Bunyi alarm kereta menyedarkan aku. Aku di mana? Di sekeliling aku penuh asap dan cahaya merah. Aku meraba-raba sekeliling. Sepertinya aku berada di tempat pemandu dalam sebuah kereta. Tangan aku membuka pintu dan aku keluar dari kereta tersebut.
Angin terlalu sejuk menyebabkan aku memeluk diri sendiri. "Auch!" ujar aku sendirian. Badan aku terasa sakit semasa menerima pelukan tadi. Aku melihat sekeliling. Aku di mana? Di sini penuh asap dan kabus, hanya cahaya merah dari lampu kereta yang aku naiki memenuhi pemandangan aku. Aku bergerak perlahan ke bahagian enjin kereta. Remuk. Rupanya kereta tersebut telah melanggar sepohon pokok yang besar di tepi jalan sunyi. Aneh, kerana dengan bunyi alarm kereta yang kuat begini pun, tiada siapapun yang mahu menyelamatkan aku? Aku mengeluarkan telefon pintar dari poket seluar jeans dan segera menghidupkannya. Jam 1 pagi. Talian komunikasi juga terputus. Barangkali aku berada di dalam hutan. Tapi, di mana, dan apa tujuan aku kemari pada waktu malam ini?
Aku meraba-raba poket seluar ku semula, mungkin akan ada kunci kepada soalan tadi. Aku menyedari kewujudan sehelai kertas yang sudah ronyok di dalam poket kiri hadapan seluar. Kertas tersebut berisi tulisan yang aku tak pernah jumpa. Tetapi, perkara yang lebih aneh, aku boleh membaca tulisan tersebut dengan lancar. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi kereta api. Mustahil. Mana mungkin kereta api ada di tengah-tengah hutan ini. Namun, sangkaan aku meleset setelah mendengar seseorang memanggil-manggil aku dari belakang.
"Hoi kamu di sana. Kamu ke yang memanggil kereta api ini?
Ternyata, memang ada kereta api di sini.
"Hei, jangan panggil saya hoi. Saya ada nama!" ujarku.
"Kalau ya, siapa nama kamu?"
Mulut ku kaku. Aku... aku tak ingat nama aku! Siapa nama aku? Apa yang berlaku ini?
Aku lihat lelaki tadi menulis sesuatu di buku nota kecilnya. Aku baca muka depannya. Tertulis tajuk "List of The Lost Passengers".
"Mari naik. Aku akan ceritakan segalanya kepada kau."
Secara automatik, kaki aku melangkah masuk ke dalam gerabak kereta api bernombor 546-L, tempat lelaki tadi memanggil aku.
"Selamat datang, lost passenger."
Pintu kereta api tertutup dan kereta api mula bergerak ke destinasi yang misteri.
YOU ARE READING
The Lost Passenger
Mystery / Thriller// Buku ini adalah ditulis dalam Bahasa Melayu // Sipnosis: Kaitou menyedari dirinya terlibat dalam sebuah kemalangan, namun apa yang berlaku selepas itu membuatkan dirinya tertanya-tanya, bagaimanakah dia terlibat dalam kemalangan tersebut dan ap...