Joshua keluar dari kamar mandinya. Terbuntang mata Joshua apabila Amira ada di dalam biliknya. Terkejut budaya Joshua hanya kerana perempuan itu. Nasib baik dia tak lurutkan lagi tualanya. Andai tidak, jatuh sahamnya sebagai seorang lelaki.
" Hey! Kau buat apa masuk dalam bilik aku? Siapa bagi keizinan kau masuk dalam bilik aku?! Hah!?"
Amira buat tak tahu akan kemarahan lelaki itu padanya. Dikemam rapat bibirnya. Sejak tadi dia tahan nak buang air kecil kerana itu dia mengikut lelaki itu tapi tak tahulah pulak kena marah. Sadis hidup!
" Awak saya nak buang air kecil ni." Amira mengepit kedua kakinya. Nak kencing woi!
" Habistu? Kau nak aku tadahkan?" Joshua menyindir tapi lain pulak jawapan yang diberi Amira.
" Awak sanggup ke tadahkan?" polos Amira bertanya.
Makin semarak marah Joshua pada si gadis. Mahu saja disembam perempuan ini tapi mengenangkan dia tak suka berkasar dengan kaum hawa. Disabarkan saja hatinya. Sabar Joshua... Perempuan ni!
" Bilik air ada. Masuk dalam bilik air!" arah Joshua dengan suara tertahan daripada marah.
" Mana bilik air?"
" Kau buta ke? Yang dekat belakang aku ni apa? Stor sukan?"
" Kalau stor sukan, macam mana awak boleh mandi? Macam mana rambut boleh basah?" bertubi-tubi Amira bertanya.
Joshua mengurut perlahan kepalanya. Telinga Amira ditarik dan diheret masuk ke dalam kamar mandinya. Ringisan sakit daripada Amira dihiraukan. Naifnya perempuan ini tak boleh bawak bincang! Sabar jelah!
" Kau guna bilik air aku dulu. Pastikan kau bayar lepas kau balik. Faham!?"
" Saya takde duit. Saya nak bayar dan balik macam mana? Rumah saya pun tak tahu dekat mana." Amira garu kepala yang tidak gatal.
Joshua menggeleng. Pintu tandas ditutup rapat. Membiarkan saja perempuan itu di dalam tandas. Menyemak otak saja fikir dekat si Amira tu. Huh! Boleh jadi gila!
" Awak..."
Amira menjengulkan kepalanya di sebalik pintu. Muka Amira sudah mahu menangis. Takut kalau lelaki itu marahkan dia. Lagipula, muka Joshua tegang saat ini.
" Kau nak apa lagi? Kacaulah!" nada suara Joshua kedengaran rimas.
" Sa-saya minta maaf, saya terpatahkan paip awak."
" Hah?!"
Joshua menolak kasar pintu. Amira yang tak sedia apa-apa sudah jatuh bagai buah nangka busuk. Sakit punggungnya gara-gara hempasan pada lantai batu itu. Sakit woi!
" Awak ni... Sakit tau punggung saya. Kalau nak tolak pun bagilah salam dulu. Sekurang-kurangnya saya boleh bagi lalui dekat awak untuk masuk." bebel Amira geram.
Nafas Joshua sudah naik turun. Ketat dadanya mahu menghambur marah tapi ditahan sebaik mungkin. Macam mana dia guna paip sampai patah macam ni?
" Kau smackdown paip ke apa sampai boleh jadi macam ni?"
" Saya tak tahu... Paip tu tak boleh bukak. So saya sepak jelah nak bagi paip tu terbukak." selamba badak Amira berkata sebegitu.
Joshua cekak pinggang. Nafasnya dihembus kuat. Geramnya! Kecik besar je dia tengok si Amira saat ini. Aku gigit jugak kan!
" Kau ingat dengan kau sepak, paip ni akan okay balik?" Joshua angkat tinggi kedua keningnya.
" Tengok apa yang kau dah buat ni..." Joshua tuding jari pada paip yang sudah rosak itu.
" Kau dah kencing ke?"
" Erk... Dah."
Amira tuding pada seluar kotor yang dipakainya. Mencerlung tajam mata Joshua bila dapat mengetahui yang perempuan itu kencing dalam seluar. Gila!
" Kau ni... Ish!"
Joshua keluar dari bilik air. Badannya dipusing semula mengadap Amira bila perempuan itu turut mahu keluar.
" Kau jangan memandai nak keluar dari bilik air. Berdiri dekat sini. Aku ambilkan kau kain pelikat."
Amira mengangguk. Kakinya diundur beberapa tapak dari belakang. Jarinya dimain antara satu sama lain. Malunya bila kencing dalam seluar. Dah dia dah tak tahan, nak buat macam mana dah.
" Nah. Tukar." hulur Joshua.
Amira sambut baik akan huluran itu. Senyuman kekok menghiasi mukanya. Masih ada malu dekat Joshua bila menyusahkan lelaki itu.
" Awak..." Tidak semena tangan Joshua diraihnya. Lembut sekali.
" Kau nak apa?"
" Saya minta maaf sebab terkuncil dalam seluar. Saya dah banyak menyusahkan awak."
" Tahu pun. So sekarang apa tunggu lagi, pakai kain pelikat tu. Sudahkan apa yang patut." garang lelaki itu bersuara.
Amira mengangguk. Tangan lelaki itu dilepaskan. Sebelum pintu ditutup, sempat dia mengucapkan terima kasih pada lelaki itu. Joshua hanya diam. Malas nak beramah mesra. Lagipun dia geram dengan perangai perempuan itu. Ada saja benda nak buat dia marah!
Joshua menyalin pakaiannya. Pakai singlet hitam manakala seluar pendek separas lutut. Rambutnya disikat rapi. Bunyi kuakan pintu buat mata Joshua memanah pada Amira yang baru keluar dari bilik air.
" Kau baru sunat ke?"
" Huh!?"
Amira terkelu. Tak faham dengan pertanyaan daripada lelaki itu. Sunat apa? Sunat puasa ke sunat tipu?
" Kau baru siap sunat ke? Asal pegang kain pelikat lain macam." Joshua sembunyi senyum. Lawak bila kain pelikat itu dipegang persis bagai orang yang baru selesai bersunat.
" Saya tak pandai nak pakai kain pelikat awak. Kalau awak bagi saya pakai skirt mungkin saya pandai."
" Aku pandai pakai skirt." bongkak Joshua berkata.
" Saya tak tanya pun."
Joshua mengetap beberapa kali giginya. Tak tunggu lama, jaraknya dibawa dekat dengan Amira.
" Kau jangan sampai aku diamkan kau. Kau faham tak?!" bisik Joshua di depan muka Amira.
Amira buat simbol okay. Ibu jari dan jari telunjuknya bersambung. Bibirnya diketap beberapa kali. Geram apabila bibirnya kuat sangat bercakap. Dipukul kuat mulutnya itu.
" Sekarang kau balik sekarang!"
Amira buat muka sedih. Tangan lelaki kacak itu diraihnya. Mata berkaca dipamer agar lelaki itu kasihan padanya tapi lelaki itu hanya menjeling tajam saja. Tak kesah langsung dengan mata berkaca.
" Sa-saya tak tahu dekat mana rumah saya. Please... Saya nak tinggal dengan awak."
Joshua merentap kasar tangan Amira. Geramnya pada perempuan ini. Buat drama airmata pulak nak tagih kasihannya. Pastinya nak dia setuju agar perempuan ini tinggal di sini.
" Kau dengan aku mana ada apa-apa talian. Mana boleh duduk serumah dengan aku."
Walaupun Joshua ni jenis jahat tapi tak adalah dia tak tahu sangat hal agama. Cuma dia ni makin menjauh hanya kerana sebab tertentu.
" Telefon awak kan ada."
" Apa kaitannya telefon dengan talian kau?"
" Awak cakap talian tadi, so talian dalam telefonlah kan?" naif sekali suara itu bertanya.
Joshua mencubit kedua pipi Amira. Kuat sekali cubitan itu diberi. Geramnya tak dapat dibendung lagi. Ada saja kata perempuan itu buat marahnya meningkat naik. Ada jugak yang kena pukul dengan aku nanti.
" Sakitlah pipi saya... Awak ni kenapa?" Amira menggosok lembut pipinya. Sakit kena cubit. Kurang asam!
" Kau buat aku marah lagi, aku cium kau! Ish!"
Joshua menghayun langkah turun ke dapur. Malas nak layan si Amira. Mahu bibir itu luka kerana dirinya nanti. Geramnya pada bibir yang sejak tadi berceloteh.

YOU ARE READING
JOSHUA ( COMPLETE )✔️
Aksiyon🄹🄾🅂🄷🅄🄰 🄰🄽🄳 🄰🄼🄸🅁🄰 " Don't go..." " No... Sampai masa saya akan pergi dari sini." " Please don't go..." Joshua menangis teresak-esak di dada Amira. Airmata lelaki itu sudah membasahi tuala yang dipakainya. Tangan lelaki itu juga makin...