“Tch- borang calon menantu lah sangat.”
Wonho menolak tawaran Changkyun dengan melempar helaian borang ke atas meja makan. Changkyun yang terkejut hampir tersembur makanan dari mulutnya.Nampaknya Wonho sudah nampak borang yang diletakkan di atas meja ruang tamu tadi. Changkyun hanya ingin menolong abang sepupunya.
“Abang. Changkyun dah isi untuk abang, tinggal tandatangan saja.”
Changkyun membalas abangnya sambil meletakkan nasi di dalam mangkuk untuk abangnya. Dihidangkan kepada abangnya nasi goreng kimchi yang tak seberapa.“Tak nak. Calon menantu konon. Ingat aku ini apa?”
Bebel Wonho sebelum menyuap makanan ke dalam mulut.“Tak nak sudah. Nanti Changkyun kahwin, tinggalkan saja abang dekat sini.”
Changkyun yang sudah siap makan tadi terus sahaja membawa mangkuknya ke singki untuk dicuci.“Hah, tinggal! Dasar adik!”
Marah Wonho sambil menyelak rambutnya. Nafas juga dihembus kuat tanda marah. Changkyun beredar sahaja dari situ.̶̶̶̶ ̶«̶ ̶̶̶ ̶ ̶ ̶̶̶ ̶«̶ ̶̶̶ ̶ KEESOKKAN HARI ̶»̶ ̶̶̶ ̶ ̶ ̶̶̶ ̶»̶ ̶̶̶ ̶ ̶
“Betulkah aku buat ini?”
Changkyun menyoal dirinya semula.“Zaman sekarang memang semua isi borang ke?”
Sekali lagi Changkyun menyoal dirinya sendiri.Changkyun berdiri di tempat dia jumpa borang tersebut. Dia ingin memberi balik kepada tuannya namun dia hairan di mana dan bila. Dia melihat semula ke arah kotak yang dulunya penuh dengan borang. Dia tertarik ke arah kotak sebelah pula.
Kotak jawapan. Di situlah tempat meletakkan borang jawapan. Dia menghembuskan nafas tanda nekad.
“Changkyun akan kahwin. Changkyun akan kahwin. Changkyun akan kahwin.”
Bagai mantera dia melafazkan kata-kata tersebut lalu meletakkan borang tersebut.
“Hai!”
sapa seorang jejaka di belakang Changkyun.“Ha-hai!”
Changkyun membalas walaupun dia agak terkejut dengan jejaka tersebut.“Hantar borang juga?”
tanya jejaka tersebut.“Ya.”
Changkyun menjawab kecil lalu keadaan menjadi janggal sebentar.“Nama saya Changkyun.”
Dia cuba bersalam dengan jejaka tersebut.“Jooheon.”
Dia tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang dalam. Changkyun agak terpegun dengan visual jejaka tersebut. Sungguh menarik.Bahkan dia sudah terfikir bahawa Jooheon akan jadi pemenang kerana rupa dia. Malah, sekarang dia sudah berasa rendah diri dengan rupanya.
“Kenapa?”
tanya Jooheon, kepada Changkyun yang mulai suram.“Ah, anda sungguh tampan.” Changkyun memuji Jooheon. Jooheon tersenyum sahaja lalu menolak bahunya kerana malu.
“Ish, orang tampan puji orang tampanlah.”
Jooheon bergurau juga dalam masa yang sama. Changkyun terketawa lalu dia melihat ke arah tangan Jooheon. Tiada helaian borang. Mungkinkah dia sudah hantar terlebih dahulu?“Aku datang sini, nak jumpa papa Jung.”
Jooheon berkata.“Aku rasa kau pun nak jumpa papa Jung kan?” Papa Jung? Siapakah itu?
“Papa Jung? Papa Jung Heeyoung?”
tanya Changkyun semula.“Tepat sekali! Dengar cerita anak dia macam puteri tau. Oh, dia ada seorang kawan lelaki, dan satu sepupu lelaki tinggal dengan dia.”
Jooheon merendahkan suaranya apabila bercakap tentang papa Jung dan ahli keluarganya.“Kau, kau, kau kenal mereka?”
Rasa ingin tahu Changkyun bertambah.“Siapa tak kenal keluarga Papa Jung? Kau tau kedai aiskrim depan itu siapa punya? Hah, kedai jual kereta Mercedes Benz. Kedai jual oksigen untuk rumah pun diorang punya tau.”
Jooheon bercerita bagai cerita alam fantasi.“Untunglah kalau jumpa papa Jung hari ini. Boleh kita bodek lebih awal kan? Atau kau tak nak?”
Tanya Jooheon sambil bergurau.“Papa Jung. Kawan lelaki. Sepupu lelaki. Bermakna ada tiga oranglah yang kena lepas ini.”
Changkyun berkata kecil. Jooheon meletakkan lengannya di bahu Changkyun.“Jangan risau. Kau perlu jadi diri kau saja.”
Jooheon memberi semangat kepada Changkyun.“Papa Jung!”
panggil Jooheon setelah dia melihat kelibat seorang lelaki mendekati mereka.“Haiii!”
Papa Jung menyapa dengan gembiranya. Changkyun dan Jooheon memberi tunduk hormat setelah menyapa dengan formal.“Wah, hari ini ada lagi satu borang.”
Papa Jung mengambil borang tersebut dari kotak jawapan.“Borang saya.”
Changkyun memberanikan diri menjawab.“Okay, jumpa anda nanti!”
Jawab papa Jung sebelum dia beredar ke kedainya.2020 © smolhoseok
YOU ARE READING
[HIATUS] calon menantu | monsta x
Fanfiction❝ Hah, dia. Pilih dia Heeyoung! ❞ ❝ Heeyoung buntuh mana satu ❞ ☁️ 1st monsta x fanfiction ☁️ 2nd malay fanfiction ☁️ published: 270420 🍥 cover credit to LOVELY ARIN @M1NY00NGI-