi tengok. Kalau Heeyoung yang pakai lagi lawa kan?” Minhyuk mengeluarkan beberapa helai pakaian yang dibuat di kedainya.
Heeyoung yang sukakan fesyen terus saja menyambar pakaian tersebut. Dia menebarkannya sambil melihat jenis kain yang digunakan.
“Boleh saya cuba?” tanya Heeyoung. Minhyuk mengangguk.
“Eung, saya tunggu di sini ya,” Minhyuk membiarkan Heeyoung mencuba pakaian rekaannya. Heeyoung menukar bajunya di tandas.
Heeyoung berdiri di hadapan Minhyuk sambil berputar-putar bagai puteri. Mata Minhyuk bersinar. Tidak pernah dia melihat seseorang yang sangat cantik apabila memakai baju rekaannya.
“Cantiknya.” Suara Jimin bergema. Itu tanda bahawa Jimin juga bersetuju dengan kecantikan Heeyoung dipadankan dengan baju rekaan Minhyuk.
“I present you, model Heeyoung.” Minhyuk dengan loghat Korea di dalam bahasa Inggerisnya, mempersembahkan Heeyoung kepada papa Jung dan Jimin. Padahal mereka duduk memerhati mereka berdua di tepi sana.
“Terima kasih.” Heeyoung melibaskan rambutnya dari sisi ke sisi. Minhyuk hanya tertawa.
“Anak papa Jung memang lawa.” Puji Minhyuk yang menaikkan rasa bangga papa Jung. Hidungnya kembang seinci.
“Memanglah. Tengoklah siapa papa dia.” Ibu jari digeselkan di hidungnya.
“Minhyuk lawa. Heeyoung lawa. Nanti kalau ada anak, mesti lagi lawa kan?” Hah, perangai Minhyuk sudah datang.
“Ish, Minhyuk ni.” Heeyoung memukul bahu Minhyuk dengan manja.
“Saya, Minhyuk, 27 tahun, berikrar akan menjaga Heeyoung, 26 tahun, sekiranya dia menjadi isteri saya.” Minhyuk mengangkat tangannya seperti berikrar.
Papa Jung dan Jimin hanya terketawa melihat gelagat Minhyuk yang petah bercakap dan personalitinya yang lucu tak tentu pasal.
Heeyoung hanya terketawa, lalu menghabiskan beberapa minit temuduga tersebut dengan soalan-soalan asas tentang diri Minhyuk. Dia juga tidak terlepas meminta nombor telefon Minhyuk.
“Jumpa lagi nanti!” Minhyuk memberi salute kepada Heeyoung. Heeyoung membalas. Dia bagaikan sudah rapat dengan Minhyuk. Heeyoung melambai ke arah Minhyuk setelah dia menunduk hormat kepada papa Jung dan Jimin.
“Papa suka Minhyuk.” Papa Jung menyatakan isi hati kecilnya itu.
2020 © smolhoseok
YOU ARE READING
[HIATUS] calon menantu | monsta x
Fanfiction❝ Hah, dia. Pilih dia Heeyoung! ❞ ❝ Heeyoung buntuh mana satu ❞ ☁️ 1st monsta x fanfiction ☁️ 2nd malay fanfiction ☁️ published: 270420 🍥 cover credit to LOVELY ARIN @M1NY00NGI-