Joshua senyum sampai ke telinga mendengarkan khabar dari doktor yang Amira sudah mengandung dua bulan. Amira hanya termenung saja dalam bilik. Tidak banyak bercakap sejak balik dari klinik tadi. Entah apa masalah Amira, Joshua pun tak tahu.
" Cutie..." Leher Amira dirangkul erat dan pipi Amira dicium sayang.
" Kenapa ni? Sejak tadi diam je. Ada masalah ke?" Direhatkan dagunya pada kepala sang isteri.
Amira mengeluh. Tangan Joshua dicapai dan diheret duduk di sebelahnya. Ditatap muka blur Joshua akan perbuatan tiba-tibanya. Amira menggaru kening yang tidak gatal.
" Okay baby, macam ni. Sebenarnya jujur Mira suka dengan berita ini tapi... Mira mengandung terlalu awal. Apa kata Mama dan Papa Mira nanti? Mira tak nak diorang kecewa dan sedih." Mira sudah bersuara sebak.
" Kita boleh handle semua ini sama-sama. Kita berlaku jujur. Nak?"
Mira mengemam rapat bibirnya. Berat hati dia nak mengatakan kebenaran yang sebenar. Agaknya apa reaksi Papa dan Mama? Marah atau sebaliknya?
" Apa yang korang sembunyikan dari kami?" Datuk Zamran sudah mula mencelah. Mama juga ada di sebelah. Pasti dah dengar semua yang Joshua katakan tadi. Aduh!
" Mi-mira.. "
Tak sempat nak habis kata, Joshua sudah mencelah.
" Kami nak berlaku jujur."
" Please baby... Jangan!"
Joshua menggeleng dengan senyuman manis. Tangan Amira digenggam erat. Mengumpul kekuatan dari tangan halus sang isteri. Joshua mahu semua ini berakhir jugak walau bagaimana pun!
" Joshua dah mengandungkan Mira sebelum kitorang kahwin."
" Hah?!" Pasangan suami isteri itu sudah terkejut dengan kebenaran yang terbentang.
" Mi-"
" Kitorang harap Mama dan Papa boleh terima semua ini. Joshua harap tak ada yang dihukumi. Setiap manusia ada dosa di masa lalu. Joshua pinta kemaafan dari Papa dan Mama. Boleh maafkan semua dosa yang Joshua sudah lakukan?"
Tergamam Mama dan Papa dengan pengakuan jujur Joshua. Rebah Mama dengan tangisan yang sudah berlagu. Papa juga kelihatan begitu menyesal. Menyesal dengan semua yang terjadi.
" Mi-mi.."
" No... Jangan aibkan diri. Please my cutie... Biar Joshua. Biar salah ini Joshua yang pikul. Joshua perlu bertanggungjawab sebagai seorang lelaki."
Amira terkelu. Bibirnya digigit perlahan. Matanya dipejam bila tubuh sang suami menjadi pukul Mama dan Papanya. Amira hanya mampu menangis. Amira nak mengaku akan hal sebenar tapi Amira tak nak benda ini jadi lebih teruk.
" Sudahlah Papa, Mama. Benda dah jadi. Maafkanlah suami Mira."
Tangisan sudah bergema di dalam bilik Amira dan yang pastinya tangisan Amira yang paling kuat sekali. Nafasnya dihembus lembut. Cuba kuatkan hati yang sudah lemah gemalai. Berdosanya Mira Ya Allah...
" Kami maafkan kamu berdua. Berbahagialah. Korang dua dah kahwin. Benda dah jadi. Andai kami membenci, tak akan merubah apa-apa."
Buk!
Datuk Zamran menumbuk kuat muka Joshua. Terjerit Amira dengan perbuatan Papanya itu. Kasihan Joshua dipersalahkan sedangkan salah dia akan semua yang berlaku saat ini.
" Joshua... Jaga Mira elok-elok. Jangan sakitkan dia. Faham?!" Joshua mengangguk kecil.
Luka pada tepi bibirnya dilap dengan tangannya. Boleh tahan sakit. Kepergian Mama dan Papa keluar dari bilik dikerling sekilas. Amira bangun dan menutup rapat pintu. Salah dia jugak tak tutup pintu, kan Mama dan Papa dah dengar!
" Kenapa baby buat semua ni? Tengok... Dah teruk kena." Amira sudah mahu menangis.
" Jangan risau. I'm okay. Sikit je ni."
" Sikit apa sampai lebam macam ni?" Amira sudah sebak. Demi mempertahankan dia, Joshua kena pukul. Ya Allah... Baiknya hati Joshua.
" Sakit ini tidak padan dari sakit hati baby melihat my cutie djbelasah dan dimaki oleh Mama dan Papa."
Amira mengetap kuat giginya. Mukanya diraup kasar. Bingung dengan situasi ini. Joshua nampak tak kesah dipukul tapi Amira? Risau bagai cacing kepanasan. Tak boleh duduk diam terus! Ubat diambil dan disapu pada lebam pada muka sang suami.
" Terima kasih kerana mempertahankan Mira. Tanpa baby, rasanya Mira teruk kena dengan Mama dan Papa."
" Baby tak nak my cutie dilukai. Sedikit luka sudah terasa mendalam sehingga ke lubuk hati kerana itu kalau boleh baby akan mempertahankan my cutie sampai bila-bila."
Amira senyum simpul. Leher sang suami dipaut erat. Pandangan mereka berdua bertemu. Nafas mereka bersatu. Terpejam rapat mata Amira bila hangat dahinya dicium lama oleh sang suami. Syahdu dan penuh dengan perasaan cinta disalurkan. Amira harap cinta mereka akan kekal hingga syurga Allah. Amin...
Alhamdulillah sy dah selesaikan permintaan awak RaRa_Syah sy hrp awk suka dgn crite yg sy buat ni . Terimalah kekurangan crite ni dgn hati yg terbuka tau hehehe
YOU ARE READING
JOSHUA ( COMPLETE )✔️
Action🄹🄾🅂🄷🅄🄰 🄰🄽🄳 🄰🄼🄸🅁🄰 " Don't go..." " No... Sampai masa saya akan pergi dari sini." " Please don't go..." Joshua menangis teresak-esak di dada Amira. Airmata lelaki itu sudah membasahi tuala yang dipakainya. Tangan lelaki itu juga makin...