Setelah kami berdua tiba di pintu hadapan kafeteria, aku mendapati hanya Sakoda sahaja yang duduk di kawasan itu.
"Kamu berdua lambat! Tadi saya dah pesankan 2 cawan air coklat panas kepada kamu berdua. Kejap lagi pesanan air akan tiba. Silakan duduk."
Aku dan Hana menarik kerusi lalu duduk bertentangan. Suasana di meja tersebut agak janggal. Yalah, hanya Hana dan Sakoda mengenali sesama sendiri, aku pula orang asing yang erada di tengah-tengah. Keadaan yang janggal itu telah menyebabkan aku membuka mulut, menanyakan beberapa soalan yang sudah lama berlegar-legar di otak beberapa jam lepas.
"Maaf. Sakoda, kita sebenarnya berada di mana ini?"
"Di mana? Kita sekarang berada di kafeteria hentian terakhir kereta api ni lah! Hahahaha! Apalah kamu ni, sudah terang lagi bersuluh kot."
"Bukan itu maksud saya. Identiti saya sebagai Lost Passenger, hentian kereta api di tempat misteri, tulisan aneh, apa yang sedang berlaku?"
Sakoda terus merenung tajam ke arah aku. Apakah aku ada buat salah? Soalan tadi menyinggung dirinya ke? Apakah yang patut aku lakukan? Aku memandang mukanya. Riak wajahnya semakin serius. Dia tidak bermain-main kali ini.
"Sepertinya kamu berminat untuk mengetahui segalanya. Tamak. Dahaga akan info. Perasaan ingin tahu melonjak-lonjak. Sakoda boleh baca semuanya dari raut wajah kau. Khawatir, tidak selesa, semua itu berada dalam fikiran kau, bukan?"
Ayat Sakoda menakutkan aku. Dia boleh membaca fikiran seseorang? Apa yang sedang berlaku ini? Aku semakin keliru. Ini bukan mimpi, kan? Aku menoleh ke tempat Hana duduk tadi. Dia menghilang bagaikan pasir! Tidak, bukan setakat dia sahaja, seluruh tempat sudah bertukar menjadi padang pasir yang berwarna-warni. Apakah aku sedang berkhayal? Tapi renungan mata Sakoda masih berada pada diri aku. Aku semakin gelisah.
Apakah yang sedang berlaku?
YOU ARE READING
The Lost Passenger
Mystery / Thriller// Buku ini adalah ditulis dalam Bahasa Melayu // Sipnosis: Kaitou menyedari dirinya terlibat dalam sebuah kemalangan, namun apa yang berlaku selepas itu membuatkan dirinya tertanya-tanya, bagaimanakah dia terlibat dalam kemalangan tersebut dan ap...