Sakoda terdengar bunyi pintu gerabak 396-A terbuka. Dia berasa terkejut.
"Tak mungkin... Siapa yang dapat akses ke gerabak ini?"
Yang tahu kod kunci kepada gerabak ini hanya Sakoda dan ketua stesen kereta api. Walaupun Hana merupakan pembantu tetap Sakoda, Hana tidak mempunyai akses ke gerabak tersebut. Gerabak tersebut adalah khas kepada pemilik kereta api sahaja. Hari ini ketua stesen sudah sedia maklum kepada semua pemilik kereta api bahawa beliau sibuk pada sepanjang hari bekerja iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat. Jika beliau perlu berjumpa dengan kami pada hari tersebut, beliau akan memaklumkan terlebih dahulu sebelum ketibaannya.
Maka, Sakoda segera berlari ke pintu gerabak sambil membawa tiket Kaitou bersamanya. Alangkah terkejutnya, lelaki serba coklat yang berjaya memecah masuk ke dalam gerabak tersebut. Lelaki itu sedang memegang jam di tangannya, sama seperti dalam dunia kebenaran Kaitou. Namun kali ini, mukanya serius. Sakoda menatap susuk tubuh lelaki serba coklat itu selama beberapa saat sebelum menanyakan soalan kepadanya. Bunyi jam di tangan lelaki itu memenuhi kesunyian tempat tersebut.
"Siapa kamu? Bagaimana kamu dapat masuk ke gerabak ini?"
Lelaki serba coklat itu bertukar menjadi partikel-partikel pasir. Sakoda terkedu. Adakah dia manusia? Namun, ada yang lebih mengejutkan Sakoda. Lelaki tadi kini memegang pergelangan tangannya yang memegang tiket Kaitou dalam bentuk fizikal.
"Tiket ni, bukan kau yang punya, Harumi Sakoda. Ia milik budak itu. Budak itu, Daiki Kaitou, dia ada urusan dengan aku."
Dia tahu nama penuh Sakoda! Lelaki ini aneh! Juga, bunyi jam lelaki itu semakin kuat dan kedengaran semakin laju. Adakah Sakoda terperangkap dalam masa?
"Tapi kenapa kereta api Sakoda? Kamu siapa sebenarnya?"
"Aku... Kuroto, Hidari Kuroto. Seorang Densha Tabibito (Train Traveller). Kau akan mengetahui sebab kenapa aku memilih kereta api kau. Sakoda, jaga Kaitou baik-baik. Hantar dia kembali ke tempat dia semula. Kemudian, aku akan datang menjenguk kau semula, Sakoda."
Lelaki serba coklat yang memperkenalkan dirinya sebagai Hidari Kuroto bertukar semula menjadi partikel pasir keluar dari gerabak tersebut. Sakoda terduduk, tidak mempercayai perkara yang sedang berlaku.
"Densha Tabibito... Tak mungkin, pemilik tiket infiniti yang tiada tarikh tamat tempoh?! Sakoda fikir itu hanya lagenda kerana populasi pemilik tiket lagenda itu dikhabarkan sudah pupus."
YOU ARE READING
The Lost Passenger
Mystery / Thriller// Buku ini adalah ditulis dalam Bahasa Melayu // Sipnosis: Kaitou menyedari dirinya terlibat dalam sebuah kemalangan, namun apa yang berlaku selepas itu membuatkan dirinya tertanya-tanya, bagaimanakah dia terlibat dalam kemalangan tersebut dan ap...