05: CHEF? MODEL?

41 8 19
                                    

"Harini kita punya calon istimewa sikit," ujar Papa Jung sambil memandu ke satu tempat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Harini kita punya calon istimewa sikit," ujar Papa Jung sambil memandu ke satu tempat.

"Kita akan jumpa dia di restoran." Restoran adalah satu-satunya petunjuk yang diberi oleh papa Jung. Heeyoung dan Jimin berpandangan sesama.

"Kenapa papa?" tanya Heeyoung sambil melihat keadaan sekeliling di mana mereka sudah memasuki satu jalan yang dikenali dengan bangunan mewah, restoran mewah, hotel mewah, semuanya mewah.

Tidak lupa juga pakaian formal papa Jung, Heeyoung dan Jimin pada hari ini yang kelihatan seperti orang kaya. Hakikatnya, mereka memang orang kaya terutamanya papa Jung. Papa, tolong jadikan penulis ini sebagai isteri papa.

Papa Jung tersengih, "Sebab kita nak rasa masakan dia." Heeyoung dan Jimin terus sahaja tersenyum. Siapa tidak suka makan? Betul tidak?

Setelah mereka sampai ke restoran tersebut, papa Jung terus sahaja dibawa ke satu meja khas disediakan oleh pihak restoran. Dia hanya perlu memberitahu namanya kepada pelayan tersebut.

Papa Jung, Heeyoung dan Jimin bin Timun yang sering dibawa ke mari, menjamu selera mereka di meja makan khas buat VVIP seperti mereka. Heeyoung dan Jimin juga makan dengan sopan walaupun tiada penyepit kayu disediakan. Hanya ada garfu dan pisau pemotong.

"Dah lama tak makan macam ini kan papa." Jimin berbisik perlahan tapi kuat bagi papa Jung mendengarnya. Dia hanya tersenyum kuda.

"Bukan lama, Jimin. Tak pernah odoi." Papa Jung terketawa kecil. Papa Jung mungkin bertemu dan pernah makan makanan mewah sewaktu berjumpa dengan kliennya. Tetapi bagi, Heeyoung dan Jimin, dia tidak pernah membiasakan mereka apa-apa mewah.

"Papa, kita nak jumpa siapa ini?" tanya Heeyoung, yang tidak sabar ingin bertemu calon suaminya. Papa Jung hanya tersenyum lalu menepuk perlahan tangan Heeyoung.

"Sabar saja. Dia akan bawa menu terakhir kita nanti." Jawab papa Jung, menenangkan anaknya yang sudah melihat semua orang di sekelilingnya memikirkan bahawa itu adalah calon suaminya.

Setelah mereka menjamu pembuka selera tadi mereka beralih ke menu utama. Menu utama ada disediakan dua bagi mereka. Tidak lain tidak bukan, steak. Hidangan utama kedua dikeluarkan namun calon suami Heeyoung belum muncul.

"Tunggu sekejap ya, tuan Papa Jung." Salah satu pelayan yang membawa makanan tersebut berkata kepada papa Jung. Dia hanya mengangguk faham.

Kini, hidangan pencuci mulut dikeluarkan oleh calon suami itu tersendiri. Dia bagaikan berjalan di atas pentas fesyen. Baju chefnya yang hitam menaikkan lagi bentuk badannya yang lawa. 

"Papa Jung, sorry lambat. Banyak order hari ini." Ujarnya. Melihat keadaan sekeliling, hampir sahaja penuh restoran mewah itu.

"Kenalkan Heeyoung." Papa Jung terus saja bersuara selepas tersenyum lebar ke arahnya. Heeyoung melambai kecil lalu tersipu malu.

"Hai, saya Kihyun." Dengan segeranya, dia menjemput dirinya duduk bertentangan papa Jung di meja khas mereka.

[HIATUS] calon menantu | monsta xWhere stories live. Discover now