Bab 8

783 37 0
                                    

Joshua tersenyum lebar. Masih teringat akan kejadian indah bersama Amira. Tewas jugak akhirnya dia dalam dakapan Amira. Masakan tidak, perempuan itu begitu hebat dalam menggodanya.

Amira yang masih diulit lena itu dipeluk erat. Tenang Amira tidur begitu mendebarkan Joshua. Tak pernah dia merasai perasaan cinta yang sebegitu dalam pada perempuan melainkan pada Amira.

" I love you, Amira. Thanks sebab muncul dalam hidup aku. Walaupun pada mula kau banyak berlakon tapi aku tahu setiap lakonan kau bersebab."

Dahi Amira dicium lama. Penuh syahdu dan penuh dengan rasa cinta buat perempuan yang bernama Amira. Walaupun mengenali baru beberapa bulan tapi hatinya jujur sudah terlekat pada Amira.

" Josh..." Amira menggeliat halus.

Joshua merapatkan dahi mereka berdua. Nafas mereka berdua bersatu. Begitu hangat bila pelukannya sudah dibalas Amira. Joshua tersenyum lebar.

" Hye my cutie pie..."

Amira senyum. Matanya dicelik perlahan. Muka comel Joshua menjadi santapannya. Matanya masih layu tapi sebaik mungkin disegarkan.

" Boleh berjalan tak?"

Amira mengangguk. Mengingatkan kejadian semalam buat Amira termalu sendiri. Berona merah muka Amira menahan rasa malu.

Tak sanggup nak hadap muka Joshua. Entah apa yang Joshua fikirkan tentangnya. Pasti Joshua cakap dia perempuan murahan kan?

" Let me help you." Joshua mencempung tubuh Amira masuk ke dalam bilik air.

" Nak aku mandikan ke?" sakat Joshua.

Amira menggeleng. Kejadian semalam pun dah buat dia malu gila, ni nak Joshua mandikan dia? Uish mintak jauh! Makin merah muka Amira nanti.

" Tak perlu, Mira boleh mandi sendiri."

Joshua tertawa kecil. Dirapati Amira. Kepala itu diusap lembut dan dicium sayang.

" Jaga diri. Kalau licin ke apa, panggil je aku. Aku boleh bawak kau keluar dari bilik air."

Amira mengangguk malu. Bayang Joshua menghilang dari bilik air buat Amira hembus nafas lega. Boleh sakit jantung kalau duduk dekat dengan Joshua. Lelaki itu benar-benar romantik dan sweet pada masa yang sama. Dengan sikap caringnya... Aduh cair!

Dalam beberapa minit menunggu di luar bilik air, baru pintu bilik air dikuak dari dalam. Meluru Joshua menerpa ke arah Amira. Dipeluk erat tubuh itu dan dicium lembut pipi Amira.

" My cutie pie..."

Amira senyum. Dipusing tubuhnya mengadap Joshua. Bibir merah yang bebas daripada rokok di cium sayang.

" My baby boo..." sahut Amira manja.

Joshua merangkul erat pinggang Amira. Sayangnya pada Amira makin menebal dari hari ke hari. Tak sanggup andai perpisahan berlaku antara mereka berdua.

Dalam perancangannya, Amira mahu dia kahwini segera tapi yang penting Joshua perlu bersemuka dengan Mama dan Papa Amira terlebih dahulu. Bibirnya Amira dipagut. Lama.

" I love you..." tautan dileraikan.

" I love you even more."

Amira menyandar kepalanya pada dada Joshua. Joshua tertawa kecil. Diusap lembut rambut lembap Amira. Dicium beberapa kali ubun Amira.

" Hari ini aku ada perlawanan, aku harap kau dapat bersama. Boleh kau ikut aku menyertai perlawanan ini?" soal Joshua terselit keterujaan yang dikawal elok lelaki itu. Berharap Amira akan setuju.

JOSHUA ( COMPLETE )✔️Where stories live. Discover now