Permintaan dri @RaRa_Syah
Bunyi punchbag yang ditumbuk bergema di dalam satu bilik itu. Peluh yang merenik pada dahi diseka dengan tangannya. Nafasnya jadi lelah. Terlalu kuat aktif pada tumbukan yang diberi pada punchbag buat dia pun sudah dahaga.
Tangannya berhenti seketika dari menumbuk punchbag. Botol air mineral diambil dalam beg. Beberapa teguk diminumnya sebelum dia menyimpan semula botol mineral.
Langkahnya dibawa keluar dari bilik. Dibiarkan saja tubuhnya tanpa memakai baju menampakkan tatto penuh di tubuhnya. Hutan yang ada dekat dengan banglonya diredah begitu saja tanpa takut. Macam-macam bunyi yang dia dengar sama sekali tidak menakutkannya.
Seekor ular yang begitu panjang tiba-tiba mara mendekat. Telinga Joshua penuh teliti mendengar akan setiap bunyi. Senyuman sinis terpapar di wajahnya.
Tak semena, ular yang mahu membelitnya itu dipukul dan dilawannya tanpa gentar. Dipegang tubuh ular itu dan dipukul pada pokok besar. Mematikan saja ular itu. Bila ular itu bertindak mahu membelitnya.
Terus dilempar ular itu ke bawah tanah. Cekap tangan itu mengambil pisau lipat yang ada di dalam poket seluar belakangnya dan di potong begitu saja kepala dan juga ekor ular itu.
" Kau nak lawan dengan aku? Huh! Jangan mimpi!" Joshua berkata angkuh.
Langkahnya dihayun lagi masuk ke dalam hutan. Kerutan pada dahi menampak apabila kedengaran esakan seseorang. Tak tahu dari mana datangnya. Joshua terus mencari dari mana arahnya datang suara tangisan itu.
Kelihatan seorang perempuan begitu comot dengan kotoran pada muka cantik itu. Kasihan melihat perempuan itu tersandar dengan bibir itu tak henti memanggil nama Mama dan Papanya. Teresak-esak perempuan itu menangis. Joshua mara mendekat.
" What are you doing here girl?"
Untuk sergahan tiba-tiba itu buat Amira panggung kepala pandang lelaki sasa yang ada di depan matanya.
" I'm scared..." Perempuan itu merengek takut.
" Kalau takut buat apa dekat sini. Ni hutan bukan rumah. Lainlah kalau hutan ni boleh tukar jadi rumah. Okay jugak kau nak duduk sini." perlian lelaki itu makin buat Amira menangis.
" I don't know... Keluarga saya buang saya dekat sini."
Joshua tertawa kecil. Keluarga apa yang bodoh sangat pergi buang anak ni? Anak kemain cantik macam ni pergi buang. Asal tak jual dengan along je? Kan senang?
" Kenapa keluarga kau buang kau?"
" I don't know..."
Joshua mendecit geram.
" I don't know. I don't know. Aku tahulah kau pandai bahasa inggeris. Tak payah nak know, know sangat!"
Amira ketap giginya. Bukannya dia cakap bahasa inggeris. Dah Mama selalu cakap i don't know bila bercakap dengan dia. Jadi keluarlah i don't know. Nak buat macam mana kan?
Joshua buat muka. Langkahnya dibawa pusing ke belakang. Mahu pulang ke rumah. Layan perempuan know ni rasanya dia pun boleh jadi gila. Ish!
" Awak... Saya takut." Tersentak Joshua bila tubuhnya dipeluk perempuan itu.
Tak tunggu lama, terus tubuh perempuan itu ditolak jatuh ke bawah.
" Auch!"
Makin menangislah si budak kecik itu. Joshua mengetap kuat giginya bila perempuan itu sudah menangis teresak-esak. Joshua mengeluh kasar. Dipusing tubuhnya dan tanpa salam dicempung tubuh kecil itu sehingga ke rumahnya.
Masuk saja ke dalam rumah, terus tubuh itu didudukkan di atas sofa. Ubat diambil dan terus disapu pada bahagian siku yang sudah nampak darah luka.
" Sakit awak..."
" Aku tahu sakit. Tahanlah. Manjalah kau ni."
Amira tersebik sedih. Ditundukkan kepalanya ke bawah. Hampir tergoda dengan muka tampan lelaki itu walaupun ada tatoo pada setiap tubuh lelaki itu.
" Awak kenapa ada tatto dekat seluruh badan awak?"
" Don't ask me that's question. I don't like it!" tegas Joshua.
" Apa yang awak cakap ni? Saya tak faham." Amira dengan muka blur bertanya.
Kepala yang tidak gatal digarunya.
"Auch!"
Amira menggosok lembut dahinya yang dijentik Joshua. Ditatap tajam mata coklat lelaki itu. Geramnya bila dahinya tiba-tiba dijentik padahal dia bukannya ada buat salah apa-apa.
" Kau tak faham apanya, yang kau speaking english tadi boleh pulak?!"
" Apa tu? Spaking?"
Tepuk dahi Joshua jadinya. Telinga Amira ditarik lembut. Geramnya pada perempuan yang masih belum diketahui nama ini. Mahu saja digigit. Ish!
" Tadi kau cakap guna bahasa inggeris. Kau tak tahu ke maksud dia apa?"
Amira menggeleng.
" Tak. Maksud dia apa?"
Joshua menggeleng. Kalau bukan disebabkan orang di depannya ini perempuan, memang dah lama dia tumbuk. Haih... Mencabar kesabaran betul!
" Tak tahu."
" Saya memang tak tahu. Saya tanya awak ni, apa maksud dia? Awak ni..."
Joshua mengurut kepalanya. Tubuhnya diangkat bangun dan duduk di sebelah perempuan itu. Keluhan berat dilepaskan. Mata dipejam rapat. Cuba sabarkan hati. Dahlah dia jenis baran. Mahu dipukul Amira nanti. Haih...
" Awak, saya tanya ni. Apa maksud dia?"
" Tak tahu."
" Bukan awak..."
" Ye! Maksud dia tak tahu. Kau faham tak? Ish sakitlah kepala aku! Dah! Keluar kau dari rumah aku."
Terangkat bahu Amira bila suara lantang lelaki itu kedengaran dekat dengannya. Bibirnya bergetar tidak sempurna. Tak lama airmata perempuan itu mengalir laju. Takutlah kena marah. Selalu dia kena marah. Tak boleh ke kalau tak marah dia?
" Saya minta maaf... Janganlah halau saya. Saya tak ada tempat nak berteduh." sayu Amira berkata.
" Ikut kaulah."
Joshua bangun dan naik ke tingkat atas. Mahu menenangkan dirinya. Boleh jadi gila kau dia terus bercakap dengan perempuan itu. Haih...
YOU ARE READING
JOSHUA ( COMPLETE )✔️
Action🄹🄾🅂🄷🅄🄰 🄰🄽🄳 🄰🄼🄸🅁🄰 " Don't go..." " No... Sampai masa saya akan pergi dari sini." " Please don't go..." Joshua menangis teresak-esak di dada Amira. Airmata lelaki itu sudah membasahi tuala yang dipakainya. Tangan lelaki itu juga makin...