Bab 5

730 39 0
                                    

Datuk Zamran mengurut perlahan dahinya. Kehilangan Amira begitu memeningkannya. Takkan hanya disebabkan tak nak kena paksa bekerja dengannya sampai tak nak balik? Aduh susah betullah!

" Abang, fikirkan apa tu?"

" Anak perempuan kita... Macam mana boleh larikan diri? Padahal abang baru ajak jumpa kawan abang dan entah ke mana dah menghilang."

Maria melabuhkan duduk di atas sofa. Keluarganya terlalu sibuk dengan kerja sehingga tidak mempunyai masa buat Amira. Semua benda diberi pada Amira. Cuma Amira memberontak bila dipaksa menguruskan syarikat Papanya.

Kata Amira, dia memang tak suka guna harta Papanya. Amira lebih suka dengan usahanya sendiri. Ijazah muda tapi tak guna sebaik-baik. Rela pergi tolong penduduk dalam kampung mereka.

" Kita pergi cari dia nak tak abang?"

" Nak cari dekat mana? Rumah kawan abang tu semuanya area hutan. Dapat ke jumpa?" soal Datuk Zamran lemah.

Sukar bermain dengan Amira yang cerdik akal panjang itu. Ada saja rancangan yang dilakukan agar merosakkan rancangannya. Dan kini Amira sudah rosakkan rancangan untuk terus memberi jawatan besar buat Amira.

" Sayang yakin abang akan jumpa Mira. Abang jangan menyerah ya? Kita ada ramai anak buah. Pasti Mira akan ditemui jugak." Maria meyakinkan sang suami.

Datuk Zamran mengangguk setuju. Dicapai telefonnya. Didail nombor kawan baiknya. Mahu kepastian akan sesuatu. Pastinya mahu mengetahui akan perkembangan anak perempuannya.

                     ¤¤¤¤¤

" I'm full."

Amira menyandarkan tubuhnya diatas kerusi. Tanpa sedar perkataan yang tidak sepatutnya keluar dari bibirnya.

" Pardon me?"

" Huh?"

Amira menepuk dahinya. Lupa bahawa dia patut berpura-pura lurus bendul. Lakonannya diteruskan hanya untuk menguji kesabaran lelaki itu dan Amira tak percaya yang lelaki itu benar-benar percaya dia seorang yang lurus bendul.

" Kenapa awak? Saya ada cakap apa-apa ke?" Amira pura-pura buat muka naif. Silap sendiri melupai watak yang dia jiwai selama ini.

" Tak ada apa-apa..." Joshua pandang aneh akan Amira.

Amira berdehem kecil. Tubuhnya dibawa agar lebih stabil kedudukan dari tadi. Joshua yang ada di sebelahnya dipandang. Pipi yang sudah bengkak itu ditekan perlahan.

" Auch! Sakitlah!" Joshua menepis kasar tangan Amira.

Amira tersengih. Bukannya dia sengaja nak sentuh, tapi lebam pada muka kacak lelaki itu buat Amira kasihan. Sungguh Amira terhutang budi pada Joshua. Itulah, gatal sangat kaki nak keluar dari rumah kawan Papa. Kan dah tersesat!

Semua cerita yang dia cakap pada Joshua hanya tipu belaka. Dah nak tagih kasihan, kalau tak mustahil Joshua akan tolong dia andai dia cakap hal sebenar.

" Kenapa muka awak penuh lebam? Ada orang pukul awak ke?" soal Amira ingin tahu.

" Takde apa."

Joshua angkat punggung. Ruang dapur ditujunya. Peti sejuk dibuka. Plastik ais dicapai dan ditekap pada area mukanya yang lebam. Sesekali ringisan keluar dari bibir Joshua. Sakit yang teramat sangat!

" Meh saya tolong awak." Entah mana Amira muncul, tiba-tiba perempuan itu merampas ais di tangannya.

Lembut Amira menekap ais pada mukanya. Sesekali bibir itu meniup luka yang masih terasa sakit. Lama Joshua pandang si Amira. Tak lama, tangannya kini sudah menjalar pada pinggang Amira.

JOSHUA ( COMPLETE )✔️Where stories live. Discover now