Tiket / Ticket

2 0 0
                                    

Sakoda meletakkan tubuh Kaitou di kerusi dengan cermat. Dia juga meminta Hana untuk menjagakan Kaitou sementara dia meninggalkan kafeteria tersebut. Sakoda kembali ke gerabak kereta apinya yang telah diparkir. Dia menuju ke gerabak paling hadapan, gerabak 396-A, iaitu gerabak yang merupakan rumah kedua bagi Sakoda. Di pintu gerabak tersebut, dilengkapi dengan kod kunci bernombor. Sakoda melihat sekeliling jikalau ada orang berhampiran lalu memasukkan kod nombor rahsia setelah yakin tiada orang disekitarnya. 

Pintu gerabak kereta api terbuka, memperlihatkan isi kandungan rumah kedua Sakoda itu. Kemas dijaga rapi. Sakoda segera melangkah masuk dan terus ke meja bekerjanya. Di situ, terdapat buku log penumpang yang menaiki kereta api miliknya serta jenis tiket yang digunakan oleh setiap penumpang. 

Sakoda meletakkan kad tersebut di tepi meja sebagai rujukan utama dia membelek buku log tersebut. Dia menyelak helaian demi helaian, namun tiada satu pun jenis tiket yang serupa dengan milik kereta api Sakoda. Sakoda tidak berhenti di situ. Dia juga menelefon semua pemilik kereta api yang lain untuk mengecam jenis tiket yang digunakan oleh Kaitou. Namun, tiada satupun pemilik kereta api dapat mengenal pasti jenis tiket yang digunakan. 

Seingatnya, jika seseorang penumpang mahu menaiki mana-mana kereta api di tempat ini selain Sakoda, penumpang tersebut perlu menyertakan tiket yang bersesuaian dengan corak tiket oleh setiap kereta api. Perkara ni sangat dititik beratkan oleh setiap pemilik kereta api supaya tiada penumpang yang tersalah destinasi. Juga, jika penumpang yang mempunyai tiket berbeza dengan corak yang ditetapkan, kereta api tidak akan dapat bergerak. 

Namun, untuk Lost Passenger, mereka merupakan penumpang sementara yang berasal dari dunia Mortal, maka mereka yang mempunyai tiket sementara yang boleh digunakan sekali. Di atas tiket tersebut tidak mempunyai apa-apa corak, hanya sekeping kertas kosong berwarna kuning berhiaskan dengan jalur biru di tepi tiket sahaja yang disertakan sekali dengan cara memanggil (iaitu mantera) setiap kereta api yang berdekatan. 

Tetapi, hal ini berbeza pula dengan keadaan salah seorang Lost Passenger yang menaiki kereta apinya. Namanya Daiki Kaitou, Lost Passenger. Dia memiliki sekeping tiket di atas kertas putih yang dihiasi dengan jalur kelabu bercorak bunga. Pada tiket tersebut juga terdapat mantera khas untuk memanggil kereta api milik Sakoda. Pada mulanya Sakoda tidak menyedari hal tersebut, sehinggalah dia menerima panggilan daripada ketua stesen kereta api semasa Kaitou sudah menaiki kereta apinya bahawa dia telah menganggu 3 pemilik kereta api yang berdekatan untuk melalui kawasan berkenaan. Sakoda menyedari perkara ini pelik kerana sepatutnya tiket lost passenger akan memanggil kereta api yang paling hampir dengannya. 

Baru Sakoda teringat, dalam dunia kebenaran Kaitou, terdapat seorang lelaki serba coklat memberi Kaitou tiket tersebut. Kini, dalam fikirannya, siapakah lelai serba coklat itu? Adakah dia berkait dengan Kaitou? Adakah dia berkait dengan semua kereta api di sini? 

The Lost PassengerWhere stories live. Discover now