Bab 9

648 33 0
                                    

Penuh debaran Amira masuk ke dalam sebuah tempat yang penuh dengan manusia yang bersorak manakala ditengah-tengah sudah siap dengan gelanggang besar untuk sesuatu perlawanan. Tangan Joshua digenggam erat. Takut dengan suasana sebegini.

" Calm down my cutie pie, everything gonna be alright." pujuk Joshua lembut. Tangan Amira dicium penuh syahdu.

Jack yang ada disebelah hanya pandang saja pasangan berdua ini. Baru dia tahu Joshua sudah sedia ada girlfriend. Biasanya Joshua paling susah nak ada someone special. Bila dah ada ni, baguslah. Lega sikit Jack. Tak adalah Joshua bosan sangat. HAHAHA

" Aku dah nak masuk gelanggang. Take care yourself." Amira mengangguk kecil.

Tangannya dilepaskan Joshua. Joshua berbisik pada Jack agar menjaga Amira sebelum dia menghilang masuk ke belakang pentas.

Amira melabuhkan duduk di atas kerusi. Jack turut melakukan hal yang sama. Duduk di sebelah Amira. Jack mengangguk dengan senyuman. Pantas Joshua boleh berkenan. Cantik rupanya perempuan ini dan sekali pakej comel!

" Dah lama kenal Joshua?"

Amira pandang lama skrin besar apabila nama Joshua dipanggil. Boleh nampak muka Joshua tersenyum lebar. Tanpa sedar, Amira turut tersenyum. He's so cute! Damn!

" Bolehlah nak kata lama tu." Ligat mata Amira pandang Joshua sedang bergusti dengan pihak lawan. Sambil jawab sambil tengok Joshua.

Nama Joshua dan pihak lawan tidak henti disebut para pengunjung. Amira mendecit tidak suka apabila muka Joshua kena belasah. Mahu saja Amira bangun belasah balik tapi mengingatkan yang ini adalah perlawanan ada baiknya dia batalkan saja perbuatannya.

" How do you know when you're in love with him?" Terdiam Amira bila disoal sebegitu.

Lama Amira berdiam diri sehinggalah Amira dengar orang sorak nama Joshua menandakan Joshua sudah menjadi pemenang dalam perlawanan itu.

Dengan senyuman Amira mendengar Joshua berucap. Soalan Jack dibiar sepi. Malas nak jawab. Biarlah hanya dia yang tahu macam mana dia jatuh cinta dekat si Joshua.

" What's up baby, thank you all for coming out now-"

" Did He ever hurt you?" Tak boleh Amira fokus dengan apa yang Joshua ucapkan disebabkan si Jack ini. Aku pelangkung jugak dia ni!

" He never hit me because He really love me." Jawab Amira dengan suara tertahan. Geramnya pada si Jack ini. Jack tertawa halus. Kelakar bila Amira tahan marah padanya.

" The only other person i'm going to call out is my cutie pie Amira." Terbuntang mata Amira bila dipanggil naik ke atas stage. Air liur diteguk kasar.

Berat kakinya melangkah ke pentas besar itu. Malu dengan pengunjung ramai yang hadir. Tak sempat nak proses apa-apa tiba-tiba kena panggil. Si Jacklah ni, sibuk nak bercakap dengannya sampai dia terlepas apa yang Joshua cakap.

" Come here baby, you look so pretty, i always told myself i would never do this after a fight but i couldn't go another without asking this question baby girl i love you so much!" Amira sudah sebak. Manik-manik halus kian jatuh di ceruk pipinya.

Joshua melutut di depan orang ramai dengan cincin setia di tangannya. Amira menekup mulutnya. Sorakan ramai begitu meriah buat Amira terharu.

" Will you marry me?"

Amira mengangguk dengan tangisan.

" Yes!"

" She say yes!"

Sorakan orang ramai kian gemuruh bergema di seluruh dewan perlawanan ini. Joshua tak tunggu lama, mengangkat tubuh Amira.

Dipeluk erat pinggang Amira. Tak terkata gembiranya bila Amira menerimanya. Tumpah airmata lelakinya. Terlalu gembira. Dibawa tubuh Amira ke bawah. Dahinya disatukan dengan dahi Amira.

" I'm so happy you came into my life and today is gonna be such a big day...."

Amira masih menangis. Hangat pipinya dicium Joshua. Sorakan dari orang ramai menyuruh mereka berciuman buat Amira malu. Berona merah muka Amira. Kedengaran siulan nakal menyakat Amira. Joshua tertawa kecil.

" Let me kiss you my cutie pie..."

Joshua mendekatkan mukanya dengan Amira. Hangat bibir Amira bila bersatu dengan bibir Joshua. Sorakan dan tepukan gemuruh orang ramai tidak putus-putus kedengaran. Jack senyum bahagia. Bersyukur bila Joshua sudah menemui bahagianya.

                      ¤¤¤¤¤

" Dah jumpa ke anak kita?" soal Maria ditengah hutan.

Mereke bersama pasukan sukarelawan begitu struggle mencari Amira di dalam hutan besar ini. Ramai jugak anak buahnya dia diupah agar mencari si Amira. Takut kalau terjumpakan mana tahu?

" Tengah usaha sayang... Hutan ni besar, bukan kecik. So kalau nak jumpa tu memang tipis. Kalau jumpa Alhamdulilah..." kata Datuk Zamran.

Maria muncung mulutnya. Sejak tadi dia bongkok badannya cari Amira tapi tak jumpa. Matanya dikecilkan pada jalan raya. Nampak macam tubuh anak perempuannya.

" Abang, tu bukan Mira ke?"

Datuk Zamran meraup kasar mukanya. Bersyukur akhirnya Amira sudah ditemui. Tak tunggu lama, mereka sudah menerpa ke arah Amira.

Amira yang sedang menunggu Jack belikan air untuknya terkejut bila tubuhnya tiba-tiba dipeluk Mama dan Papanya.

" Ya Allah... Mira pergi mana selama ini? Ya Allah... Risau Mama dan Papa tau." Amira membalas pelukan Mamanya. Tangisannya kini sudah kedengaran. Bersyukur bila Mama dah jumpa dia.

" Mira sesat dekat hutan besar ni je."

Datuk Zamran dan Maria tersenyum. Kepala Amira diusap lembut dan dipimpin menuju ke kereta milik mereka.

" Kita nak ke mana ni?" soal Amira risau.

" Kita balik sayang..." jawab Maria lembut.

Peluh sudah merenik pada dahi Amira. Tak sanggup tinggalkan Joshua. Hutan yang tebal itu dipandang lama. Pasti dia akan merindui Joshua. Berat hatinya mahu balik. Apa yang perlu dia buat sekarang?

" Mira masuklah. Kita balik sama-sama. Papa dan Mama rindu dekat Mira." Amira mengemam rapat bibirnya.

Tak sempat nak ucap goodbye. Dia sudah terpaksa tinggalkan Joshua. Berkaca mata Amira pandang hutan tebal itu.

Dengan keluhan berat Amira masuk ke dalam kereta mewahnya. Amira tahu Mama dan Papa akan menemuinya dan andai inilah yang terbaik... Amira redha. Maafkan saya, Joshua.

Amira mengetap kuat giginya bila Joshua ada di tepi jalan raya yang dia tunggu Jack tadi. Hanya disebabkan dia suruh Jack belikan air untuknya, semua ini terjadi.

Andai tidak, pasti Jack boleh bawak lari dirinya. Amira nampak muka Joshua risau mencarinya. Siap lelaki itu menangis kerana tidak menemuinya. Amira menangis teresak-esak. Lencun mukanya dengan airmata. Pertanyaan dari Mama dan Papanya dibiarkan sepi.

Amira serba salah pada Joshua.  Pasti Joshua akan bencikan dia. Amira tahu akan itu. Dia pergi tanpa diberitahu. Pergi hilang tanpa jejak. Siapa saja yang tak sedih kan?

" Mira okay tak ni?"

Amira senyum nipis. Kepalanya dipanggung pandang Mama.

" Amira bersyukur boleh jumpa Mama dan Papa. Itu aje."

Maria memeluk tubuh Amira. Sangkaannya betul akan luahan Amira itu. Amira mengigit bibirnya. Menahan esakan yang makin kuat berlagu.

' Joshua... Maafkan saya. Saya sayangkan awak.'

JOSHUA ( COMPLETE )✔️Where stories live. Discover now